![]() |
Penasihat Penyelidikan Ubatan membolehkan capaian pantas dan pembuat keputusan lebih bijak dengan hanya satu alat, yang menggunakan visualisasi dan analitik yang terbaik dalam kelasnya.
PHILADELPHIA, 17 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Dalam bidang penemuan ubatan, memilih sasaran untuk pembangunan pra-klinikal adalah sukar, dan memilih sasaran yang sesuai merupakan langkah yang paling penting dalam seluruh proses penemuan ubatan. Pengambilan langkah pertama yang salah di awal proses pemilihan boleh merugikan. Menurut Pusat Penyelidikan Ubatan (CMR), kebarangkalian untuk berjaya membawa calon ubatan baharu dari Fasa I ke pasaran dalam tahun 2015 adalah kurang dari 10 peratus bagi semua bidang terapi, dengan tahap keberkesanan menjadi sebab kepada kegagalan dalam lebih separuh daripada ujian Fasa II dan Fasa III.
Bagi menangani risiko ini dan perbelanjaan yang berkaitan, Penasihat Penyelidikan Ubatan, sebuah rangkaian baharu alat aliran kerja pra-klinik dari Clarivate Analytics, kini sudah tersedia. Penasihat Penyelidikan Ubatan menyatukan langkah-langkah penting dalam penyelidikan pra-klinikal ke dalam aliran kerja tunggal berasaskan awan, yang membolehkan akses maklumat yang lebih pantas yang membolehkan pengambilan keputusan yang lebih baik. Dengan Penasihat Penyelidikan Ubatan, pengguna kini boleh menyoal siasat jenis kandungan yang disusun atur secara manual daripada produk-produk Clarivate Analytics IntegritySM dan MetaCoreTM dengan satu alat, menggunakan visualisasi dan analitik terkini.
Aplikasi pertama dalam Penasihat Penyelidikan Ubatan, Target Druggability menyokong pengecaman sasaran dan pemilihan penyelidikan dengan menyepadukan ubatan, kecerdasan biologi, eksperimen dan daya saing ke dalam satu alat pencarian interaktif tunggal. Saintis data Clarivate dibina dalam algoritma penilaian spesifik yang menilai pilihan sasaran untuk penyakit tertentu, dan menilai mereka mengikut turutan potensi kepada yang terbaik atau pertama dalam kelasnya. Sistem penilaian ini membantu memendekkan proses pemilihan dari 12 minggu kepada kurang dari 30 minit.
Dengan peningkatan kecekapan, syarikat-syarikat kini boleh menyemak lebih banyak sasaran dan memilih yang paling sesuai dengan portfolio mereka, menghapuskan penggunaan masa dan perbelanjaan ke atas sasaran yang tidak layak; oleh itu menjimatkan jutaan dolar kos, dan yang lebih penting, membolehkan syarikat memberikan lebih ubatan yang boleh menyelamatkan nyawa ke pasaran.
"Memandangkan banyak faktor penilaian yang digunakan apabila mengenalpasti peluang untuk pembangunan seterusnya untuk kelas rawatan yang teratas atau terbaik, penyelidik sering dicabar untuk menilai landskap sasaran yang melingkungi petunjuk atau laluan dengan lebih pantas," kata Leo Lafferty-Whyte, Ketua Penemuan & Translasi Produk Sains untuk Clarivate Analytics. "Aplikasi Target Druggability memudahkan aliran kerja seharian pelanggan dengan menjadikan data yang kompleks lebih visual dan, dengan itu boleh digunakan."
Cara aplikasi digunakan
Dengan Target Druggability, pengguna memulakan carian menggunakan keadaan, sasaran atau ubatan, dan keputusan yang serta merta menunjukkan jumlah sasaran yang berkaitan dengan keadaan tersebut. Keputusan-keputusan itu diiringi oleh analitik visual mengikut jenis molekul dan keluarga sasaran. Kod warna, kumpulan dan saiz yang bermanfaat boleh digunakan untuk menunjukkan metadata yang melingkungi sasaran tersebut, seperti fasa paling tinggi yang pernah dicapai oleh sesuatu ubatan untuk sasaran itu, program aktif lawan tidak aktif, jenis sasaran molekul, penanda biologi, model haiwan dan tahap-tahap bukti genetik.
Dari sini, pengguna boleh mula menilai tahap-tahap risiko – dari yang baharu kepada sasaran yang telah terbukti – dan memberikan kedudukan kepada keputusan tersebut berdasarkan algoritma penilaian proprietari, yang menyoal siasat bukti di sekeliling sasaran.
Melangkah ke tahap sasaran tunggal, pengguna boleh juga mula menyemak maklumat yang berkenaan dengan sasaran, termasuk rumusan bagi maklumat yang disusun atur secara manual.
Apa kata pelanggan
Dengan 58 peratus daripada sasaran dengan ubatan yang sedang aktif dibangunkan mempunyai dua atau lebih syarikat yang sudah membuat penyelidikan ke atas mereka, memilih sasaran baharu untuk diselidik telah menjadi satu perniagaan yang berisiko yang perlu dibezakan daripada pesaing dengan sebenar-benarnya dan mencari peluang khusus dari awal proses pemilihan.
Inilah sebab Clarivate melibatkan pelanggan dalam proses rekaan produk. Maklum balas daripada mereka adalah sangat positif.
Seorang peserta, Patrick Sieber, Ketua Kanan Makmal Kardiovaskular dan R&D Biologi Fibrosis di Actelion berkata, "Dengan Target Druggability, saya boleh mendapatkan gambaran keseluruhan landskap sasaran dengan lebih cepat, termasuk keadaan dan persaingan."
"Target Druggability boleh menyokong para penyelidik dengan proses pemilihan sesuatu sasaran untuk dibangunkan sebagai ubatan baharu dengan menyediakan konteks yang sesuai bagi membuat keputusan," kata Dave Deninger, Saintis Kanan Penyelidikan di Vertex Pharmaceuticals, yang turut menyertai kajian rintis.
DRA Penasihat Penyelidikan Ubatan – Target Druggability baru-baru ini telah diiktiraf sebagai lima finalis Teratas bagi Anugerah Fierce Innovation.
Untuk maklumat lanjut tentang Target Druggability atau untuk jadual demo, klik di sini.
Clarivate Analytics
ClarivateTM Analytics mempercepatkan kadar inovasi dengan menyediakan pandangan dan analitik lebih mendalam yang boleh dipercayai kepada pengguna di seluruh dunia, membolehkan mereka menemui, melindungi dan mengkomersialkan idea baharu dengan pantas. Sebelum ini dikenali sebagai perniagaan Hak Intelek dan Sains di Thomson Reuters, kami memiliki dan mengendali sebuah koleksi perniagaan berasaskan langganan yang terkemuka yang memberi tumpuan kepada penyelidikan saintifik dan akademik, analisa paten dan standard peraturan, hak intelek farmaseutikal dan bioteknologi, perlindungan tanda dagangan, perlindungan jenama domain dan pengurusan harta intelek. ClarivateTM Analytics kini ialah sebuah syarikat bebas dengan lebih 4,000 kakitangan, beroperasi di lebih 100 negara dan mempunyai jenama terkenal termasuk Web of ScienceTM, CortellisTM, Thomson InnovationTM, Derwent World Patents IndexTM, CompuMarkTM, MarkMonitor®, dan TechstreetTM, antara lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari clarivate.com.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/478775/Clarivate_Analytics_Target_Druggability_Results.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/455613/clarivate_logo_for_press_release_Logo.jpg