omniture

Keuntungan Suku Pertama ZTE Lonjak 27.8% ketika Jualan Rangkaian Syarikat Telekomunikasi dan Telefon Pintar Meningkat

ZTE Corporation
2017-04-18 11:10 712

SHENZHEN, China, 18 April 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, mencatatkan 27.8% kenaikan keuntungan pada suku pertama sewaktu syarikat meraih peningkatan jualan untuk penyelesaian rangkaian syarikat telekomunikasi dan telefon pintar.

Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham biasa untuk syarikat yang tersenarai melonjak kepada RMB 1.21 bilion dalam tempoh tiga bulan pertama, menurut pengumuman keputusan suku tahunan ZTE yang dibuat hari ini. Hasil suku pertama meningkat 17.8% kepada RMB 25.75 bilion

Inovasi menjana pertumbuhan perniagaan ZTE dengan segmen penyelidikan dan pembangunan syarikat dalam tempoh tiga bulan pertama menyumbang kepada hampir 13% daripada hasil suku tahunan.

ZTE memperkukuh kedudukan sebagai peneraju global dalam penyelidikan 5G, sewaktu syarikat mengukuhkan kolaborasinya dengan syarikat telekomunikasi terbesar dunia dengan penyelesaian MIMO Besar berasaskan FDD-LTE proprietari baharu. Produk-produk Pra5G yang inovatif daripada ZTE kini digunakan dalam lebih 40 rangkaian di 30 negara. ZTE bersedia memulakan pelaksanaan prakomersial 5G pada suku ketiga tahun 2018, dengan pelaksanaan komersial penuh bermula pada tahun 2019. Penyelesaian pemayaan rangkaian ZTE digunakan dalam lebih 180 rangkaian seluruh dunia dan tahun ini syarikat memperkenalkan platform Carrier DevOps pertama di dunia.

Bagi produk-produk Talian Berwayar (Wireline) ZTE menerajui industri dari segi inovasi untuk produk rangkaian pembawa sedia fungsi 5G yang menyepadukan IP dan teknologi pengangkutan optik, memperkenalkan penyelesaian 5G Flexhaul pada bulan Februari. Syarikat mengekalkan momentumnya sebagai salah satu peneraju industri dunia bagi produk PON (rangkaian optik pasif) dan produk akses tetap, selain memperoleh 70% bahagian pasaran untuk tender tahunan baru-baru ini oleh China Mobile untuk pelayan pusat data.

Pada suku pertama, ZTE mencatatkan pertumbuhan melebihi 25% bagi penghantaran kotak-atas-set sewaktu segmen perniagaan Video Besar syarikat terus berkembang kukuh. ZTE turut memperoleh bahagian pasaran bagi Suit Komunikasi Beraneka (RCS) dan penyelesaian Pengkomputeran Awan, tatkala syarikat memanfaatkan inovasi bagi peralihan kepada awan (cloudification) rangkaian dan juga kepintaran buatan.

Bagi IoT (Internet Komunikasi Benda), ZTE menerajui pasaran bagi perkembangan perkhidmatan Jalur Sempit-IoT (NB-IoT) dan merupakan vendor pertama melancarkan sistem tempat letak kereta pintar berasaskan NB-IoT prakomersial, dibantu oleh inovasi proprietari dalam rangkaian, set cip dan juga peranti. Set cip ZTE yang dibangunkan sendiri mencatatkan 70% peningkatan penghantaran berbanding tahun sebelumnya pada suku pertama.

ZTE, pembuat produk telefon pintar untuk AXON dan Blade, pada bulan Februari memperkenalkan versi AXON 7 yang dinaik taraf, peranti pertama syarikat yang menyokong Google Daydream, untuk membawakan pengalaman realiti maya yang memukau kepada pengguna. Pada Pameran Barangan Elektronik Pengguna di Las Vegas pada Januari lalu, ZTE memperkenalkan Blade V8, telefon pintar baharu yang membolehkan pengguna mengambil gambar Bokeh dan menyokong fotografi 3D.

ZTE, salah satu penyedia telefon pintar terkemuka di AS, mengukuhkan jalinan kerjasamanya dengan pihak-pihak pengendali utama di Amerika Utara dan Jepun melalui peranti pengguna yang inovatif serta penyelesaian kenderaan terhubung. ZTE juga merupakan salah satu rakan peranti utama China Mobile dan kini memimpin pasaran dari segi pembangunan telefon pintar tersulit demi keselamatan maklumat yang lebih mantap.

Bagi Perniagaan Kerajaan dan Korporat, ZTE menyatakan kedudukannya sebagai salah satu pemimpin global bagi teknologi Bandar Pintar, dengan projek-projek baharu dijalankan di bandar-bandar utama Cina, selain pasaran Eropah barat termasuk Jerman dan Perancis.

Memandang ke masa depan, ZTE akan meneruskan peluang pertumbuhan baharu secara proaktif, manakala syarikat pula terus berusaha mengukuhkan komitmen berterusannya terhadap R&D dan pengurusan operasi yang ketat. ZTE akan turut mengukuhkan kolaborasinya dengan rakan-rakan kongsi serta pelanggan untuk membangunkan ekosistem yang sihat dan mampan serta hubungan yang saling memberi manfaat.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Maklumat Perhubungan Media:


Margrete Ma

Mark Lee

ZTE Corporation

Cohn & Wolfe

Tel: +86 755 26775207

Tel: +852-36651008

Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Emel: mark.lee@cohnwolfe.com

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Earnings Sales reports