omniture

Merck Perkenal Platform Pengesanan Protein Tinggi Kepekaan Generasi Seterusnya

Merck
2017-04-04 01:41 426

- Teknologi SMCxPRO™ baharu tawar kelajuan tinggi, kepekaan tinggi untuk pengesanan molekul tunggal

- Penuhi permintaan pelanggan untuk penanda bio dan penemuan serta pengesanan sasaran baharu

DARMSTADT, Jerman, 3 April 2017 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi utama, hari ini mengumumkan pelancaran platform pengesanan tinggi kepekaan terkini, teknologi SMCxPRO™ di Persatuan Amerika untuk Mesyuarat Tahunan Penyelidikan Kanser di Washington, D.C. 

generated by system

Platform SMCxPRO™ membolehkan para penyelidik mengesan dan menghitung penanda bio kelimpahan rendah yang tidak dapat diukur menggunakan kaedah tradisional. Alat ini menampilkan sistem pengesanan tinggi kepekaan dengan ciri kelajuan serta ketepatan dalam reka bentuk yang kompak.

Ia akan tersedia pada suku ketiga tahun 2017.

"Inovasi terkini Merck, teknologi SMCxPRO™ merupakan sebahagian daripada rangkaian alat untuk tujuan pengesanan dan pencirian, mempercepatkan usaha penemuan ubatan dan peningkatan produktiviti makmal keseluruhan," kata Jason Apter, Ketua Pemasaran Strategik & Inovasi Penyelesaian Penyelidikan dalam sektor perniagaan sains hayat Merck. "Pengesanan penanda bio kelimpahan rendah membolehkan penghitungan kumpulan baharu bagi sasaran terkini. Kami komited untuk memperkasakan para penyelidik dengan menyediakan teknologi yang diperlukan demi mempercepatkan kemajuan dalam bidang penjagaan kesihatan."

Berserta teknologi SMCxPRO™ baharu, Merck turut menawarkan pelbagai pilihan penyelesaian untuk penemuan penanda bio dan pengenalpastian sasaran baharu termasuk pustaka CRISPR Sanger yang baru dilancarkan yang memperluas rangkaian alat modifikasi gen milik syarikat.

Para hadirin AACR digalakkan mengunjungi reruai #931 untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk sains hayat Merck dan berbual bersama pakar-pakar syarikat. Ikuti kami melalui twitter @Merck_lifesci.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2016, Merck menjana hasil jualan mencecah € 15.0 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam ini. Syarikat ini memegang hak global nama dan jenama Merck. Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

 

Source: Merck
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Trade show news