![]() |
Kabel ARBR ialah sistem kabel dasar laut bebas pertama Argentina
BUENOS AIRES, Argentina dan BOSTON, 4 April 2017 /PRNewswire/ -- Seaborn Networks (Seaborn), pembangun-pemilik-pengendali bebas utama bagi sistem kabel dasar laut, dan Grupo Werthein (Werthein), sebuah syarikat pegangan pelaburan Argentina yang terkemuka yang memegang rekod prestasi cemerlang bagi pegangan telekomunikasi penting, mengumumkan perjanjian yang terikat untuk membangunkan sistem kabel gentian-optik dasar laut baharu yang menghubungkan Argentina dengan Brazil (sistem ARBR). Sistem ARBR akan menyediakan fungsi ketersambungan hadapan melalui Seabras-1 untuk kebanyakan laluan terus antara Argentina dengan Amerika Syarikat.
Sistem ARBR akan dibangunkan dan dimiliki oleh Seabras Group (rakan sekutu Seabras) dan Werthein. Seabras ialah satu-satunya pemilik seluruh sistem kabel dasar laut Seabras-1 antara New York (AS) dan Sao Paulo (Brazil), yang telah dibangunkan dan dikendalikan serta dimiliki oleh Seaborn Networks bersama-sama dana-dana yang diurus dan/atau dinasihatkan oleh Partners Group, pengurus pelaburan pasaran persendirian global dengan aset bawah pengurusan bernilai US$57 bilion. Seabras menjual kapasiti pada Seabras-1 kepada pelbagai syarikat telekomunikasi bersaiz besar dan kecil serta pelanggan lain sama ada melalui hak penggunaan dinafikan (IRU) atau pajakan jangka pendek. Memandangkan Seaborn ialah pengendali Seabras-1, Seaborn juga akan menjadi pengendali sistem ARBR. Gabungan kabel ARBR + Seabras-1 memperlihatkan saiz projek keseluruhan melebihi US$575 juta.
"Kami amat berbesar hati mengumumkan perjanjian kami dengan Grupo Werthein untuk membangunkan dan mengendalikan sistem ARBR," kata Larry Schwartz, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Seaborn Networks dan Seabras Group. "Projek ini memberi respons terhadap keperluan pasaran Argentina untuk mendapatkan sebahagian besar kapasiti antarabangsa tambahan pada sistem generasi berikutnya, sambil turut menawarkan model pengendali bebas pertama negara untuk laluan kabel dasar laut yang kritikal."
Menteri Komunikasi Argentina Oscar Aguad berkata, "Argentina memerlukan pemodenan infrastruktur komunikasi global dan sistem kabel dasar laut bebas pertama ini adalah langkah amat penting untuk tujuan tersebut. Kami sedang meniti perjalanan ke arah transformasi ekonomi negara ini. Projek hebat ini adalah hasil peraturan baharu bagi aktiviti yang kami galakkan, iaitu dengan memberi kebolehramalan dan keselamatan undang-undang, menyediakan keadaan yang diperlukan untuk syarikat-syarikat melabur secara meluas menerusi projek-projek baharu di negara ini."
"Selama enam belas tahun sejak kabel dasar laut terakhir dibangunkan dari Argentina ke Brazil, berserta hakikat bahawa ini merupakan laluan utama untuk komunikasi data dan suara antara Argentina dengan seluruh pelosok dunia, laluan baharu dan bebas ini sudah sepatutnya dibina lebih awal lagi," kata Dario Werthein daripada Grupo Werthein.
Pendaratan Brazil bagi sistem ARBR baharu akan ditempatkan di stesen pendaratan kabel Seabras-1 sedia ada di Praia Grande (Brazil), seraya mendayakan ketersambungan hadapan langsung ke New York melalui Seabras-1. Pendaratan Argentina untuk ARBR dijangka berada atau berhampiran Las Toninas. Sistem ARBR akan menyediakan sistem pasangan empat gentian dengan kapasiti reka bentuk maksimum awal sebanyak 48 Tbps dan tarikh siap yang dijangka pada separuh kedua tahun 2018.
Latar Belakang Seaborn Networks
Seaborn Networks ialah pembangun-pemilik-pengendali peneraju bagi sistem kabel gentian optik dasar laut bebas, termasuk Seabras-1 antara New York (AS) dan Sao Paulo (Brazil) dengan tarikh siap berkhidmat secara komited pada Jun 2017. Seaborn diasaskan oleh para eksekutif kabel dasar laut dan penyedia borong yang berjaya dengan pengalaman dalam mereka bentuk, membangunkan dan mengendalikan banyak rangkaian dasar laut serta darat yang terbesar di dunia. Untuk maklumat tambahan, layari www.seabornnetworks.com
Latar Belakang Grupo Werthein
Grupo Werthein ialah salah sebuah kumpulan perniagaan terbesar di Argentina, membuat pelaburan dalam pelbagai industri seperti Telekomunikasi, Insurans, Barangan Pengguna, Industri Agro, Tenaga dan Wain. Selama 107 tahun, Grupo Werthein telah membangunkan syarikat, menyumbang terhadap kemajuan Argentina dan berusaha mewujudkan masa depan yang lebih baik. Untuk maklumat tambahan, lihat www.grupowerthein.com.
Maklumat perhubungan media: Kate.Wilson@seabornnetworks.com