omniture

Allied Esports Dan Esports Arena Jalin Kerjasama Dengan MGM Resorts International Untuk Lokasi Kebanggaan di Las Vegas Strip

Allied Esports
2017-04-12 00:00 776

Esports Arena Las Vegas di Luxor Hotel and Casino bakal menjadi Destinasi Esukan Global Canggih Pertama di Strip

Lokasi Sebahagian Rancangan Peluasan Pesat Amerika Utara untuk Perniagaan Esports Arena  

LAS VEGAS, 11 April 2017 /PRNewswire/ -- Allied Esports, rangkaian utama dunia bagi tempat-tempat esukan, dan Esports Arena mengumumkan rancangan untuk membangunkan tempat esukan khusus baharu di Luxor Hotel and Casino. Esports Arena Las Vegas baharu itu, dijadual dibuka pada awal tahun 2018, akan menjadi tempat esukan kekal pertama di The Strip dan bakal menjadi pusat rangkaian global bagi hartanah esukan Allied Esports yang terus berkembang meliputi Amerika Utara, Eropah dan juga China.

Esports Arena Las Vegas akan menggabungkan hiburan interaktif dan hiburan malam Las Vegas terbaik, dan menjadi pusat tumpuan pengalaman esukan global. Menerusi sumbangan reka bentuk dan pemprograman daripada perusahaan-perusahaan Allied Esports dari serata dunia, Esports Arena cawangan Amerika Utaranya akan menerajui usaha untuk menghidupkan konsep Las Vegas. Peluang hak penamaan untuk Esports Arena Las Vegas turut dipertimbangkan.

"Kami mempunyai rancangan pengembangan yang bercita-cita tinggi dalam tempoh dua tahun akan datang, dan kami menyedari lokasi di Luxor boleh tercapai, kami merebut peluang tersebut untuk membangunkan tempat kebanggaan kami di sini," kata Jud Hannigan, Ketua Pegawai Eksekutif Allied Esports International. "Sama seperti Yankee Stadium, Madison Square Garden dan Wembley Stadium yang dianggap sebagai tempat paling beraspirasi dalam sukan mereka oleh pemain dan peminat, Esports Arena Las Vegas akan menjadi destinasi ikonik dalam esukan dan melengkapkan tarikan luar biasa bandar ini, selain menarik para pesaing dan peminat permainan video dari seluruh dunia."

Esports Arena kini bekerjasama dengan Luxor dan firma reka bentuk tersohor YWS Design & Architecture untuk mengubah ruang yang kini menempatkan kelab malam berkeluasan 30,000 kaki persegi, menjadi arena berbilang tingkat yang lengkap dengan pentas pertandingan, dinding video LED, tempat duduk teleskopik, stesen permainan harian, pelbagai tawaran makanan dan minuman serta studio produksi penstriman dan berkualiti televisyen canggih. Arena ini akan menyediakan destinasi kejohanan sedia digunakan untuk perlawanan, liga dan pertandingan sukan berisiko tinggi dalam persekitaran yang direka untuk menyediakan pengalaman peminat yang tiada tandingan.

Niklas Rytterstrom, pengurus besar Luxor berkata, "Syarikat kami merupakan peneraju dalam industri hiburan dan mengiktiraf kemajuan menarik dalam esukan. Menerusi jalinan kerjasama ini, kami akan memperkenalkan pengalaman baharu untuk pasaran, sekali lagi meningkatkan penawaran hiburan yang luas di bandar ini."

Jenama Esports Arena dilancarkan Santa Ana, California pada tahun 2015 menerusi pembukaan kemudahan esukan khusus pertama di Amerika Utara. Sejak itu, syarikat telah menyediakan pengalaman permainan dalam talian dan luar talian bersifat sosial dan berdaya saing yang berjaya menarik pembangun permainan video, penaja dan ratusan pemain serta peminat daripada pelbagai komuniti permainan ke acara-acara di Santa Ana, dan mencapai jutaan penonton dari serata dunia menerusi penyiar dalam talian secara langsungnya dan juga kandungan pascapenerbitan. Langkah pertama dalam usaha pengembangan di Amerika Utara ini ialah pengumuman pembukaan Esports Arena Oakland tahun lalu, yang bakal dirasmikan dalam masa terdekat.

Tyler Endres, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Operasi Esports Arena, berkata, "Esports Arena Las Vegas akan menjadi tempat esukan terunggul yang membolehkan orang ramai dari seluruh dunia berusaha untuk mengalaminya sendiri. Operasi dan pemprograman adalah unik, memandangkan tempat-tempat lain yang kami sediakan lebih terdorong untuk berhubung dan menyokong masyarakat setempat, manakala di Las Vegas ini, kami mengusahakan satu pendekatan yang juga akan dapat mencetuskan keseronokan untuk jutaan pengunjung yang melawat bandar ini saban tahun."

