omniture

Muzium Dr. Guislain dan Janssen Cari Calon Anugerah "Merungkai Belenggu Stigma" 2017

Dr. Guislain Museum
2017-03-10 07:00 406

- Peluang Iktiraf Pembawa Perubahan kepada Individu dengan Penyakit Mental –

GHENT, Belgium, 10 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Muzium Dr. Guislain di Ghent, Belgium dan Janssen Research & Development, LLC ("Janssen"), hari ini mengumumkan kerjasama mencari pencalonan untuk Anugerah "Merungkai Belenggu Stigma" Dr. Guislain tahunan kali keenam. Anugerah ini mengiktiraf individu, projek atau organisasi yang memberi sumbangan luar biasa dalam usaha mengurangkan stigma berkaitan penyakit mental. Pencalonan boleh dihantar dari orang ramai dan organisasi seluruh dunia melalui www.drguislainaward.org sehingga 16 April 2017. Penerima anugerah akan meraih hadiah bernilai $50,000 untuk meneruskan usaha mengurangkan stigma masyarakat berkaitan penyakit mental.


"Kami sedia maklum bahawa orang ramai sering keberatan mendapatkan bantuan berhubung penyakit mental disebabkan oleh stigma masyarakat," kata Brother René Stockman, ketua pengarah Muzium Dr. Guislain. "Anugerah 'Merungkai Belenggu Stigma' Dr. Guislain memberi penghormatan kepada individu hebat yang berusaha membantu mengurangkan stigma yang wujud berkaitan penyakit mental."

Satu jawatankuasa pemilihan bebas, terdiri daripada penyokong antarabangsa dan pihak-pihak berpengaruh yang terkemuka dalam bidang kesihatan mental, memilih pemenang Anugerah. Pemenang Anugerah "Merungkai Belenggu Stigma" Dr. Guislain akan diraikan dalam sebuah majlis pada Hari Kesihatan Mental Sedunia, 10 Oktober 2017 di Ghent, Belgium.

Chantharavady Choulamany, MD dipilih sebagai penerima Anugerah "Merungkai Belenggu Stigma" Dr. Guislain 2016 atas impak beliau terhadap kualiti hidup individu yang mengalami penyakit mental di Republik Demokratik Rakyat Lao. Sebagai salah seorang daripada dua pakar psikiatri berkelayakan di negara yang mempunyai lebih daripada 6 juta penduduk, Dr. Choulamany mendedikasikan hidup beliau untuk meningkatkan akses terhadap perkhidmatan kesihatan mental dan mengadakan program-program pendidikan bagi membetulkan dan meningkatkan kefahaman tentang penyakit mental. Beliau bekerjasama dengan semua peringkat kerajaan, menyokong perkhidmatan rawatan yang lebih baik dan lebih ramai golongan profesional terlatih, selain mendapatkan dana tambahan bagi menyokong program-program kesihatan mental.

"Di Janssen, kami amat komited untuk menyokong orang ramai yang mengalami penyakit mental," kata Husseini K. Manji, MD, Ketua Bidang Terapeutik Global, Neurosains, Janssen Research & Development, LLC. "Kami berganding bahu dengan komuniti kesihatan mental global untuk membawakan perubahan agar tiada lagi orang yang mengalami gangguan otak diberikan layanan berbeza. Anugerah ini penting dalam mengiktiraf orang ramai di serata dunia yang membawa perubahan untuk merungkai belenggu stigma." 

Janssen memberi komitmen berterusan untuk memajukan penyelidikan neurosains, legasi yang bermula daripada hasil usaha Dr. Paul Janssen (1926-2003). "Dr. Paul" dikenali sebagai salah seorang doktor dan penyelidik farmaseutikal yang paling berbakat dan bersemangat pada abad ke-20. Bagi memberi penghormatan kepada legasi beliau, Janssen menyokong komuniti kesihatan mental dan pelbagai organisasi serta projek pembelaan. Pada tahun 2011, Janssen Pharmaceutical Companies of Johnson & Johnson melancarkan Healthy Minds, satu inisiatif komprehensif yang bermatlamat untuk menggalakkan kolaborasi antara rakan-rakan kongsi bidang bioteknologi, farmaseutikal dan sektor awam bagi mempercepatkan penemuan penyelesaian terapeutik baharu untuk penyakit dan kecelaruan otak.

