omniture

Aplikasi WiFi Master Key Tambah 100 Juta Pengguna dalam 3 Bulan, Kini Melonjak Melebihi 900 Juta Pengguna

LinkSure China Holding Pte. Limited
2017-03-21 09:00 724

SINGAPURA, 21 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Pada 29 Jun 2016, WiFi Master Key (https://goo.gl/psLDsg), sebuah aplikasi mudah alih untuk membolehkan akses internet, telah berkembang kepada lebih daripada 900 juta pengguna, dan 520 juta pengguna aktif bulanan secara global -- menambah 100 juta pengguna terkini dalam tempoh tiga bulan.

Untuk menyaksikan siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/wifi_201703.shtml  

 

 

WiFi Master Key - ketik Blue Key untuk disambung dengan WiFi
WiFi Master Key - ketik Blue Key untuk disambung dengan WiFi

Sehingga kini, tidak lebih dari 10 aplikasi telah melangkaui pencapaian 900 juta pengguna. Aplikasi yang melepasi pencapaian ini selain daripada WiFi Master Key, termasuklah aplikasi daripada gergasi Internet seperti Google (aplikasi YouTube), Facebook (aplikasi Facebook), and Tencent (aplikasi WeChat).

Menurut statistik 2016 untuk aplikasi yang dimuat turun yang diterbitkan oleh Tencent, muat turun bagi WiFi Master Key melebihi QQ dan WeChat, menjadikan WiFi Master Key aplikasi produktiviti paling popular di China. WiFi Master Key terus berkembang di serata 233 negara dan rantau – berkhidmat untuk 100 juta pengguna di luar tanah besar China menggunakan 19 bahasa.

"Ia adalah suatu strategi yang baik untuk kami meluaskan capaian kami melangkaui pasaran China sebelum pihak-pihak lain. Kami berharap untuk mewujudkan pasaran Asia Tenggara dengan Singapura sebagai hab rantau itu", kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LinkSure, Encik Danian Chen.

Selain itu, berdasarkan senarai kedudukan 20 syarikat Internet teratas tahun 2016 oleh iResearch -- salah sebuah syarikat kajian pasaran terkemuka di China -- LinkSure adalah syarikat Internet China nombor satu dari segi pertumbuhannya, dengan indeks pertumbuhan 5.2, 10 peratus mengatasi syarikat yang berada di tempat kedua.

Pertumbuhan WiFi Master Key yang menakjubkan disumbangkan oleh keupayaannya untuk membolehkan sesiapa sahaja untuk mendapat capaian ke dalam talian melalui akses Internet percuma, terutamanya di negara-negara membangun dan kurang membangun. Menurut statistik daripada International Telecommunication Union (ITU), hanya kira-kira 40% daripada populasi di negara-membangun, dan kurang daripada 15% populasi di negara-negara kurang membangun, mempunyai akses internet.

Bergerak ke hadapan, "Data Besar adalah tunjang utama untuk syarikat teknologi maju dan berkembang dalam era internet mudah alih. WiFi Master Key akan menumpukan kepada penggunaan data besar dan R&D untuk penggunaan Wi-Fi mengikut konteks yang berkait dengan pengguna kami dan persekitaran mereka; membantu perniagaan kecil dan individu  mencari peluang baharu melalui pengumpulan kepakaran data besar. Buat masa ini, WiFi Master Key berharap untuk bekerjasama dengan lebih banyak Pertubuhan Bukan Untung (NPO) untuk menggerakkan projek-projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang mempunyai rangkaian meluas dan lebih berimpak, untuk memberi faedah kepada lebih ramai individu," tambah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LinkSure, Encik Danian Chen.

LATAR BELAKANG WIFI MASTER KEY oleh en.wifi.com

WiFi Master Key adalah sebuah aplikasi mudah alih percuma yang dibangunkan oleh LinkSure untuk mengupayakan akses Internet tanpa kata laluan. Sehingga Jun 2016, aplikasi itu memiliki 900 juta pengguna dan 520 juta pengguna aktif bulanan, menjadikannya aplikasi perkongsian WiFi terbesar di dunia. Syarikat itu memegang rekod sebagai salah sebuah syarikat Internet mudah alih unikorn China yang paling pesat membangun yang mencapai nilaian billion dolar pada 2015, selepas menyempurnakan pendanaan Series A sebanyak $52 juta.

Lydia Chow
lydia.chow@wifi.com
+65 67156081

Video - http://mms.prnasia.com/mnr/201703/wifi/video.mp4
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170310/8521701586-e

Source: LinkSure China Holding Pte. Limited
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media