omniture

Airborne Wireless Network Failkan Lesen Percubaan FCC untuk Demonstrasi Sistem

Airborne Wireless Network
2017-03-31 22:20 506

Tonjol Kemajuan Penting dalam Pengkomersialan Infinitus Super Highway ™ Berpaten Syarikat

SIMI VALLEY, California, 31 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Airborne Wireless Network (OTCQB: ABWN) telah memfailkan percubaan kepada Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan dengan nombor fail lesen 0378-EX-ST-2017 bagi memulakan penilaian sistem rangkaian jejaring pesawat-ke-pesawat dan pesawat-ke-darat. Setelah diluluskan, lesen ini akan membenarkan syarikat untuk memulakan ujian transmisi frekuensi radio darat dan penerbangan bagi teknologi berpatennya, Infinitus Super Highway™.

Sistem demonstrasi ini telah diuji di dalam makmal di salah sebuah kemudahan rakan kongsi berkontrak Airborne Wireless Network. Kini, syarikat akan memanfaatkan keputusan yang berjaya ini dan membawanya kepada platform ujian pesawat Boeing 757 untuk mengetahui kesesuaian tanah, menjalankan ujian di landasan dan akhirnya, penilaian penerbangan.

Menerusi demonstrasi penerbangan ini, Syarikat berhasrat untuk menghantar data jalur lebar antara pesawat bawaan udara dan stesen bumi, menunjukkan rangkaian jejaring pesawat-ke-pesawat dan pesawat-ke-darat.

Jason de Mos, Naib Presiden Pembangunan dan Pematuhan Perniagaan, berkata, "Kami amat berbesar hati dengan tahap kemajuan yang kami lakukan untuk memulakan pengujian sistem rangkaian kami. Setelah selesai demonstrasi penerbangan ini dengan jayanya, kami akan membuat susulan dengan skala yang lebih besar, dua puluh ujian pesawat terhadap masyarakat pulau, yang mana kami berhasrat untuk mencontohi perkhidmatan jalur lebar global kepada pengguna yang menaiki pesawat serta pengguna di darat, di atas kapal, dan juga pelantar minyak. Infinitus Super Highway™ kami mendepani usaha mewujudkan rancangan global yang membawakan fungsi ketersambungan di luar batasan semasa, yang merupakan pasaran yang belum diteroka dan boleh ditangani yang bernilai berbilion-bilion demi mengisi kelompongan fungsi ketersambungan dunia. Kami percaya teknologi kami akan merapatkan jurang pada rangkaian tersebut dalam hab bawaan udara untuk menghapuskan titik tunggal kegagalan, mengurangkan kependaman dan hampir menghapuskan kesan berkaitan cuaca buruk, bencana alam mahupun kegagalan ekonomi."

Sejurus dilaksanakan, Infinitus Super Highway™ akan menyediakan sistem komunikasi pesawat-ke-pesawat. Ia akan menjadi kegunaan baharu untuk armada (telah sedia ada) pesawat penerbangan komersial untuk menggantikan satelit komunikasi orbit rendah bumi. Infinitus perlu menyediakan infrastruktur komunikasi tanpa wayar jalur lebar berkos rendah dari titik-ke-titik, dicapai dengan menggunakan dan mengubah suai peralatan stesen geganti sedia ada, kecil, ringan, berkuasa rendah dan berkos rendah dalam pesawat penerbangan komersial. Setiap pesawat yang dilengkapi ini akan mempunyai hubungan komunikasi tanpa wayar jalur lebar (dalam jarak liputan garis penglihatan) kepada satu atau lebih pesawat berdekatan atau stesen bumi, yang akan membentuk rantaian pengulang bawaan udara lancar memberikan get laluan komunikasi tanpa wayar jalur lebar sepanjang laluan penerbangan keseluruhan. Infinitus Super Highway™, setelah dilaksanakan, akan menyediakan perkhidmatan komunikasi tanpa wayar jalur lebar kepada pengguna dalam pesawat selain pelanggan di darat, berserta jarak garis penglihatan laluan penerbangan daripada pesawat penerbangan komersial.

