omniture

Enping Microphone Bergema Cemerlang di Prolight+Sound 2017

Enping Bureau of Science & Industry & Commerce
2017-04-07 11:32 570

SHANGHAI, 7 April 2017 / PRNewswire / -- Dengan pameran perdana yang berlangsung dari 4-7 April tahun ini di Pusat Pameran Messe Frankfurt, Prolight+Sound ialah pameran perdagangan antarabangsa yang terkemuka untuk teknologi audio-visual, sistem bersepadu dan perkhidmatan berkaitan dalam hiburan, hospitaliti dan industri kreatif.

Tahun ini, syarikat-syarikat bersekutu di bawah naungan Enping Microphone telah dapat menawan hati pengunjung dengan mempamerkan produk inovatif berkualiti tinggi. Pempamer yang terkenal termasuk Enbao, Karsect dan Sange, di samping 10 pengeluar lain yang mengambil bahagian secara langsung. Pengeluar peralatan audio dari bandar Enping di Wilayah Guangdong, wilayah pusat pembuatan China, bersatu tahun lepas untuk menubuhkan Enping Microphone, satu pakatan jenama untuk mempromosi hab pembuatan elektro-akustik lanjutan yang mengagumkan.

"Kami komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan dengan nilai terbaik kepada pengguna global, dengan menawarkan penyelidikan dan pembangunan berdaya saing di peringkat antarabangsa, rantaian bekalan sedunia dan perkhidmatan luar negara," kata seorang pempamer Enping.

Di pameran tersebut, Persatuan Perdagangan Komponen Elektro-Akustik Enping mempamerkan  Ekonomi Mikrofon kepada pengunjung, termasuk projek-projek seperti Peralatan Elektro-akustik Antarabangsa Enping dan Pusat Dagangan Mikrofon, serta taklimat mengenai perkongsian strategiknya dengan negara-negara di seluruh dunia.

"Kerajaan Enping terus memberikan sokongan mantap kepada wilayah Enping yang berpandangan luar sebagai hab pembuatan lanjutan bagi mikrofon melalui pelaburan berterusan dalam teknologi dan infrastruktur," kata seorang pegawai kanan Pentadbiran Enping di bahagian Industri dan Perdagangan.

Bandaraya Enping, hab pembuatan produk elektro-akustik yang terbesar di dunia, terus berkembang ke pasaran global, dan jenama mereka semakin mendapat pengiktirafan meluas di kalangan pengguna luar negara.

Menurut angka daripada persatuan itu, pada tahun 2015 jumlah pengeluaran industri elektro-akustik Enping melebihi 100,000,000 unit, menyumbang kepada lebih 70% daripada bahagian pasaran eksport China dalam industri itu.

Pegawai tersebut juga menyatakan bahawa kira-kira 100 pengeluar akan menyertai Polight+Sound Shanghai pada akhir tahun ini, yang akan diadakan dari 11 hingga 14 Oktober 2017 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai, dan memastikan bahawa melodinya terus bergema seiring dengan kualiti sedunia.

Hubungan media: Vicky Fu
+86-21-6295-3191
fuhaiqiang@shanghai-intex.com

Source: Enping Bureau of Science & Industry & Commerce
Keywords: Computer/Electronics Travel Trade show news