omniture

Musim Kelima Projek Kanak-kanak Antarabangsa, Football for Friendship Gazprom Dilancar

Global Press Center of the Gazprom FOOTBALL FOR FRIENDSHIP programme
2017-03-18 03:12 685

HAMBURG, Jerman, 18 Mac 2017 /PRNewswire/ --

Hari ini Gazprom, rakan kongsi rasmi FIFA dan Piala Dunia FIFA 2018™, mengumumkan pembukaan musim kelima projek sosial kanak-kanak antarabangsa, Football for Friendship (F4F). Acara itu akan dilangsungkan di St. Petersburg, Russia, dari 26 Jun hingga 3 Julai.

generated by system

Skop geografi projek itu mencatat perkembangan signifikan pada 2017, dengan bilangan negara yang menyertai meningkat sekali ganda daripada 32 ke 64 negara. Tahun ini, Mexico dan A.S. akan membuat penampilan sulung F4F mereka. Oleh yang demikian, projek tersebut kini telah menghimpunkan pemain bola sepak dari empat benua: Afrika, Eurasia, dan Amerika.

Musim kelima itu akan dilangsungkan dalam format baharu. Para pemain muda kini akan dibahagikan kepada lapan Pasukan Persahabatan antarabangsa, dan bukan lagi mewakili kelab bola sepak dari negara berbeza seperti sebelumnya.

Komposisi pasukan dan posisi permainan bagi peserta ditentukan hari ini melalui prosedur undian. Pemilihan pemain individu akan diadakan di Friendship Relay Race. Jawatankuasa Pengelola Antarabangsa F4F akan bekerjasama dengan pertubuhan bola sepak kebangsaan untuk memilih atlet muda bagi pertandingan 2017 ini. Pasukan lapan orang pemain akan terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 12 hingga 14 tahun, termasuklah mereka yang berkelainan upaya.

Prosedur undian akan berlangsung melalui persidangan dalam talian. Upacara ini akan disertai oleh jurulatih muda bola sepak dari Pasukan Persahabatan: Mikhail Babich (16, Rusia), Rene Lampert (15, Slovenia), Stefan Maksimovic (15, Serbia), Felipe Soares (17, Portugal), Charlie Sui (12, China), Elvira Herzog (16, Switzerland), Igor Khritsyuk (14, Ukraine), dan Brandon Shabani (15, UK), termasuk juga wakil Pusat Media Antarabangsa F4F, Lilia Matsumoto (15, Jepun).

Pada 25 April, projek ini akan disertai oleh puluhan ribu kanak-kanak dan dewasa yang menyambut hari Antarabangsa Bola Sepak dan Persahabatan. Setiap seorang daripada mereka akan memakai Gelang Persahabatan, simbol rasmi bagi F4F, dengan benang biru dan hijau yang terjalin melambangkan kesaksamaan dan kehidupan sihat.

Pada 1 Julai, St. Petersburg akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Football for Friendship Antarabangsa, menghimpunkan para pemain yang memiliki pelbagai perbezaan, dari segi etnik, jantina dan keupayaan fizikal.

2 Julai akan menyaksikan Forum Kanak-kanak Antarabangsa Football for Friendship yang Kelima, yang akan membolehkan golongan muda berbincang dengan pemain bola sepak terkenal dan wartawan tentang bagaimana untuk mempromosikan nilai projek ini ke serata dunia.

Musim kelima projek F4F akan diakhiri dengan sebuah lawatan ke perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2017 di Stadium St. Petersburg.

 

Source: Global Press Center of the Gazprom FOOTBALL FOR FRIENDSHIP programme
Keywords: Sporting Events Sports Children-related news