omniture

Pameran Tayar Getah & Aksesori Auto Antarabangsa China (Guangrao) kali ke-8 bakal berlangsung

China GRTAE
2017-03-17 09:00 650

GUANGRAO, China, 17 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Tayar Getah & Aksesori Auto Antarabangsa China (Guangrao) kali ke-8 (China GRTAE) dijadual berlangsung mulai 15 Mei hingga 17 Mei 2017, bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa Guangrao di wilayah Shandong.

China GRTAE
China GRTAE

Menerusi tema "Tayar Mesra Alam: Pameran Menakrif Kualiti di China", fokus China GRATE adalah untuk memperkenalkan daya kreativiti dan inovasi ke dalam sektor ini.

Acara tahun ini dijangka menarik lebih 650 pempamer, dengan audiens yang terdiri daripada lebih 60 ribu golongan profesional perdagangan. Para pengunjung dari lebih 100 negara dan rantau berbeza akan menghadiri gabungan pameran perdagangan tayar dan aksesori auto ini.

Terdapat lapan kategori industri yang akan dipamerkan: tayar dan produk tambahan, jentera dan peralatan pengeluaran tayar, teknologi pembuatan tayar, produk berkaitan roda, pencelup tayar dan peralatan pembaikan, bahan-bahan mentah getah, aksesori auto dan juga peralatan penyelenggaraan. Pameran ini akan turut mengadakan Persidangan Pembangunan Industri Tayar, Pesta Perekrutan Tayar dan Aksesori Auto dan banyak lagi, bersama pakar-pakar berpengaruh untuk berkongsi berita terkini, selain membincangkan teknologi utama daripada industri. China GRATE adalah suatu yang tidak boleh dilepaskan.

Diiktiraf sebagai pameran tayar dan aksesori auto profesional kedua terbesar di dunia, tahun lalu, China GRTAE membawa bersama Michelin, Goodyear Tire & Rubber, Giti Tire, Continental, Nexen Tire, BBS Wheels, Alibaba dan lebih 40 pengeluar tayar dan aksesori auto utama dunia. Lebih 60 ribu ahli profesional industri turut hadir, termasuk para delegasi daripada EAcham, dan CCIBC.

Pengaruh jenama global Guangrao, yang mendapat jolokan "Bandar Tayar", terus berkembang. Pada tahun 2015, Daerah Guangrao menyumbang separuh radial yang dihasilkan di wilayah Shandong, dan satu perempat daripada seluruh pengeluaran China. Daerah ini juga menempatkan tujuh tanda dagangan paling terkenal di China, 19 tanda dagangan paling terkenal di wilayah ini, 19 produk berjenama wilayah dan 6 daripada pusat teknologi perusahaan wilayah dan perbandaran Shandong. Pertumbuhan Guangrao yang belum pernah berlaku sebelum ini menjadikannya sebagai tapak penyelidikan & pembangunan (R&D) serta pengeluaran terbesar negara untuk tayar. Bandar ini merupakan yang pertama daripada sembilan pusat kualiti dan keselamatan produk kebangsaan untuk industri. Guangrao sememangnya layak mendapat jolokan "Bandar Tayar".

Hubungi:
Sophia Chen
+86-546-7797755
858074057@qq.comchinagrtyre@chinagr.gov.cn
http://www.grtirexpo.com/

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170310/0861702152

Source: China GRTAE
Keywords: Auto