Latar Belakang Anugerah "Merungkai Belenggu Stigma" Dr. Guislain
Individu, organisasi mahupun projek dari serata dunia yang telah memberi sumbangan penting dalam usaha menangani, atau menggalakkan kesedaran berhubung penjagaan kesihatan mental layak* menerima Anugerah "Merungkai Belenggu Stigma" Dr. Guislain. Anugerah ini diberikan kepada individu, organisasi atau projek yang:

  • memberi sumbangan penting terhadap penjagaan kesihatan mental dengan cara paling meluas di peringkat budaya dan/atau sosial;
  • memberi sumbangan ikhlas untuk mengurangkan stigma berhubung keadaan kesihatan mental;
  • mendorong perhatian terhadap penjagaan kesihatan mental;
  • dan telah melakukan kesemua ini dengan bersemangat, berdaya kreatif dan inovasi.

Anugerah "Merungkai Belenggu Stigma" Dr. Guislain memberi penghormatan kepada Dr. Joseph Guislain (1797-1860), seorang aktivis bersemangat terhadap pesakit yang mengalami penyakit mental dan merupakan pakar psikiatri pertama Belgium yang memberi rawatan berasaskan saintifik kepada individu-individu ini. Sebagai penyokong yang bersemangat terhadap mereka yang mengalami penyakit mental, Dr. Guislain bertungkus lumus mempertahankan hak-hak pesakit ini dan membantu meningkatkan kedudukan sosial mereka. Muzium Dr. Joseph dan Janssen bersama-sama menaja Anugerah ini, dengan pembiayaan disediakan oleh Janssen. Kedua-dua organisasi ini kaya dengan warisan dan telah lama terlibat dalam bidang penyelidikan, rawatan dan pendidikan penyakit mental.

Latar Belakang Muzium Dr. Guislain 
Muzium Dr. Guislain ditubuhkan pada tahun 1986 di Ghent, Belgium, mengadakan pameran-pameran tetap memaparkan sejarah psikiatri dan seni dari luar, serta siri pameran bertema yang bertukar-tukar. Muzium ini menampilkan pelbagai gambar psikiatri, arkib menyeluruh selama dua abad dan perpustakaan luas yang mengabadikan sejarah bidang psikiatri. Secara keseluruhan, Muzium ini bertujuan mendidik orang awam dan membetulkan salah faham serta prejudis yang berkaitan dengan rawatan untuk penyakit mental. Muzium Dr. Guislain menarik 72,000 pengunjung setiap tahun.

*Kakitangan dan para pegawai Johnson & Johnson, Janssen Research & Development, LLC, serta rakan sekutu masing-masing, subsidiari-subsidiari, Muzium Dr. Guislain, sebarang agensi promosi dan ahli keluarga terdekat atau isi rumah setiap ahli terdekat, tidak layak mengambil bahagian dalam Anugerah Dr. Guislain sebagai penama, calon Anugerah atau hakim. Ahli keluarga terdekat merujuk kepada ibu bapa, adik-beradik atau mana-mana individu yang tinggal dalam rumah yang sama dengan kakitangan.

Hubungi:
Patrick Allegaert 
Muzium Dr. Guislain 
+32 9 216 35 95
allegaert.patrick@gmail.com

Yoon Hee Lamot
Muzium Dr. Guislain
+32 9 216 35 36
y.lamot@museumdrguislain.be

 

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/471351/Dr_Guislain_Award_Logo.jpg

 

Source: Dr. Guislain Museum
Keywords: Art Entertainment Health Care/Hospital Mental Health Awards