omniture

Benar atau Mitos? Tinjauan Global sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia Dedah Kebenaran Tentang Tabiat Kesihatan Mulut kita

FDI World Dental Federation
2017-03-20 08:00 592

GENEVA, 20 Mac 2017 /PRNewswire/ --  Hari ini sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia, Persekutuan Pergigian Dunia FDI berusaha memusnahkan mitos yang dipercayai oleh orang ramai di seluruh dunia berhubung amalan kesihatan mulut yang baik, menggalakkan mereka untuk lebih berpengetahuan dan mengambil tindakan. Kesihatan mulut adalah penting terhadap seluruh kesihatan dan kesejahteraan kita; memberi impak terhadap setiap aspek kehidupan kita.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8061551-global-survey-world-oral-health-day/

Keputusan daripada tinjauan yang dijalankan di 12 negara, oleh YouGov bagi pihak FDI, mendedahkan adanya jurang yang besar antara kepercayaan orang ramai tentang amalan kesihatan mulut yang baik, berbanding apa yang sebenarnya mereka lakukan. Lapan daripada negara yang ditinjau melaporkan 50 peratus atau lebih mereka yang dikaji selidik berpendapat bahawa penting untuk memberus gigi setiap kali selepas makan.  Brazil, Mexico, Mesir dan Poland merupakan pesalah paling teruk berhubung amalan kesihatan mulut yang tidak betul ini (masing-masing 84%, 81%, 62% dan 60%). FDI mengesyorkan untuk menunggu sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan untuk memberus gigi anda bagi mencegah kelemahan enamel gigi.

"Keputusan tinjauan ini menekankan percanggahan yang membimbangkan antara ilmu pengetahuan dan amalan sebenar kesihatan mulut yang baik," kata Dr Patrick Hescot, Presiden FDI. "Kami ingin setiap orang mengawal kesihatan mulut mereka pada Hari Kesihatan Mulut Sedunia ini dan memahami bahawa dengan mengamalkan tabiat kebersihan mulut yang baik, mencegah faktor-faktor risiko dan membuat pemeriksaan gigi secara berkala, mereka dapat membantu melindungi mulut mereka. Mulut yang sihat membolehkan kita bercakap, senyum, menghidu, merasa, menyentuh, mengunyah, menelan dan menonjolkan pelbagai jenis emosi dengan yakin dan tanpa sebarang kesakitan, ketidakselesaan serta penyakit. Kesihatan mulut yang baik adalah penting dan membawa kepada kualiti hidup yang lebih baik."

Kebanyakan negara yang ditinjau mempunyai kepercayaan yang salah bahawa berkumur-kumur dengan air selepas memberus gigi adalah penting; Brazil, Afrika Selatan, Mexico, India dan Kanada didapati paling banyak mengamalkan kepercayaan mitos ini (masing-masing 77%, 75%, 73%, 67% dan 67%). Ia sebenarnya disyorkan untuk tidak berkumur-kumur dengan air sejurus memberus gigi bagi membolehkan pendedahan maksimum terhadap fluorida, yang akan mengoptimumkan kesan-kesan pencegahan.

Hampir separuh daripada populasi yang ditinjau di India, Afrika Selatan, Brazil dan Poland (masing-masing 52%, 49%, 48% dan 42%), berpendapat bahawa meminum jus buah-buhan berbanding minuman bergas adalah penting untuk kesihatan mulut yang baik. Walau bagaimanapun, jus buah-buhan juga mempunyai kandungan gula yang tinggi yang boleh menyebabkan pereputan gigi. FDI mengesyorkan untuk mengambil minuman bergula pada kadar minimum sebagai sebahagian daripada gaya pemakanan yang sihat dan seimbang.

Dr Edoardo Cavalle, Pengerusi Pasukan Petugas WOHD berkata, "Memahami amalan kesihatan mulut yang baik dan mengamalkannya sedari awal kehidupan akan membantu mengekalkan kesihatan mulut yang optimum menjelang hari tua dan memastikan anda dapat hidup lama tanpa sebarang kesakitan fizikal dan mengalami kesengsaraan emosi disebabkan oleh penyakit mulut."

Dapatan penting lain berkenaan amalan kesihatan mulut termasuk:

  • 77 peratus daripada mereka yang ditinjau bersetuju bahawa berjumpa doktor gigi sekali setahun ialah amalan kesihatan mulut yang baik, namun hanya 52 peratus yang benar-benar cenderung melakukannya 
  • Hanya 28 peratus responden menyatakan bahawa tabiat meminum arak secara sederhana adalah penting untuk kesihatan mulut yang baik 

Latar Belakang Hari Kesihatan Mulut Sedunia  

Disambut setiap tahun pada 20 Mac, Hari Kesihatan Mulut Sedunia (WOHD) dilancarkan oleh Persekutuan Pergigian Dunia FDI bagi meningkatkan kesedaran global tentang pencegahan dan kawalan penyakit mulut. http://www.worldoralhealthday.org; #WOHD17 #LiveMouthSmart

Rakan-rakan Kongsi Global WOHD: Henry Schein, Philips Sonicare, Unilever

Latar Belakang Tinjauan 

Kesemua angka, melainkan jika dinyatakan sebaliknya adalah daripada YouGov Plc.  Jumlah saiz sampel ialah 12849 orang dewasa. Kerja-kerja lapangan dijalankan antara 20 dan 31 Januari 2017. Kaji selidik dijalankan secara dalam talian. Angka-angka telah dinilai dan mewakili seluruh negara bagi kesemua orang dewasa berusia melebih 18 tahun di Great Britain (2090), AS (1145), Australia (1018), New Zealand (1055), Jepun (1006) dan Kanada (1002); mewakili seluruh negara, berdasarkan sekitar kawasan bagi kesemua orang dewasa berusia melebihi 18 tahun di Brazil (1000), Mexico (1006), Poland (1004) dan Afrika Selatan (500); wakil bandar bagi kesemua orang dewasa berusia melebihi 18 tahun di India (1011) dan Mesir (1012).

Maklumat perhubungan media
Karley Ura, AXON Communications
kura@axon-com.com | Tel: +44(0)20-3595-2415

Foto: http://mma.prnewswire.com/media/477870/World_Oral_Health_Day.jpg
Video: https://www.multivu.com/players/uk/8061551-global-survey-world-oral-health-day/

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Survey, Polls & Research