omniture

HIMSS Asia Pacific dan Elsevier Umum Galakan Penyertaan untuk Anugerah Penjagaan Kesihatan Digital HIMSS-Elsevier ke-5 di Asia Pasifik

HIMSS Asia Pacific
2017-04-17 21:12 557

SINGAPURA, 17 April 2017 /PRNewswire/ -- HIMSS Asia Pacific dan Elsevier, syarikat analisis maklumat yang mengkhusus dalam bidang sains dan kesihatan, dengan bangganya mengumumkan galakan penyertaan sempena Anugerah Penjagaan Kesihatan Digital HIMSS-Elsevier kali kelima Asia Pasifik tahun 2017.

Anugerah Penjagaan Kesihatan Digital HIMSS-Elsevier ini mengiktiraf pencapaian dan inovasi cemerlang seluruh dunia dari segi penggunaan maklumat dan teknologi kesihatan, demi memajukan khidmat penjagaan pesakit dan juga keselamatan. Diperkenalkan pada tahun 2013, ia diadakan setiap tahun di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Eropah.

"Organisasi-organisasi yang menerima pengiktirafan daripada kami sejak empat tahun lalu di Asia Pasifik telah menetapkan penanda aras luar biasa dalam usaha meningkatkan penyediaan khidmat penjagaan menggunakan teknologi maklumat penjagaan kesihatan," kata Simon Lin, Pengarah Eksekutif, HIMSS Asia Pacific. Bagi tahun kelima ini, kami berharap dapat berkongsi lebih banyak kajian kes dan juga mendapat perkembangan terkini daripada para pemenang terdahulu kami menerusi perjalanan HIT mereka. Saya menggalakkan anda untuk menghantar dan memperlihatkan hasil kejayaan anda kepada rantau ini dan seluruh dunia."

Dua kategori yang membuka penyertaan ialah:

  • Pencapaian ICT Cemerlang,
  • Inovasi ICT Cemerlang.

"Kami berbesar hati dapat merangkul anugerah-anugerah sempena Anugerah Penjagaan Kesihatan Digital HIMSS-Elsevier tahun 2013, 2014 dan 2015," kata Ketua Pegawai Maklumat Apollo Hospitals Enterprise Arvind Sivaramakrishnan. "Ini merupakan satu platform global yang telah membantu mengesahkan pelaburan dan strategi HIT oleh Apollo. Kejayaan kajian kes kami mengukuhkan bahawa kekuatan inovasi kamilah yang memberi hasil langsung terhadap penambahbaikan yang boleh diukur dari segi pengurangan sisa, tahap keselamatan yang lebih baik dan penjagaan keseluruhan yang lebih berkesan untuk pesakit kami."

"Kami akan terus menyokong platform Anugerah ini memandangkan kami ingin berkongsi kisah kejayaan kami bersama rakan sejawat serantau dan seluruh dunia, dan berharap organisasi-organisasi lain akan turut sama berkongsi kejayaan mereka bersama kami agar kami juga dapat terus belajar dan memperbaiki diri kami," tambah Sivaramakrishnan.

Tahun lalu, program Anugerah ini menyaksikan penyertaan kukuh daripada organisasi-organisasi penjagaan kesihatan di seluruh rantau Asia Pasifik. SingHealth & IHiS (Singapura) dan Apollo Hospital Enterprise (India) meraih anugerah 'Inovasi ICT Cemerlang', manakala Ng Teng Fong General Hospital & IHiS (Singapura) dan Paknampo Hospital (Thailand) muncul sebagai pemenang untuk kategori 'Pencapaian ICT Cemerlang'. Projek-projek masing-masing diiktiraf dalam satu Majlis Makan Malam Anugerah Penjagaan Kesihatan Digital HIMSS-Elsevier yang diadakan di HIMSS AsiaPac16. 

