omniture

InComm Japan Jalin Kerjasama dengan WeChat Pay

InComm
2017-04-04 08:00 612

ATLANTA, 4 April 2017 /PRNewswire/ -- InComm, sebuah syarikat produk prabayar dan perkhidmatan transaksi utama, hari ini mengumumkan InComm Japan menjalin kerjasama dengan Tencent FiT (Teknologi Kewangan), penyedia perkhidmatan WeChat Pay dan sebahagian daripada kumpulan syarikat Tencet yang beribu pejabat di Shenzen, China.

WeChat Pay ialah perkhidmatan pembayaran untuk pengguna SNS "WeChat (Wēixìn)" yang mempunyai lebih 8.49 juta pengguna aktif bulanan di China, mengendalikan lebih 500 juta transaksi sehari. Perkhidmatan ini menjadi salah satu perkhidmatan utama bagi kaedah pembayaran mudah alih Cina. Menerusi kerjasama ini, teknologi POSA1 InComm akan membolehkan pelancong Cina di Jepun menggunakan telefon pintar mereka untuk membayar produk dan perkhidmatan, sama seperti perkara yang sudah dilakukan di negara asal mereka.

Rangkaian POSA InComm Japan, yang menghubungkan dengan lebih 50,000 kedai runcit di negara tersebut, akan memudahkan belian pelanggan di titik jualan dengan menggunakan kod bar yang dikeluarkan WeChat Pay. Dengan memanfaatkan teknologi POSA ini, pengebilan akaun pelanggan WeChat Pay boleh dikenakan di titik jualan. Ia tidak memerlukan penyediaan terminal khusus dan menjadikan perkhidmatan WeChat Pay boleh digunakan di semua peruncit InComm.

"Kami berbesar hati mengumumkan teknologi POSA kami kini disediakan untuk tujuan penebusan alternatif dan amat teruja dengan kehadiran WeChat untuk menyertai kami," kata Junichi Kito, Pengarah Pembangunan Perniagaan di InComm Japan. "Menjelang Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020 kelak, penting untuk peniaga Jepun bersiap sedia dengan kaedah pembayaran global, yang mudah untuk pelancong dan ini merupakan misi kami untuk menyokong usaha tersebut. Kami yakin hal ini akan memberi nilai tambahan hebat kepada peniaga dan pengeluar kad prabayar dalam pasaran global."

Pada tahun 2016, jumlah pengunjung Cina ke Jepun melangkaui 5 juta orang, jumlah pelancong tertinggi yang pernah mengunjungi negara kepulauan itu. Jenis perjalanan yang dibuat juga telah beralih daripada perjalanan berkumpulan kepada perjalanan peribadi dan pelancong tidak lagi mengunjungi hanya destinasi yang telah dirancang terlebih dahulu. Perkongsian baharu ini akan membolehkan semua kedai runcit, bukan sahaja kedai-kedai yang biasanya menjalankan jualan bebas cukai, untuk memproses pembayaran melalui mesin daftar di titik jualan.

Latar Belakang InComm

Memanfaatkan penyepaduan menyeluruh terhadap sistem terminal titik jualan peruncit, InComm menyediakan hubungan kepada pelbagai pembekal perkhidmatan yang membolehkan pengguna menjalankan perniagaan harian di lebih 500,000 terminal edaran runcit. Sama ada pengguna mengaktifkan produk prabayar, membayar bil, menikmati diskaun waktu sebenar melalui kad keahlian, membeli barangan digital dalam kedai atau menambah dana kepada akaun dalam talian, InComm sentiasa bersedia untuk memberi peluang bagi memberi hadiah yang unik, melayan pembeli yang sibuk, memberikan nilai tambahan melalui program kesetiaan dan melayan pengguna yang berurus niaga secara tunai. Dengan 206 paten global, InComm beribu pejabat di Atlanta dan beroperasi di lebih 30 negara. Ketahui lebih lanjut di www.incomm.com atau berhubung dengan kami di www.twitter.com/incommwww.facebook.com/incomm, www.linkedin.com/company/incomm atau www.incomm.com/blog.

Latar Belakang InComm Japan

InComm Japan ialah sebuah subsidiari Jepun bagi pengedar kad POSA terbesar dunia yang beribu pejabat di Amerika Syarikat. Kami mempunyai pelbagai teknologi berpaten untuk kad POSA dan kami menggunakannya di kira-kira 50,000 kedai runcit di Jepun.

Latar Belakang Tencent (Tencent Holdings Limited)

Tencent ialah syarikat dagangan awam dalam Bursa Saham Hong Kong (kod syarikat: 00700) dan merupakan syarikat terbesar di China dari segi permodalan pasaran pada tahun 2016 (1.608 trilion yuan Cina).

1 Di Jepun, "POSA" dan "POS Activation" ialah tanda dagangan berdaftar InComm Japan.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20110525/CL09221LOGO

Source: InComm
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Retail Asian-related news Contracts