omniture

Pemaju Hartanah Berpangkalan di China Country Garden Meterai Perjanjian untuk Projek Baharu Pacificview Forest City di Malaysia

Projek ini ialah pencapaian penting bagi memenuhi inisiatif Satu Lingkaran, Satu Jalan kerajaan Cina
Country Garden Holdings
2017-03-16 17:25 839

SHUNDE, China, 16 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Pada 11 Mac, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan Johor dan ahli-ahli majlis diraja baginda mengunjungi ibu pejabat pemaju hartanah yang berpangkalan di China Country Garden Pacificview Sdn. Bhd. di Foshan, Wilayah Guangdong, China, dan mereka turut menghadiri majlis penandatanganan kontrak kedua untuk projek pemaju hartanah Forest City Fasa Kedua di Johor, Malaysia. Projek ini, merangkumi tiga padang golf bertaraf antarabangsa dan sebuah hotel lima bintang, bertujuan untuk mempercepatkan program kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa kerajaan Cina, iaitu program bagi mengenal pasti keperluan seluruh dunia yang boleh dipenuhi oleh kapasiti pengeluaran tambahan China, selain untuk mewujudkan pusat-pusat bandar yang menyepadukan industri dan komuniti kediaman dengan pintar.

Lebih 700 hos dan tetamu mereka menghadiri majlis penandatanganan kontrak, termasuk ahli-ahli Majlis Diraja Johor Y.B. Dato' Abdul Rahim bin Ramli, Y.B. Tuan Haji Azmi bin Rohani, dan Y. BHG. Tuan Haji A. Rahim bin Haji Nin, ketua pengarah Jabatan Perdagangan Wilayah Guangdong Zheng Jianrong, timbalan datuk bandar Qiao Yu Bandar Foshan, ahli-ahli Jawatankuasa Tetap Daerah Shunde, setiausaha jawatankuasa Bandar Beijiao Zhou Xu, datuk bandar Beijiao Wang Chongxi serta delegasi daripada kalangan pegawai kerajaan dari Wilayah Guangdong China, selain Ketua Pegawai Eksekutif Country Garden Group Mo Bin, pengarah eksekutif Su Baiyuan dan beberapa ahli pasukan pengurusan kanan kumpulan dan sekumpulan pengarah Forest City, antaranya, Dato' Daing A. Malek Bin Daing A. Rahaman, Datuk Md Othman Bin Haji Yusof dan Teo Chee Yow.

Inisiatif Satu Lingkaran, Satu Jalan kerajaan Cina perkukuh hubungan antara rakyat Malaysia dan China

Hubungan China-Malaysia kini dalam tempoh terbaik mereka dalam sejarah. Negeri Johor, sebuah negeri di Malaysia yang bersempadan dengan Singapura, mempunyai sejarah yang panjang dengan China yang boleh dijejaki sejak tahun 1816. "Hari ini, sejarah negeri tersebut memasuki fasa baharu. Sempena majlis istimewa ini, marilah kita bersama-sama menyaksikan dan memupuk jalinan persahabatan yang hebat antara Malaysia dan China," kata Sultan Johor dengan begitu jelas.

Pengasas dan pengerusi Country Garden, Yang Guoqiang, agak bersemangat dalam komentar beliau sewaktu beliau menambah, "Country Garden kini menembusi pasaran global dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dasar-dasar negara kita yang difikirkan dengan teliti serta sokongan yang diberikan daripada semua peringkat kerajaan. Saya juga ingin berterima kasih kepada setiap saat yang mematangkan kita dan peluang-peluang yang diberikan dalam tempoh ini, selain kepada semua kakitangan Country Garden. Beliau selanjutnya menjelaskan bahawa Malaysia sentiasa menjadi jiran yang mesra kepada China dan atas sebab inilah Country Garden memilih Malaysia sebagai langkah pertamanya menembusi pasaran antarabangsa.

Kerajaan Cina meminta agar lima keperluan dipenuhi apabila syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi mengusahakan sebuah projek yang bertujuan untuk diselaraskan dengan inisiatif Satu Lingkaran, Satu Jalan: penyelarasan dasar, pembinaan infrastruktur (termasuk landasan kereta api dan lebuh raya), perdagangan tanpa halangan, penyepaduan kewangan dan hubungan sesama manusia. Profesor Madya Gao Shangtao daripada China Foreign Affairs University mengatakan bahawa diplomasi tidak rasmi yang dijalankan oleh Country Garden memudahkan komunikasi antara rakan-rakan niaga Cina dan Malaysia yang bersama-sama mengusahakan projek ini, memperlihatkan lebih daripada satu cara nilai ini dibawakan menerusi pengenalan inisiatif Satu Lingkaran, Satu Jalan.

The signing of the contract for Forest City Phase Two
The signing of the contract for Forest City Phase Two

 

Group photo celebrating the signing of the contract
Group photo celebrating the signing of the contract

Keperluan terhadap program kerjasama kapasiti pengeluaran dan untuk persekitaran bandar yang menyepadukan dengan pintar antara tempat kerja dan komuniti kediaman yang bergantung pada mereka terus meningkat.  

