omniture

Por Grace Foundation Umum Penerbitan Keputusan Positif Kajian Bebas di Mexico Guna RSHO-X™

Por Grace Foundation
2017-04-06 19:44 545

Kajian Tunjukkan Peningkatan Kualiti Hidup yang Ketara bagi Kanak-kanak yang mengalami Epilepsi Selain Pengurangan Sawan

SAN DIEGO, 6 April 2017 /PRNewswire/ -- Por Grace Foundation, rujukan kebangsaan Mexico dalam perjuangan untuk mendapat akses kepada produk berasaskan kanabis bagi rawatan beberapa keadaan neurodegenaratif, hari ini mengumumkan keputusan bagi kaji selidik baharu dari sudut pandangan ibu bapa kanak-kanak dengan epilepsi refraktori (RE). Dijalankan oleh Pakar Perubatan Mexico yang terkenal, Dr. Carlos G. Aguirre Velazquez, kajian itu mendapati bahawa daripada 43 kes kanak-kanak yang telah dirawat dengan minyak hem kanabidiol (CBD), lebih 81% menunjukkan pengurangan sawan. Selain itu, hasil kajian baharu ini telah diterbitkan dalam Neurology Research International. 


Produk yang sering digunakan dalam kaji selidik ini ialah produk utama anak syarikat Medical Marijuana, Inc. (OTC: MJNA), HempMeds® iaitu Real Scientific Hemp Oil-X™ (RSHO-X™). RSHO-X™  adalah produk pertama yang menerima kelulusan COFEPRIS untuk diimport ke Mexico dan 100% bebas-THC.

Kaji selidik ini, yang merupakan kajian pemerhatian pertama yang dijalankan di Mexico bagi meneroka penggunaan kanabis perubatan di RE pediatrik, turut melaporkan bahawa daripada 43 kes, 51% menunjukkan penurunan sawan yang ketara (lebih 75% pengurangan), manakala 16% melaporkan menjadi bebas sawan sepenuhnya. Selain itu, 9 daripada 43 kes mengurangkan ubat antiepileptik yang mereka gunakan dan tiada sebarang kesan sampingan serius dilaporkan.

Selain itu, kaji selidik ini melaporkan peningkatan kualiti hidup keseluruhan pesakit dengan 88% menunjukkan kognisi yang bertambah baik, 86% menunjukkan emosi atau mood yang bertambah baik, 77% menunjukkan tidur yang bertambah baik, dan 67% menunjukkan selera makan yang lebih baik.

"Penemuan baharu kaji selidik mengandungi laporan peningkatan oleh ibu bapa bukan sahaja berkaitan dengan kekerapan sawan, tetapi juga tempoh dan keamatannya, diikuti dengan satu lagi kajian kritikal yang baru-baru ini dijalankan di Mexico dengan produk RSHO-X™ syarikat kami, yang turut mempamerkan manfaat terapeutik berasaskan hem botani CBD," kata Raul Elizalde, Presiden Por Grace Foundation. "Kami teruja dengan bukti baharu bagaimana minyak CBD memberikan kanak-kanak epilepsi kelegaan berterusan muncul di Mexico dan kami menjangkakan berita ini akan tersebar dan membantu pesakit di seluruh dunia.

Epilepsi adalah gangguan neurologi yang biasa dan kronik yang dialami lebih 50 juta orang di seluruh dunia, dengan 85% daripada pesakit tinggal di negara membangun seperti Mexico. Hampir 2.4 juta kes baharu epilepsi dikesan setiap tahun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Di Mexico sahaja, 1.5 juta pesakit mengalami epilepsi, dengan 80% daripada pesakit menerima rawatan yang tidak mencukupi, manakala 30% daripada pesakit mempunyai RE, epilepsi yang ditakrifkan gagal bertindak balas kepada ubat antiepileptik.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melihat hasil kajian ini di Neurology Research International.

Latar Belakang Por Grace

Por Grace A.C., ialah sebuah Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan Mexico yang diwujudkan untuk membantu pesakit mendapatkan akses undang-undang untuk produk Kanabidiol di negara itu. Por Grace A.C. telah berganding bahu dengan penyelidik di Mexico untuk mengeluarkan ujian klinikal pertama di Mexico dengan produk kanabis, organisasi ini juga diiktiraf untuk Melobi dengan Kongres bagi mengubah undang-undang berkenaan akses kepada kanabis perubatan.

Latar Belakang HempMeds® Mexico

HempMeds ® Mexico ialah syarikat di Mexico yang mencipta sejarah sebagai syarikat pertama yang menerima permit import kerajaan persekutuan COFEPRIS untuk produk kanabis RSHO-X™ sebagai kegunaan perubatan. HempMeds® Mexico merancang untuk bekerja secara langsung dengan kerajaan Mexico untuk menyediakan akses secara selamat dan mengikut undang-undang kepada produk minyak hem CBD. Untuk maklumat lanjut, sila semak laman web syarikat di: http://www.hempmeds.mx.

Later Belakang Medical Marijuana, Inc.

Misi kami adalah untuk menjadi pereka baru industri hem dan kanabis utama dengan memanfaatkan pasukan profesional kami untuk mencari sumber, menilai dan membeli syarikat-syarikat dan produk yang menambah nilai, pada masa yang sama membolehkan mereka untuk mengekalkan integriti dan semangat keusahawanan mereka. Kami berusaha untuk mewujudkan kesedaran dalam industri kami, membangunkan perniagaan mesra alam, mampan ekonomi, di samping meningkatkan nilai pemegang saham. Untuk keterangan lanjut tentang portfolio dan pelaburan syarikat Medical Marijuana, Inc., layari www.medicalmarijuanainc.com.

Untuk melihat kenyataan video Medical Marijuana, Inc., klik di sini. Pemegang saham juga digalakkan untuk lawati Kedai Medical Marijuana, Inc. bagi mendapatkan produk dengan harga diskaun.

PENAFIAN DAN PENDEDAHAN JANGKAAN

Siaran akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan dan maklumat jangkaan tertentu, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Pertukaran Sekuriti 1934, dan tertakluk kepada Tempat Perlindungan Selamat ('Safe Harbor') dicipta oleh seksyen itu. Bahan ini mengandungi kenyataan tentang peristiwa masa depan yang dijangkakan dan/atau hasil kewangan jangkaan dan tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan. Kenyataan jangkaan ini mengikut definisi melibatkan risiko, ketidaktentuan. Kenyataan dalam siaran akhbar ini tidak dinilai oleh FDA dan tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit. Syarikat tidak menjual atau mengedarkan apa-apa produk yang melanggar Akta Bahan Terkawal Amerika Syarikat. Syarikat menjual dan mengedarkan produk berasaskan hem.

HUBUNGI:
Perhubungan Awam: 
Andrew Hard
Ketua Pegawai Eksekutif
CMW Media
T: 888-829- 0070
andrew.hard@cmwmedia.com
www.cmwmedia.com

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/486714/Por_Grace_Foundation_Study_Infographic.jpg

 

Source: Por Grace Foundation
Related Stocks:
OTC:MJNA
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals OTC/SmallCap IRW Supplementary Medicine Clinical Trials/Medical Discoveries Not for profit