omniture

Telepizza Mulakan Usaha Sama Dengan Forty's Pizza di Republik Czech

Telepizza
2017-03-24 06:39 613

MADRID, 24 Mac 2017 /PRNewswire/ --

  • Telepizza meterai satu Perjanjian Usaha Sama dengan Forty's Pizza, syarikat penghantaran piza yang terkemuka di Republik Czech
  • Syarikat usaha sama baharu ini akan diketuai oleh En. Jakub Šlezar, pengasas Forty's Pizza 
  • Telepizza pada masa ini memiliki 1,389 kedai di seluruh dunia, yang terdiri daripada 454 kedai milik dan 935 francais atau kedai francais induk
  • Telepizza kini mempunyai 10 kedai dan menjangka pasaran lebih berganda dalam 3 tahun akan datang di Republik Czech

Telepizza, syarikat penghantaran piza terbesar di dunia di luar AS, baru-baru ini telah memulakan usaha sama dengan Forty's Pizza, syarikat penghantaran piza terkemuka di Republik Czech.

generated by system

generated by system

Perjanjian dengan perniagaan terkemuka dalam pasaran utama ialah sebahagian penting dalam rancangan bercita-cita tinggi Telepizza bagi pertumbuhan antarabangsa yang pesat di samping inovasi, syarikat usaha sama (JVC) dan pelancaran kedai organik, yang menyasarkan untuk menggandakan pasaran dalam 3 tahun akan datang. Syarikat usaha sama baharu ini akan diketuai oleh pengasas Forty's Pizza, En. Jakub Šlezar.

Presiden Antarabangsa Telepizza, Giorgio Minardi, mengulas, "Kami gembira dengan JVC baharu dengan Forty's Pizza kerana ia menandakan satu lagi langkah untuk mencapai rancangan perluasan bercita-cita tinggi kami. Republik Czech merupakan peluang yang hebat bagi kami untuk memanfaatkan perniagaan francais kami yang semakin berkembang di Eropah Tengah dan membantu membina momentum sebagai jenama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa."

Pemilik dan pengasas Forty's Pizza, En. Jakub Šlezar mengulas, "Dengan warisan yang kuat dan tumpuan kepada kualiti, jenama Telepizza sangat sesuai dengan kami. Kami gembira kerana dapat menyertai organisasi yang hebat dan tidak sabar untuk menggunakan pengetahuan tempatan kami yang meluas untuk membantu mengembangkan perniagaan Telepizza di Republik Czech. "

Telepizza kini beroperasi di lebih 20 negara dan mencatatkan €517 juta dalam rantaian jualan dan €63.6 juta dalam EBITDA pada 2016. Dengan cita-cita untuk mengembangkan lagi perniagaan melalui pelaburan berterusan, Telepizza sentiasa mencari JVC berpotensi dan francais induk yang ingin menyertai peluang luar biasa ini.

Later Belakang Telepizza 

Telepizza ialah syarikat penghantaran piza terbesar di dunia di luar AS. Beribu pejabat di Madrid, syarikat ini menawarkan pelbagai jenis piza dan produk pelengkap yang mengabungkan rasa yang konsisten di seluruh negara dengan tumpuan kepada penyesuaian tempatan dan inovasi dalam pasaran ia beroperasi.

Telepizza beroperasi di lebih 20 negara dengan jenamanya sendiri di seluruh Eropah (Sepanyol, Portugal dan Poland), Amerika Latin dan rantau lain yang kebanyakannya melalui perjanjian francais induk. Sehingga Mac 2017, syarikat ini mempunyai rangkaian 1,389 kedai (454 kedai milik dan 935 kedai francais dan francais induk) dan menggunakan model perniagaan bersepadu menegak di seluruh tujuh kemudahan pengeluaran doh.

Pada 2016, Kumpulan ini mencatatkan €517 juta dalam jualan rantaian dan €63.6 juta dalam EBITDA.

HUBUNGAN MEDIA:
Telepizza: +34-91-6576200
Miguel Justribó
miguel.justribo@telepizza.com

Source: Telepizza
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Restaurants Joint ventures Licensing/marketing agreements