omniture

PM Modi Gariskan Agenda Pertumbuhan India di Sidang Kemuncak Perniagaan Global Yes Bank dan The Economic Times

The Economic Times
2017-03-16 20:04 664

NEW DELHI, 16 Mac 2017 /PRNewswire/ --

- Peramal, Pemikir dan Pemimpin Perniagaan Global Dari 20 Negara Bakal Berhimpun di New Delhi pada 27-28 Mac 

- Andhra Pradesh selaku Rakan Negara Rasmi Letak Harapan Besar terhadap Pelaburan di Sidang Kemuncak Perniagaan Global 2017

Menerusi ucapan bersejarah yang disampaikan sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Global dua tahun lalu mengenai hala tuju strategik India, Yang Berhormat Perdana Menteri Shri Narendra Modi sekali lagi akan menjadi tarikan utama pada Sidang Kemuncak Global (GBS) tahun ini yang dibawakan oleh YES Bank dan The Economic Times pada 27-28 Mac di Delhi bersama Andhra Pradesh sebagai rakan negara rasmi. Ketika GBS yang pertama, beliau mencabar para pemimpin perniagaan India untuk mengimpikan ekonomi bernilai $20 trilion. Pada edisi acara ini tahun lalu, beliau menyatakan wawasan terperinci beliau untuk memulihkan semula India. Perdana Menteri sekali lagi dijangka menyampaikan ucapan yang mencabar minda dan penuh inspirasi demi menghidupkan semula visi beliau terhadap 'era baharu India' dalam persekitaran global yang dinamik.

Menerusi tema 'Menguasai Ketidakpastian, Menemui Peluang', sidang kemuncak selama dua hari ini akan mengadakan perbincangan bernas tentang isu-isu yang berkaitan dengan India dan dunia secara keseluruhannya – reformasi digital India, Amerika Setelah Dipimpin Trump, kejatuhan Brexit, nasib Zon Euro, kelembapan China dan langkah-langkah yang diperlukan untuk menangani kejutan tahun 2017.

Sidang kemuncak tahun ini telahpun menghimpunkan barisan pemimpin yang disegani, terdiri daripada para pemimpin pemikiran global dan juga para perwakilan termasuk Dick Cheney, Mantan Naib Presiden Amerika Syarikat; Shane Smith, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Vice Media; Lei Jun, Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas, Xiaomi; Peter G Hall, Naib Presiden dan Ketua Pakar Ekonomi - Export Development CanadaVimal Shah, Ketua Pegawai Eksekutif - BIDCO (Afrika); Marco Gloria, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif - GFB (Mexico); Benny Landa, pelopor industri dari Israel yang mempunyai lebih 800 paten untuk diri beliau dan Avi Luvton  Pengarah Lembaga Inovasi di Israel, antara sejumlah besar pemimpin yang lain.

Salah satu sesi penting akan menghimpunkan Andy Xie, Pakar Ekonomi China Tersohor dan Arvind Subramanian, Ketua Penasihat Ekonomi, yang akan membincangkan masa depan ekonomi Asia berikutan perubahan global.

Sesi lain yang turut dinanti-nantikan ialah diskusi Ketua Pegawai Eksekutif bersama Vanitha Narayanan, Pengerusi, IBM India; Amit Midha, Presiden, Asia Pasifik & Jepun, Dell; Janmejaya Sinha, Pengerusi, BCG (Asia-Pasifik); Guenter Butschek, Ketua Pegawai Eksekutif, Tata Motors dan Vijay Shekhar Sharma, Pengasas, Paytm, yang akan menyegerakan salah satu topik yang paling hangat dibincangkan sejak kebelakangan ini – 'Menavigasi Disrupsi Digital'

Andhra Pradesh, selaku rakan negara rasmi, akan diiringi oleh satu delegasi besar dipimpin oleh Yang Berhormat Ketua Menteri Chandrababu Naidu, yang dijangka menyampaikan pelan perniagaan yang kukuh kepada para pemimpin global dan pelabur untuk membawa masuk pelaburan ke negara ini yang berlatarkan persekitaran perniagaan yang kondusif.

Seperti dua tahun lalu, sidang kemuncak tahun ini akan turut menghimpunkan kontinjen delegasi yang besar dari seluruh dunia, individu-individu penting daripada golongan elit politik India dan pemimpin pemikiran industri menjadikannya platform yang lebih gah untuk mengadakan pertemuan serta interaksi yang bernas.

Maklumat perhubungan media:
Japneet Kathuria
Japneet.Kathuria@bm.com
+91-9899594910

Sumber: The Economic Times

Source: The Economic Times
Keywords: Banking/Financial Service