omniture

Nexen Tire dan Manchester City Lanjutkan Perkongsian - Rakan Kongsi Lengan Baju Rasmi Pertama dalam EPL

Nexen Tire and Manchester City Football Club
2017-03-18 03:16 642

MANCHESTER, England dan SEOUL, Korea Selatan, 18 Mac 2017 /PRNewswire/ --

  • Nexen Tire menandatangani pembaharuan perkongsian strategik berbilang tahun bersama Manchester City
  • Perkongsian baharu turut merangkumi Pasukan Wanita Manchester City yang telah mencatat dua kemenangan
  • Nexen Tire memperkembangkan platform strategiknya untuk kempen pemasaran jenama global yang lebih berani

Kelab Liga Premier Inggeris terkemuka, Manchester City telah menjadi Kelab EPL pertama mengumumkan Rakan Kongsi Lengan Baju Rasmi. Rakan Kongsi Kelab sedia ada, gergasi tayar Korea, Nexen Tire, telah memperbaharui perkongsiannya dengan Kelab itu dan menjadi jenama pertama yang mengambil kelebihan daripada aset baharu yang mengujakan,  yang akan bermula dari permulaan kempen Liga Premier 2017/2018. Logo Nexen Tire akan muncul pada lengan baju perlawanan Manchester City untuk kesemua perlawanan Liga Premier.

Perkongsian itu juga telah diperluaskan dengan merangkumi pemenang Liga Super dan Piala Liga Wanita, Manchester City Women.

Nexen Tire telah menumpukan kepada pembentukan pelbagai platform pemasaran dalam tahun-tahun kebelakangan ini di saat mereka meluaskan kehadiran global mereka. Melalui peluasan perkongsian ini, Nexen Tire akan memanfaatkan sepenuhnya kesemua aset dan hak perkongsian mereka yang dinaik taraf untuk memperluaskan perniagaan dan jenama global mereka.

Perkongsian ini, yang diraikan di upacara menandatangan di City Football Academy di Manchester City dihadiri oleh para eksekutif Nexen dan City, bersama-sama pengurus Kelab, Pep Guardiola yang turut disertai oleh bintang-bintang City,  Gabriel Jesus, İlkay Gündoğan dan Jill Scott.

Melalui perkongsian ini, Nexen Tire akan mengekalkan kehadiran signifikan mereka di kesemua perlawanan Liga Premier dan piala domestik Manchester City, membantu jenama Korea itu untuk meluaskan keterlihatan dan kehadirannya di serata dunia.

Nexen Tire pada asalnya melakukan perkongsian dengan kelab ini pada Ogos 2015 dan pada masa itu, telah mencipta beberapa pengaktifan dan bahagian-bahagian kandungan yang sukar dilupakan, termasuklah cabaran bola sepak bersama pemain pasukan pertama,  Raheem Sterling, Kelechi Iheanacho dan Nolito.

"Sebagai sebuah syarikat Korea, kami menganggapnya sebagai suatu penghormatan untuk mengumumkan perkongsian penjenamaan lengan baju Kelab EPL yang pertama untuk salah sebuah kelab bola sepak terhebat dunia, memperkenalkan jenama Nexen Tire kepada peminat bola sepak seluruh dunia," kata Travis Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Nexen Tire. "Memanfaatkan perkongsian Manchester City dan Nexen Tire sebagai satu kunci platform pemasaran strategik, Nexen Tire menjangkakan peningkatan nilai kepada perniagaannya sebagai sebuah syarikat global. Di Nexen Tire, produk bertaraf dunia kami terus memacu perkembangan dengan pelanggan di seluruh dunia."

Ferran Soriano, Ketua Eksekutif Manchester City, menambah, "Kami gembira untuk meneruskan perkongsian kami yang berjaya dengan Nexen Tire. Di Manchester City, kami sentiasa berusaha untuk mengambil pendekatan yang asli terhadap perkongsian komersial kami, menghasilkan perhubungan dan kandungan yang hebat untuk peminat kami. Kami secara khususnya gembira untuk menjadi Kelab Liga Premier yang pertama berjaya mendapat Rakan Kongsi Lengan Baju Rasmi. Nexen adalah suatu jenama yang mengujakan dan sedang berkembang dan kami sangat gembira melanjutkan dan mengembangkan perhubungan kami."

Kini, Nexen Tire sedang melaksanakan pelbagai aktiviti pemasaran sukan untuk mengukuhkan kesedaran jenama dan juga mempersembahkan teknologi yang dipacu prestasi ke seluruh dunia.

 

Source: Nexen Tire and Manchester City Football Club
Keywords: Auto Sports Transportation Licensing/marketing agreements