omniture

Phoenix Venture Partners LLC Kumpul Dana Ke-2, PVP II LP

Phoenix Venture Partners LLC
2017-03-27 19:00 568

SAN MATEO, California, 27 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Phoenix Venture Partners LLC (PVP) mengumumkan hari ini bahawa ia telah secara rasminya menutup dana modal teroka baharu yang terkenal, PVP II LP. Rakan kongsi terhad dana ini terdiri daripada institusi-institusi kewangan canggih, pejabat-pejabat keluarga, dan syarikat-syarikat multinasional terkemuka (pelabur strategik). Pelabur strategik PVP II LP termasuk pemimpin-pemimpin utama pasaran dalam bidang masing-masing, termasuk Pfizer Inc., 3M, Corning Incorporated (NYSE:GLW), Eastman Chemical Company (NYSE:EMN), Solvay Group S.A., Showa Denko K. K. (TSE: 4004), dan W.L. Gore & Associates.


Sebagai peneraju firma modal teroka mengkhusus kepada Bahan-Bahan Lanjutan, PVP dikenali oleh usahawan-usahawan dan syarikat-syarikat di seluruh dunia, PVP menjalin perkongsian erat dengan pelabur-pelabur strategiknya dan bekerjasama dengan mereka untuk mengenalpasti peluang-peluang pasaran yang menarik.

Berikutan rekod kejayaan rakan-rakan kongsi PVP, PVP II LP akan mengkhususkan kepada pelaburan  dalam perniagaan baru bermula dalam membangunkan inovasi terbaru Bahan-Bahan Lanjutan. Sama seperti dana PVP I LP terdahulu, PVP akan bekerjasama dengan beberapa syarikat terkemuka dari berbagai posisi rangkaian nilai, geografi, dan industri-industri untuk mengenalpasti peluang-peluang dan menyemak teknologi perniagaan baru bermula "terbaik dalam kelas". Rakan-rakan kongsi PVP juga bekerjasama rapat dengan usahawan, memanfaatkan pengalaman domain mereka sebagai pencipta berjaya, pengasas, pengendali syarikat baharu, dan eksekutif tahap pengurusan tertinggi.

Dr. John T. Chen, Pengurus Rakan Umum PVP, mengulas, "Kami gembira dengan sokongan berterusan yang kami terima daripada LP sedia ada dan minat yang kuat terhadap PVP II LP daripada pelabur-pelabur baharu. Dana ini bermula dengan baik, dan telah berjaya membuat beberapa pelaburan baharu."

Dr. Zachariah Jonasson, Pengurus Rakan Umum PVP menambah, "Kami teruja dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat multinational dan usahawan-usahawan paling inovatif di seluruh dunia."

Latar Belakang Phoenix Venture Partners LLC

Phoenix Venture Partners LLC ialah sebuah firma peneraju modal teroka yang melabur dan berkongsi dengan usahawan untuk mengkomersilkan inovasi Bahan-Bahan Lanjutan terbaru.   Pasukan PVP mempunyai rekod yang hebat dalam penubuhan, pembinaan dan pelaburan dalam syarikat baharu Bahan-Bahan Lanjutan yang berjaya dalam berbilang bidang aplikasi perindustrian. Pelaburan strategik firma ini adalah fleksibel dan bertujuan untuk membantu usahawan-usahawan dengan pelanggan dan perkongsian rantaian bekalan, pembangunan perniagaan, serta sokongan strategik dan operasi. PVP berkolaborasi bersama beberapa syarikat terpilih yang memandang ke hadapan untuk pembangunan perniagaan dan mempunyai keterbukaan terhadap inovasi. PVP berpangkalan di Lembah Silikon dengan pejabat satelit di Seattle, WA. Untuk maklumat tambahan, sila layari laman sesawang kami di www.phoenix-vp.com.

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/481496/Phoenix_Venture_Partners_Logo.jpg

 

Source: Phoenix Venture Partners LLC
Related Stocks:
NYSE:EMN NYSE:GLW Tokyo:4004
Keywords: Banking/Financial Service Venture Capital