omniture

ThreatMetrix tonjol detik penting di Sidang Kemuncak Identiti Digital APAC 2017: Mata Wang Kepercayaan

ThreatMetrix
2017-04-06 17:00 721

HONG KONG, 6 April 2017 /PRNewswire/ -- ThreatMetrix®, The Digital Identity Company®, hari ini mengumumkan kejayaan penutupan Sidang Kemuncak Identiti Digital 2017: Mata Wang Kepercayaan, pada 5-6 April di Hong Kong.

Acara ulung Asia Pasifik ini ialah sebahagian daripada siri Sidang Kemuncak Identiti Digital peringkat global. Ia menghimpunkan pengamal utama dari ruang risiko dan identiti untuk meneroka salah satu isu yang paling kritikal yang dihadapi oleh perniagaan digital hari ini - kepercayaan.

Penceramah datang dari organisasi termasuk Standard Chartered Bank, Ctrip, Rabobank dan Bursa Saham Sydney; bersama-sama dengan pemimpin pemikir identiti digital dari ThreatMetrix.

"Sepertimana mata wang dapat mendayakan ekonomi global, kesahihan pengguna dan identiti digital yang boleh dipercayai  menjadi pendaya baharu bagi perniagaan online. Ekonomi digital yang berkembang maju bergantung kepada pewujudan identiti dan pelakuan yang boleh dipercayai dalam talian," kata Armen Najarian, Ketua Pegawai Pemasaran ThreatMetrix.

"Sidang Kemuncak Identiti Digital mendapati konsensus yang jelas dalam kalangan penceramah dan hadirin bahawa kepercayaan merupakan mata wang baharu bagi dunia dalam talian," kata penceramah utama Nick Ellsmore, Pengasas Bersama Hivint. "Di waktu perniagaan di seluruh rantau APAC menerima transformasi digital, mereka berusaha untuk membina kepercayaan dalam talian, berdasarkan kolaborasi, untuk berurus niaga secara bebas dan selamat dengan pengguna mereka."

ThreatMetrix mengumumkan bahawa pada tahun 2018, Sidang Kemuncak Identiti Digital APAC akan dilangsungkan di Le Meridian Singapura, Sentosa pada 12-13 April 2018. Sidang Kemuncak Identiti Digital EMEA akan berlangsung di London, 12-13 Jun 2017 dan masyarakat global akan berkumpul di San Francisco, pada 18hb - 20 hb September 2017.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.digitalidentitysummit.com

Latar Belakang ThreatMetrix

ThreatMetrix®, The Digital Identity Company®, ialah penyelesaian awan yang terkemuka di pasaran bagi mengesahkan individu dan transaksi digital di Internet. Mengesahkan lebih daripada 20 bilion transaksi setahun yang menyokong 30,000 laman web dan 4,500 pelanggan di seluruh dunia melalui ThreatMetrix Digital Identity Network®, ThreatMetrix menjamin perniagaan dan pengguna akhir dari  pengambilalihan akaun, penipuan pembayaran dan pendaftaran akaun palsu akibat daripada perisian hasad dan penerobosan data.

© 2017 ThreatMetrix. Hak cipta terpelihara. ThreatMetrix dan logo ThreatMetrix ialah tanda dagang atau tanda dagang berdaftar ThreatMetrix di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Semua jenama, perkhidmatan atau nama produk adalah tanda dagang atau tanda dagang berdaftar syarikat atau pemilik masing-masing

Source: ThreatMetrix
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce High Tech Security Internet Technology Trade show news