omniture

Laporan Baharu Menunjukkan Lebih 180,000 Produk Barangan Pengguna Dirumus Semula

The Consumer Goods Forum
2017-03-15 01:54 461

PARIS, 15 Mac 2017 /PRNewswire/ --

Tinjauan The Consumer Goods Forum Menunjukkan Sejauh Mana Ahli-ahlinya Berusaha secara Kolaboratif dalam Komuniti Bantu Inspirasi Kehidupan Lebih Sihat

Data baharu daripada The Consumer Goods Forum ("CGF") menunjukkan lebih 180,000 produk barangan pengguna dirumus semula pada tahun 2016, manakala lebih 30,000 komuniti seluruh dunia terlibat dalam program-program yang diterajui industri yang menggalakkan gaya pemakanan serta gaya hidup yang lebih sihat. Data ini adalah sebahagian daripada Laporan Kemajuan Kesihatan & Kesejahteraan CGF terkini, dibangunkan dengan kerjasama Deloitte, yang memperincikan sejauh mana ahli-ahlinya bekerja bersama-sama untuk memperkasakan pengguna dan kakitangan di seluruh dunia bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Keputusan daripada tinjauan – kini memasuki tahun keempat dan merupakan satu-satunya tinjauan global yang melibatkan peniaga dan pengeluar barangan pengguna – menunjukkan:

  • Lebih 180,000 produk telah dirumus semula, dengan 75% daripada ahli yang memberi maklum balas mengesahkan mereka telah merumus semula produk. Bagi syarikat-syarikat makanan dan minuman, garam dan gula sering menjadi sasaran utama untuk tujuan penyingkiran dalam perumusan semula dan bijirin penuh serta vitamin merupakan zat pemakanan yang paling biasa ditambah. Bagi syarikat-syarikat penjagaan peribadi dan kebersihan, penyingkiran parabens adalah sasaran nombor satu dalam proses perumusan semula.
  • Lebih 30,000 komuniti didekati melalui program-program kesihatan dan kesejahteraan yang diterajui industri, dengan 72% daripada ahli yang memberi maklum balas bekerjasama dengan pihak berkepentingan komuniti.
  • Lebih 386,000 sekolah terlibat dalam program-program pendidikan berkenaan kesihatan dan kesejahteraan.
  • 93% responden berkata, "majoriti yang ramai" dalam kakitangan layak mengikuti program-program kesihatan dan kesejahteraan kakitangan.
  • 44% mengesahkan mereka dirujuk oleh kerajaan-kerajaan negara dan/atau serantau berhubung isu peningkatan kesihatan dan kesejahteraan.

Diinspirasikan oleh komitmen ahli-ahli CGF untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian terhadap cabaran kesihatan dan gaya hidup terbesar masa kini, inisiatif dipacu ahli ini dipimpin oleh Nestlé dan Ahold Delhaize serta disokong oleh beberapa jenama dan peniaga produk pengguna terbesar di dunia.

Lebih Banyak Syarikat Melaporkan Berbanding Sebelum Ini

Bilangan syarikat yang melaporkan pada tahun 2016 meningkat lebih 30% berbanding tahun 2015. Dengan lebih 100 syarikat ahli kini melaporkan sejauh mana mereka melaksanakan Resolusi dan Komitmen Kesihatan & Kesejahtaeraan CGF, tindakan positif yang jelas diambil oleh industri bagi membantu menangani epidemik obesiti yang semakin menular dan peningkatan penyakit tidak berjangkit. Walau bagaimanapun, laporan tersebut turut menyatakan masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk melaksanakan pendekatan yang holistik dan mencakupi seluruh industri terhadap kesihatan dan kesejahteraan – termasuk syarikat-syarikat makanan, minuman, penjagaan peribadi dan kebersihan – dan dalam usaha menyumbang terhadap budaya pencegahan.

Paul Bulcke, Ahli Lembaga dan Pengganti Pengerusi, Nestlé S.A., dan Dick Boer, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ahold Delhaize, serta Lembaga Penaja Bersama untuk Rukun Kesihatan & Kesejahteraan CGF, berkata, "Kami mengakui ahli-ahli CGF melakukan usaha yang jelas kelihatan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan orang ramai di seluruh dunia. Namun begitu, ini merupakan satu perjalanan berterusan dan kami amat menggalakkan semua syarikat turut serta dalam usaha kolaboratif ini. Lembaga Pengarah CGF telah lama mengakui kepentingan kesihatan dan kesejahteraan terhadap kestabilan dan kemakmuran negara. Kami menjadikannya sebagai salah satu daripada keutamaan kami agar kami dapat memimpin tindakan positif bagi manfaat semua yang kami layani setiap hari, di mana-mana jua."