"Sewaktu Elsevier dan HIMSS Asia Pacific memasuki tahun kelima dalam menganjurkan program Anugerah ini, semakin jelas bahawa teknologi maklumat penjagaan kesihatan memainkan peranan penting dalam membantu organisasi-organisasi di seluruh rantau ini memacu penyediaan perkhidmatan penjagaan yang berkualiti tinggi dan berkesan kos secara tekal. Kini, memandangkan platform ini mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia, kami berharap lebih banyak organisasi akan tampil untuk berkongsi sejauh mana hasil inovasi mereka telah terbukti membuahkan kejayaan dalam menangani pelbagai cabaran dalam bidang penjagaan kesihatan masa kini. Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada platform ini dan berasa teruja melihat apa yang bakal dibawakan tahun ini," kata Peter Edelstein, Ketua Pegawai Perubatan, Penyelesaian Klinikal, Elsevier.

Barisan hakim untuk Anugerah tahun ini ialah:

  • John Daniels, Naib Presiden Global, HIMSS Analytics
  • Dr. Peter Edelstein, Ketua Pegawai Perubatan, Penyelesaian Klinikal, Elsevier
  • A/Prof. Adjung Gamaliel Tan, Ketua Pegawai Maklumat Perubatan, JurongHealth Services; Pengerusi Jawatankuasa Penganjur HIMSS AsiaPac17
  • Dr. Manish Kohli, Pengarah Medical Informatics, Cleveland Clinic Abu Dhabi; Ahli Majlis Pimpinan, HIMSS Asia Pacific

Hantarkan kajian kes anda di sini atau emelkan kepada HIMSS untuk sebarang pertanyaan.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Rabu, 31 Mei 2017. Majlis Makan Malam Anugerah Penjagaan Kesihatan Digital HIMSS-Elsevier akan diadakan pada hari Isnin, 11 September 2017 di HIMSS AsiaPac17, Singapura.

Latar Belakang HIMSS Asia Pacific
HIMSS ialah suara, penasihat serta pemikir global bagi transformasi kesihatan melalui teknologi maklumat (IT) kesihatan yang memiliki kepakaran dan keupayaan unik yang luas dan tinggi dengan tujuan mempertingkat kualiti, keselamatan dan kecekapan kesihatan, penjagaan kesihatan dan juga hasil penjagaan. HIMSS membangunkan dan memanfaatkan aset data penting, model prediktif dan instrumen bagi memaklumkan pemimpin global, pihak berkepentingan serta individu berpengaruh tentang amalan terbaik dalam IT kesihatan, agar mereka memperoleh maklumat yang tepat ketika membuat keputusan. Melalui rangkaian IT kesihatan yang terdiri daripada lebih 1 juta pakar, lebih 200 perkongsian pengetahuan serta kolaborasi, termasuk lebih 64,000 anggota, HIMSS mendorong pemikiran yang inovatif dan berpandangan jauh berkaitan kegunaan teknologi terbaik bagi menyokong penjagaan terhubung yang lebih baik, kesihatan masyarakat yang dipertingkat serta kos penjagaan yang rendah. HIMSS ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang beribu pejabat di Chicago, Illinois yang mempunyai beberapa cawangan tambahan di Amerika Utara, Eropah, United Kingdom dan juga Asia.

Latar Belakang Elsevier
Elsevier ialah syarikat analisis maklumat bertaraf global yang membantu institusi-institusi dan golongan profesional memajukan sains, menambah baik penjagaan kesihatan dan meningkatkan prestasi untuk kebaikan umat manusia. Elsevier menyediakan penyelesaian digital dan peralatan untuk bidang-bidang berkaitan pengurusan penyelidikan strategik, prestasi penyelidikan & pembangunan (R&D), sokongan keputusan klinikal dan pendidikan profesional; termasuk ScienceDirect, Scopus, ClinicalKey dan Sherpath. Elsevier menerbitkan lebih 2,500 jurnal digital, termasuk The Lancet dan juga Cell,  selain lebih 35,000 tajuk e-buku, dan juga banyak hasil rujukan ikonik, termasuk Gray's Anatomy. Elsevier merupakan sebahagian daripada RELX Group, penyedia maklumat dan analisis terkemuka di dunia untuk golongan profesional dan pelanggan perniagaan dalam pelbagai industri. www.elsevier.com

 

Source: HIMSS Asia Pacific
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Publishing/Information Service Awards Not for profit Trade show news