omniture

HIMSS Asia Pacific Umum Perkongsian Program dengan Singapore Nurses Association dan Integrating the Health Enterprise untuk Persidangan dan Pameran HIMSS AsiaPac17

HIMSS Asia Pacific
2017-03-14 22:42 433

SINGAPURA, 14 Mac 2017 /PRNewswire/ -- HIMSS Asia Pacific hari ini mengumumkan ia akan berganding bahu dengan Singapore Nurses Association (SNA) dan Integrating the Health Enterprise (IHE) bagi menawarkan program-progam prapersidangan dan persidangan utama untuk para delegasi Persidangan dan Pameran HIMSS AsiaPac17 tahun ini, 11 – 14 September, Marina Bay Sands Singapore.

"HIMSS Asia Pacific berbesar hati dapat bekerjasama dengan Singapore Nurses Association dan Integrating the Health Enterprise bagi membawakan kandungan istimewa sempena HIMSS AsiaPac17. Sewaktu hospital didigitalkan di seluruh dunia, para jururawat perlu meningkatkan kecekapan mereka dalam teknologi maklumat kesihatan demi mengukuhkan peranan mereka sebagai penjaga barisan hadapan dan untuk menambah baik penjagaan serta pengurusan pesakit. IHE melambangkan kesalingfungsian yang selamat dan telus, dan akan membantu kami meneroka topik yang hangat diperkatakan ini menjadi suatu konsep yang boleh diaplikasi. Usaha-usaha pembangunan profesional bersama yang mantap ini akan memberi manfaat kepada golongan profesional penjagaan kesihatan kami, seterusnya kepada para pesakit di seluruh rantau ini," kata Pengarah Eksekutif HIMSS Asia Pasifik, Simon Lin.

SNA dan Bahagian Informatik Kejururawatan akan memberi panduan tentang Bengkel Kecekapan Informatik Kejururawatan (prapersidangan) dan Simposium Kejururawatan (landasan persidangan utama).

"Kami berbesar hati kerana sekali lagi dapat bekerjasama dengan HIMSS Asia Pacific sebagai rakan kongsi pengetahuan. Sejak beberapa tahun, persidangan ini menjadi platform asli dan inklusif untuk berkongsi maklumat dan idea bersama rakan setara kami dan pihak lain yang begitu meminati bidang kejururawatan dan informatik kesihatan," kata Cik Ng Gaik Nai, Pengerusi, Persatuan Jururawat Singapura – Bahagian Informatik Kejururawatan.

Di samping bengkel SNA, IHE akan mengadakan Sidang Kemuncak Dunia IHE Tahunan kali ke-3 pada hari prapersidangan. Acara tersebut akan menghimpunkan para pengguna IT penjagaan kesihatan bagi menangani isu-isu kesalingfungsian yang memberi kesan penjagaan klinikal melalui senario dunia sebenar. Diadakan bersama Minggu eKesihatan HIMSS di Eropah pada Jun 2016, IHE kini bekerjasama dengan pasukan Asia Pasifik HIMSS bagi membawakan acara yang memberi impak tinggi ini ke Singapura.

"Kami tidak sabar untuk menyambut barisan delegasi rantau Asia yang pertama kali ke Singapura ini, yang mana kami telah mempersiapkan pengertian mendalam tentang falsafah dan metodologi IHE, terbukti oleh kejayaan pelaksanaannya dalam senario dunia sebenar. Sertai wajah eksklusif di sebalik tirai program-program, projek-projek dan aktiviti-aktiviti eKesihatan Asia dan Antarabangsa. Jadi, sediakan rancangan anda dan nikmati acara yang tidak dapat dilupakan ini," kata Jürgen Brandstätter, ahli Lembaga Antarabangsa IHE dan penyelaras acara Sidang Kemuncak Dunia IHE.

HIMSS AsiaPac17 bersidang menerusi tema Penjagaan Berasaskan Pasukan: Menyatukan Pesakit dan Penyedia.

Persidangan utama akan menilai empat segmen: Kesihatan Populasi, Penjagaan Kolaboratif, Data dan Teknologi serta Penjagaan Berasaskan Nilai, menurut panduan daripada jawatankuasa penganjur, dipimpin oleh Adj. A/Prof. Gamaliel Tan, Ketua Pegawai Informatik Perubatan, Jurong Health Services, Singapura.

Penghantaran kertas kerja dan prapendaftaran kini dibuka. Layari www.himssasiapacconference.org untuk sebarang maklumat terkini.

Source: HIMSS Asia Pacific
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news