Cabaran Pelaksanaan Langkah ke Arah yang Betul  

Resolusi dan Komitmen, diluluskan oleh Lembaga Pengarah CGF masing-masing pada tahun 2011 dan 2014, melihat segmen-segmen khusus yang membolehkan peniaga dan pengeluar mampu bekerja bersama-sama demi memacu perubahan positif dan membantu memperkasa orang ramai untuk membuat pilihan berasaskan pengetahuan terhadap gaya pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Walaupun keputusan keseluruhan menunjukkan tahap kemajuan yang positif, kepantasan pelaksanaan sasaran khusus ini merupakan satu cabaran.

Sebanyak 79 syarikat (77%) melaporkan mereka telah mewujudkan dasar dan melaksanakan program bagi mencapai sekurang-kurangnya satu daripada Resolusi manakala 55 syarikat (54%) melaporkan mereka telah mewujudkan dasar dan melaksanakan program bagi mencapai ketiga-tiga Resolusi.

Menerusi peningkatan sebanyak 30% bagi bilangan responden sepanjang tahun lalu, penambahan ahli-ahli baharu yang terlibat ini adalah suatu yang positif, dan pasukan Kesihatan & Kesejahteraan CGF menjangkakan lebih ramai responden untuk edisi seterusnya. Penglibatan lebih luas industri menerusi usaha kolaboratif ini adalah suatu hasil yang menggalakkan yang diperakui oleh CGF dan akan terus berusaha untuk meningkatkan capaian jumlah kritikal yang diperlukan bagi membawa hasil yang berkesan dan positif.

Sharon Bligh, Pengarah Kesihatan & Kesejahteraan di The Consumer Goods Forum, berkata, "Terdapat banyak yang boleh dibanggakan berhubung pencapaian oleh ahli-ahli kami dan komitmen mereka terhadap kolaborasi untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat. Jelas sekali bahawa syarikat-syarikat bersaiz lebih besar memperlihatkan kepimpinan global yang cemerlang, namun banyak syarikat lain baru sahaja menyertai kami dalam perjalanan kolektif ini. CGF perlu terus menjadi platform global yang menginspirasikan ahli-ahlinya untuk mendorong perubahan positif dan menyediakan sokongan yang diperlukan menerusi item seperti kotak alatan, kajian kes dan bengkel. Kami berharap kemajuan yang dilihat masa kini akan menginspirasikan seluruh ahli dan lebih ramai ahli akan menyumbang terhadap usaha berterusan bagi berkongsi ilmu pengetahuan dan amalan terbaik, menjadikannya lebih mudah untuk pihak lain mengikuti jejak langkahnya."

Muat Turun Laporan Kemajuan Kesihatan & Kesejahteraan

Latar Belakang The Consumer Goods Forum 

The Consumer Goods Forum ("CGF") ialah rangkaian industri berasaskan pariti bertaraf global yang digerakkan oleh ahli-ahlinya demi menggalakkan penerimaan amalan dan piawaian global yang digunakan dalam industri barangan pengguna seluruh dunia. Ia menghimpunkan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dan pihak pengurusan kanan yang terdiri daripada kira-kira 400 peniaga, pengeluar, penyedia perkhidmatan, serta pihak berkepentingan lain dari 70 negara, dan ia turut mencerminkan kepelbagaian industri dari segi geografi, saiz, kategori produk, dan juga format. Syarikat-syarikat ahlinya mempunyai jualan tergabung sebanyak EUR 3.5 trilion dan menggajikan secara terus hampir 10 juta kakitangan, dengan 90 juta tambahan pekerjaan berkaitan sepanjang rantaian nilai. Ia ditadbir oleh Lembaga Pengarahnya, yang terdiri daripada 50 Ketua Pegawai Eksekutif pengeluar dan peruncit. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.theconsumergoodsforum.com.

Source: The Consumer Goods Forum
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Survey, Polls & Research