Rancangan peluasan Esports Arena memberi tumpuan terhadap pewujudan ekosistem berasaskan pasaran demi masa depan esukan. Syarikat merancang untuk mengumumkan 10-15 lokasi Esports Arena di Amerika Utara dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan berusaha menangani beberapa cabaran yang wujud dalam bidang esukan masa kini, termasuk laluan profesional untuk amatur yang beraspirasi, memperbaiki hubungan pasukan-pemain, meningkatkan kesihatan serta kestabilan kewangan pemain secara keseluruhannya, selain mengehadkan halangan kemasukan penaja.

Untuk maklumat lanjut tentang Esports Arena Las Vegas dan untuk melihat pemaparan Esports Arena Las Vegas, layari esportsarena.com, ikuti @EsportsArena dan klik suka pada facebook.com/esportsarenausa.

Latar Belakang Allied Esports
Allied Esports ialah satu usaha sama antara beberapa syarikat esukan, sukan minda, sukan dan hiburan terbesar – Ourgame International (SEHK: 6899) (pemilik WPT Enterprises, Inc. dan World Poker Tour), KongZhong (Nasdaq: KZ) dan iRena (NEEQ: 834358). Misi syarikat adalah untuk membina hartanah esukan kompetitif global yang diwujudkan untuk menghubungkan pemain dan peminat melalui rangkaian yang melibatkan arena terhubung dan trak esukan mudah alih di serata dunia yang akan berperanan sebagai medan bersukan dan hab penghasilan kandungan. Allied Esports Property Network kini terdiri daripada Wangyu Esports di Beijing, Esports Arena di Santa Ana, California serta trak dan studio esukan mudah alih di Eropah, Big Betty selain hartanah-hartanah akan datang yang diumumkan di Shenzhen, China dan Oakland, California serta trak esukan mudah alih di Amerika Utara.

Latar Belakang Luxor Hotel and Casino
Salah satu hotel paling ikonik di The Strip, piramid Luxor mencetuskan perasaan ingin tahu manakala bahagian dalamannya mengganjari pelanggannya dengan keseronokan, misteri serta muslihat. Pusat peranginan dengan 4,405 bilik ini membawakan pelbagai jenis hiburan termasuk Blue Man Group baharu yang digambarkan semula, MINDFREAK LIVE Criss Angel, pusparagam dewasa yang provokatif FANTASY, dan komedi melucukan Carrot Top. Luxor menyediakan destinasi pelancongan tiada tandingan dengan pameran-pameran bertaraf dunia termasuk BODIES…Pameran dan Titanic: Pameran Artifak (BODIES…The Exhibition and Titanic: The Artifact Exhibition), spa dan salon, gereja kecil perkahwinan, kompleks kolam renang yang menarik dan restoran dengan hidangan lazat. Luxor juga terhubung dengan Mandalay Bay melalui The Shoppes di Mandalay Place – sebuah koleksi butik serta restoran. Luxor ialah subsidiari tidak langsung milik penuh MGM Resorts International (NYSE: MGM). Untuk maklumat lanjut dan tempahan, layari luxor.com, atau hubungi talian bebas tol di (877) 386-4658 atau ikuti kami di Facebook dan Twitter.

Latar Belakang Esports Arena
Esports Arena ialah tempat, hab komuniti dan syarikat produksi esukan terunggul Amerika Utara. Esports Arena pertama dilancarkan pada tahun 2015 dan terletak di pusat bandar Orange County, California. Syarikat kini membangunkan sebuah kemudahan di Oakland dan pasaran-pasaran utama lain serta Esports Arena Drive, pengalaman trak esukan mudah alih syarikat, yang akan mula menjelajah Amerika Utara pada tahun 2017. Kemudahan modular unik Esports Arena membolehkan penganjuran acara-acara esukan dan hiburan berskala kecil-hingga-besar yang dihasilkan dengan penuh kepakaran. Esports Arena menganjurkan pertandingan permainan video harian, menghasilkan kandungan unik, dan menyewakan ruang/peralatan kepada industri esukan/hiburan interaktif.

Maklumat Perhubungan Allied Esports
Brian Fisherbrian@esportsallied.com

Maklumat Perhubungan Esports Arena
Brittany Rodriguezbrittany@esportsarena.com

Maklumat Perhubungan MGM Resorts International
Scott Ghertnersghertner@mgmresorts.com 
+1-702-692-6750

Video - http://www.youtube.com/watch?v=mcKWjrapKgY&feature=youtu.be

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system


Renderings of the new Esports Arena Las Vegas at Luxor Hotel and Casino, the first dedicated esports arena on The Strip, set to open in early 2018.


Renderings of the new Esports Arena Las Vegas at Luxor Hotel and Casino, the first dedicated esports arena on The Strip, set to open in early 2018.


MGM Resorts International

Source: Allied Esports
Related Stocks:
HongKong:6899 NASDAQ:KZ NYSE:MGM
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Gambling/Casinos Hotels and Resorts Sports Travel Licensing/marketing agreements