Latar Belakang Airborne Wireless Network

Syarikat ini berhasrat untuk mewujudkan rangkaian tanpa wayar bawaan udara jalur lebar berkelajuan tinggi dengan menghubungkan pesawat komersial yang sedang dalam penerbangan. Dijangkakan bahawa setiap pesawat yang mengambil bahagian dalam rangkaian ini akan bertindak sebagai pengulang bawaan udara atau penghala, menghantar dan menerima isyarat jalur lebar daripada satu pesawat ke pesawat yang lain dan mewujudkan lebuhraya digital di ruang angkasa. Syarikat ini berharap agar rangkaian ini menjadi saluran internet jalur lebar yang berkelajuan tinggi untuk meningkatkan liputan keterhubungan. Syarikat tidak berhasrat untuk menyediakan liputan pelanggan runcit kepada pengguna akhir, tetapi, sebaliknya, bertindak sebagai pengangkut borong dengan pelanggan sasaran, seperti penyedia perkhidmatan internet dan syarikat-syarikat telefon.

Kini, keterhubungan di dunia dapat dicapai dengan menggunakan kabel dasar laut, gentian darat dan satelit. Syarikat percaya bahawa lebuh raya digital bawaan udara Syarikat boleh menjadi penyelesaian untuk mengisi kelompongan keterhubungan dunia. Sebaik sahaja rangkaian ini dibangunkan dan dilaksanakan sepenuhnya, kegunaannya hampir tiada batasan. Rangkaian Syarikat ini, setelah siap dibangunkan, mampu menyediakan keterhubungan berkos rendah dan berkelajuan tinggi ke kawasan luar bandar, negara-negara kepulauan, kapal-kapal di laut, pelantar minyak, selain fungsi keterhubungan kepada pesawat komersial dan persendirian yang sedang dalam penerbangan.

Untuk maklumat lanjut lihat: www.airbornewirelessnetwork.com

Notis Berhubung Kenyataan Jangkaan:

Hebahan ini mengandungi "kenyataan jangkaan" mengikut pengertian peruntukan perlindungan selamat Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian Amerika Syarikat 1995. Kenyataan-kenyataan ini adalah berdasarkan kepercayaan dan jangkaan semasa berhubung pengurusan syarikat dan tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan yang penting. Sekiranya andaian tersirat terbukti tidak tepat atau ketidaktentuan berlaku, keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara berbanding dengan perkara yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan.

Risiko dan ketidaktentuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, ketersediaan modal; ketidakpastian yang wujud berkaitan dengan pembangunan produk atau teknologi baharu dan beroperasi sebagai syarikat pada peringkat pembangunan; kebolehan kami untuk mengumpul dana tambahan yang akan kami perlukan untuk meneruskan rancangan pembangunan perniagaan dan produk; kemampuan kami untuk membangunkan dan mengkomersialkan produk berdasarkan platform teknologi kami; persaingan dalam industri yang kami beroperasi dan memasarkan; keadaan umum industri; faktor-faktor ekonomi umum; kesan peraturan industri; kemajuan berteknologi; produk dan paten baharu yang dicapai oleh pesaing; kesukaran atau kelewatan pembuatan; pergantungan terhadap keberkesanan paten syarikat; dan pendedahan terhadap litigasi, termasuk litigasi paten, dan/atau tindakan kawal selia.

Hubungi:
Robert Haag
IRTH Communications
No. Telefon 1-866-976-4784
ABWN@irthcommunications.com

 

Source: Airborne Wireless Network
Related Stocks:
OTC:ABWN
Keywords: Airlines/Aviation Computer Networks Computer/Electronics OTC/SmallCap IRW Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation New products/services