omniture

Zeutschel ScanStudio - Gabungan Pengimbas dan Studio Foto dalam Satu

Zeutschel GmbH
2017-03-27 11:41 620

TÜBINGEN, Jerman, 27 Mac 2017 /PRNewswire/ --

Sempena CeBIT, Zeutschel memperkenalkan sistem pendigitan semua-dalam-satu untuk perpustakaan, arkib dan muzium. "Zeutschel ScanStudio menggabungkan yang terbaik daripada dua dunia – dunia fotografi studio dengan dunia pengimbas profesional," kata Jörg Vogler, Pengarah Urusan Zeutschel. Ia terdiri daripada sistem kamera dengan bahagian belakang digital PhaseOne, kanta boleh ditukar ganti, pencahayaan LED istimewa serta sistem bod kopi yang pelbagai.

generated by system

generated by system

Sistem pendigitan ini merupakan hasil kerjasama erat pertama antara Zeutschel dan PhaseOne, diumumkan sempena CeBIT.

Keanjalan, kualiti dan produktiviti imej tertinggi

Direka bentuk sebagai sistem modular sepenuhnya, Zeutschel ScanStudio menawarkan pengguna dengan tahap keanjalan yang belum pernah disediakan sebelum ini. Selain menonjolkan kanta yang boleh ditukar ganti, konsep sistem turut memaparkan pelbagai sistem bod kopi, seperti unit ketelusan, kurungan untuk kebanyakan format filem dan endul buku.

Zeutschel ScanStudio menyediakan kualiti imej yang melangkaui peruntukan panduan pendigitan FADGI, Metamorfoze dan piawaian ISO 19264-1 yang tersedia.

Berbanding denyar, sistem pendigitan menggunakan sistem pencahayaan Zeutschel ErgoLED istimewa yang menampilkan dua lampu LED yang boleh diselaraskan dan dikawal. Ini menjamin pencahayaan optimum pada dokumen dan operasi bebas silau, cahaya tertuju dan menguntungkan. Zeutschel ScanStudio dikawal menggunakan perisian OmniScan yang popular. Mewujudkan aliran kerja yang dipratentukan dalam perisian yang mengandungi kesemua tetapan utama untuk tugas masing-masing.

Ketersediaan dan pengedaran 

Zeutschel memasarkan sistem di kawasan utama di Jerman, Austria dan Switzerland, dalam pasaran Asia yang semakin berkembang, selain menerusi rangkaian pengedar dunianya yang mantap di Eropah, Timur Tengah, Amerika Selatan dan juga Afrika.

PhaseOne menjual sistem ini secara eksklusif dalam pasaran Amerika Utara yang penting melalui rakan niaganya Digital Transition.

Zeutschel ScanStudio tersedia mulai musim panas tahun 2017. Maklumat lanjut di: http://www.zeutschel.de/en/produkte/scanstudio/

Maklumat perhubungan akhbar: Jürgen Neitzel, +49(0)711/440800-63, jneitzel@neitzel-services.de

 

Source: Zeutschel GmbH
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service New products/services Trade show news