Forest City yang bakal dibangunkan oleh Country Garden di Negeri Johor akan meliputi kawasan seluas 20 kilometer persegi. Projek ini menggesa pewujudan bandar masa depan, dengan susun atur bandar yang mesra alam yang memenuhi piawaian antarabangsa dalam segala hal. Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak memuji projek Forest City sebanyak dua kali pada tahun 2016. Beliau berkata Forest City akan menjadi titik pertumbuhan baharu buat ekonomi Malaysia.

Sultan Johor berpaling kepada pengerusi Country Garden dan bertitah terus kepada beliau dengan titahnya, "Wawasan anda akan mengubah Johor menjadi bandar baharu yang bersemangat yang akan membolehkan industri-industri antarabangsa berhimpun." Baginda kemudiannya meneruskan dengan bertitah bahawa Forest City telah memperlihatkan kebolehannya mewujudkan suatu yang belum pernah berlaku di dunia ini dan beliau mengharapkan bandar tersebut dapat memberikan faedah yang tidak terhingga kepada rakyat Johor.

Sultan turut menghadiri majlis penandatanganan antara Country Garden dan firma pengurusan aset yang berpangkalan di Johor Esplanade Danga 88, menggariskan syarat-syarat berhubung sumbangan firma pengurusan tersebut kepada projek Forest City Fasa Kedua: pembangunan hotel dan beberapa padang golf dalam segmen seluas 8 kilometer persegi bagi projek lebih besar, dalam usaha memajukan sektor pelancongan.

Forest City, menerusi peranannya sebagai model untuk persekitaran bandar yang menyepadukan dengan pintar antara industri dengan komuniti kediaman, telahpun menarik perhatian firma-firma daripada sektor pembinaan, pengangkutan, pelancongan, pendidikan dan kesihatan. Para pegawai pelancongan berkata lebih 10,000 lawatan oleh pelancong ke Johor telah dibuat pada tahun 2016 sahaja, hasil daripada kehadiran firma-firma yang telahpun beroperasi di Forest City.

Pengurus di Country Garden membuat pembentangan tentang beberapa acara penting yang akan datang. Selain perasmian hotel bertaraf 5 bintang, proses pembinaan akan dimulakan tidak lama lagi bagi sebuah lagi hotel lima bintang dan tiga padang golf bertaraf antarabangsa. Organisasi-organisasi lain yang telahpun menandatangani perjanjian untuk turut serta termasuk MJ Group Enterprise Ltd. yang berpangkalan di Hong Kong, yang dijadual membangunkan kemudahan pengurusan kesihatan yang bakal dibuka dalam tahun ini dan Sekolah Shattuck-St. Mary, sekolah campuran berasrama yang berpangkalan di Faribault, Minnesota, yang merancang untuk membuka sebuah sekolah di bandar tersebut pada Ogos akan datang.

On Dec. 6, 2016, the Prime Minister of Malaysia Najib Tun Razak (middle of the back row), Country Garden Pacificview founder and chairman Yang Guoqiang (third from the right, back row) , Chinese ambassador to Malaysia Dr. Huang Huikang (second from the right, back row) and Country Garden Pacificview CEO Mo Bin (On the right, back row) participated in the signing conference for the Forest City, a project that has contributed in large measure to China’s international production capacity cooperation programme.
On Dec. 6, 2016, the Prime Minister of Malaysia Najib Tun Razak (middle of the back row), Country Garden Pacificview founder and chairman Yang Guoqiang (third from the right, back row) , Chinese ambassador to Malaysia Dr. Huang Huikang (second from the right, back row) and Country Garden Pacificview CEO Mo Bin (On the right, back row) participated in the signing conference for the Forest City, a project that has contributed in large measure to China’s international production capacity cooperation programme.

Pada 6 Disember 2016, Forest City menandatangani perjanjian dengan 36 syarikat terkemuka dari China dan beberapa negara lain, yang mengikut agregat, memberi nilai pasaran melebihi 6 trilion RMB (kira-kira $US 875 bilion). Senarai syarikat tersebut termasuk 9 firma Fortune Global dan rakan sekutu mereka, antaranya, penyedia penyelesaian maklumat dan komunikasi Cina Huawei, penyedia sistem automatik perkakasan, robot dan perindustrian Midea serta Deutsche Bank Asia Pasifik.

Forest City menembusi pasaran-pasaran antarabangsa bersama-sama 100 syarikat Cina lain, termasuk pengeluar jentera dan peralatan kejuruteraan Zoomlion, kontraktor umum China Construction Eighth Engineering Division Corp., syarikat penerbangan serantau Spring Airlines dan Sichuan Airlines, pengeluar keluli Shagang Group dan Jiangsu Yonggang Group serta pembuat jubin seramik dan porselin Monalisa New Material Group, dalam usaha mengukuhkan hubungan perniagaan China-Malaysia melalui projek-projek kolaboratif yang bertujuan untuk memanfaatkan kapasiti pengeluaran tambahan China. Pemerhati industri menyatakan tentang bentuk kerjasama rundingan tersebut dan perkongsian projek-projek pembinaan yang membawa kepada pencapaian yang dikongsi bersama yang kesemuanya terhasil daripada pengamalan lima keperluan dalam inisiatif Satu Lingkaran, Satu Jalan.

View of Country Garden Pacificview’s Forest City
View of Country Garden Pacificview’s Forest City

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170315/0861702189-a  
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170315/0861702189-b  
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170315/0861702189-c  
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170315/0861702189-d

Source: Country Garden Holdings
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Overseas Real Estate (non-US) Real Estate New products/services