omniture

Haier Lancar Unit Pendingin Emparan Bearing Magnet dengan Kapasiti Penyejukan Terbesar Dunia

Haier
2017-04-18 12:47 1122

SHANGHAI, 18 April 2017 /PRNewswire/ -- Haier Central Air-Conditioning (Haier CAC), satu unit perniagaan daripada Haier Group Corporation, buat julung kali memperkenalkan unit pendingin emparan bearing magnet dengan kapasiti penyejukan terbesar dunia, 4200RT, sempena Pameran Penyejukan China kali ke-28 yang diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai pada 12 April lalu. Satu unit dapat menyejukkan kawasan berkeluasan 100,000 meter persegi, satu pencapaian yang belum dapat ditandingi setakat ini, manakala Nilai Beban Bahagian Bersepadu (IPLV), penunjuk kecekapan pada keadaan beban penuh, adalah berukuran 13.18. Unit baharu ini membawakan aplikasi teknologi apungan magnet dalam sektor penyejukan ke tahap serba baharu.

 Haier Magnetic Bearing Centrifugal Chiller with world's largest cooling capacity, 4200RT
Haier Magnetic Bearing Centrifugal Chiller with world's largest cooling capacity, 4200RT

Berbeza dengan penyaman udara berpusat biasa, unit maglev adalah bebas daripada minyak dan geseran, menggunakan kurang daripada 50 peratus tenaga dan mempunyai hayat perkhidmatan sehingga 30 tahun, dua kali ganda lebih panjang berbanding unit biasa. Hasil daripada kemajuan ini, unit pendingin emparan bearing magnet menjadi pelopor untuk menjadi salah satu arah pembangunan utama dalam industri penyaman udara berpusat. Pada awal tahun 2006, Haier merintis pembangunan sektor pendingin emparan bearing magnet China dan pada tahun 2015, melancarkan model pertamanya, diberi nilai 2200RT yang pada ketika itu merupakan kapasiti penyejukan tertinggi yang terdapat dalam pasaran. Unit 4200RT yang baru diperkenalkan ini mencipta rekod dunia baharu.

Dari segi teknologi kepintaran, unit ini dilengkapi dengan sistem maglev Tanpa Pemandu dengan ciri pembersihan kendiri, satu sistem yang berciri automatik sepenuhnya sehinggakan ia tidak memerlukan sebarang campur tangan manusia untuk tujuan penjagaan dan penyelenggaraan dalam seluruh kitar hayat, serta memerlukan hanya separuh penggunaan kuasa berbanding unit biasa apabila beroperasi. Penyaman udara ini merupakan unit pertama dalam industri yang mengguna pakai teknologi kepintaran buatan untuk peralatan industri berskala luas, memanfaatkan sepenuhnya kemajuan teknologi terkini dari segi saling hubungan antara manusia dan mesin serta antara mesin dan mesin.

Dari segi teknologi pengeluaran pula, Haier CAC mendirikan kilang pertama dunia dengan matlamat untuk mengeluarkan penyaman udara berpusat yang mementingkan pengguna yang memanfaatkan teknologi peranti saling hubung, di samping menggabungkan antara teknologi yang menjimatkan tenaga, kepintaran buatan serta penyesuaian besar-besaran, seraya membawa perubahan daripada pengeluaran secara besar-besaran kepada penyesuaian besar-besaran dan mempercepatkan pelaksanaan strategi Pengeluaran China 2025, satu inisiatif pihak kerajaan Cina untuk industri-industri utama negara agar tidak lagi bergantung pada komponen-komponen utama dan untuk menyepadukan inovasi dalam semua aspek melibatkan pelan tindakan produk baharu.

Dalam pasaran Cina, setakat ini, Haier telah membangunkan dan memasang 539 unit pendingin emparan bearing magnet. Walaupun pemasangannya masih dianggap sebagai sebahagian daripada program rintis dalam industri baru muncul, Haier telah memperoleh 81 peratus daripada bahagian pasaran dan menjadi peneraju selama lima tahun berturut-turut. Menurut pakar-pakar industri, unit 4200RT baharu ini bukan sahaja memperlihatkan tahap kemajuan dalam aplikasi dan inovasi teknologi apungan magnet, tetapi juga bertindak sebagai penyumbang utama terhadap usaha pemuliharaan tenaga dan pengurangan emisi, di samping berperanan sebagai tulang belakang untuk transformasi dalam sektor bangunan hijau.

Foto  - http://photos.prnasia.com/prnh/20170414/1826155-1

Source: Haier
Keywords: Computer/Electronics Home Improvement Household Products HVAC Utilities New products/services Trade show news