omniture

Zimmer Biomet Dianugerah Syarikat Serantau IAIR Terbaik Tahunan untuk Kepimpinan

Zimmer Biomet Holdings, Inc.
2017-03-11 08:00 726

SINGAPURA, 11 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Zimmer Biomet Holdings, Inc. (NYSE dan SIX: ZBH), peneraju global dalam penjagaan kesihatan musculoskeletal, hari ini mengumumkan bahawa rantau Asia Pasifik Syarikat diberikan Anugerah Syarikat Serantau IAIR Terbaik Tahunan atas kepimpinan mereka dalam Penyelesaian Penjagaan Kesihatan. IAIR (International Alternative Investment Review) ialah salah satu majalah paling pesat berkembang di dunia berhubung pelaburan mampan dalam ekonomi dunia, dan memberikan anugerah Syarikat Serantau Terbaik Tahunan kepada syarikat-syarikat yang memperlihatkan kecemerlangan dalam kemampanan, hasil perniagaan, kepimpinan, inisiatif hijau, pembangunan strategik, kualiti perkhidmatan, inovasi dan juga latihan pekerja.

"Kami berbesar hati kerana diiktiraf sebagai sebuah syarikat yang memberi penekanan terhadap kepimpinan di rantau Asia Pasifik," kata Sang Yi, Presiden Zimmer Biomet rantau Asia Pasifik. "Di Zimmer Biomet, pasukan kepimpinan komited untuk mewujudkan suasana bekerja yang positif, dengan memanfaatkan nilai Syarikat yang dikongsi bersama bagi memperkasakan pekerja. Sokongan daripada pemimpin dan pengurus, selain kerja berkumpulan pada seluruh peringkat dalam organisasi, adalah sebahagian daripada strategi kejayaan yang telah diguna pakai oleh kami bagi mendorong kejayaan Syarikat. Pertumbuhan dan kejayaan perniagaan kami bergantung pada kakitangan kami. Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan pemimpin yang dapat melibatkan diri, memotivasi dan menginspirasi orang lain bagi membawakan hasil yang luar biasa."

Program IAIR AWARDS® memilih pemenangnya daripada barisan calon yang dinilai oleh jawatankuasa saintifik, ditubuhkan oleh IAIR dan sepasukan wartawan ekonomi, kewangan dan undang-undang yang berdedikasi dari lebih 50 negara seluruh dunia. Anugerah Syarikat Terbaik Tahunan disampaikan kepada syarikat-syarikat cemerlang yang menyokong pembangunan kepimpinan luar biasa dan mengekalkan tumpuan kukuh terhadap masa depan, tanpa mengira keadaan perniagaan semasa.

Latar Belakang Zimmer Biomet

Diasaskan pada tahun 1927 dan beribu pejabat di Warsaw, Indiana, Zimmer Biomet ialah peneraju global dalam penjagaan kesihatan muskuloskeletal. Kami mereka, mengeluar dan memasarkan produk pembinaan semula ortopedik; ubatan sukan, produk biologik, produk tangan dan kaki serta trauma; teknologi berasaskan pejabat; produk tulang belakang, kraniomaksilofasial dan torasik; implan gigi; dan juga produk pembedahan berkaitan.

Kami berkolaborasi dengan golongan profesional penjagaan kesihatan dari seluruh dunia bagi memajukan perkembangan inovasi. Produk dan penyelesaian kami membantu merawat pesakit yang mengalami penyakit, atau kecederaan, melibatkan tulang, sendi, atau tisu lembut sokongan. Bersama-sama golongan profesional penjagaan kesihatan, kami membantu berjuta-juta individu menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Kami beroperasi di lebih 25 negara di seluruh dunia dan menjual produk di lebih 100 negara. Untuk maklumat lanjut, lawati www.zimmerbiomet.com atau ikuti Zimmer Biomet di Twitter melalui www.twitter.com/zimmerbiomet.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170306/8521701437LOGO

 

 

 

Source: Zimmer Biomet Holdings, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ZBH Swiss:ZBH
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical Equipment