Pameran dan Acara yang dinaik taraf untuk pamerkan dinamik pasaran dalam perdagangan antarabangsa 2017
GUANGZHOU, China, 18 April 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Canton ke-121 dibuka secara rasminya pada 15 April. Dari 15 April ke 5 Mei di Kompleks Pameran Import dan Eksport China di Guangzhou, Pameran Canton akan melancarkan ruang produk baharu dan pada masa yang sama menganjurkan siri aktiviti untuk menawarkan pandangan terhadap pasaran perdagangan antarabangsa semasa.
Pameran ini menampung lebih 20,000 pempamer dari seluruh dunia. Anggaran sebanyak 200,000 pembeli dari 210 negara dan rantau dijangka menyertai Pameran Canton ke-121 di mana mereka boleh mendapat akses kepada lebih daripada 60,000 reruai pameran.
50 zon pameran dengan 16 kategori produk menghimpunkan produk ternama dunia
Pameran Canton ke-121 akan mengadakan 3 fasa pameran untuk menampung industri seperti:
- Elektronik & peralatan elektrik rumah
- Tekstil & pakaian
- Tenaga baharu
- Bekalan untuk haiwan peliharaan
- Mainan
- Kemudahan spa luar
Kemuncak pameran ini ialah 124 ruang produk yang ditempatkan di 27 zon yang akan membantu pembeli mencapai sasaran mereka dengan lebih mudah dan meningkatkan pengalaman penyumberan keseluruhan mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai susun atur pameran, sila kunjungi: http://i.cantonfair.org.cn/en/index
Liputan meluas berkenaan topik operasi merentas sempadan untuk perdagangan antarabangsa
Pameran Canton ke-121 juga akan mengadakan lebih daripada 60 pertemuan dan forum untuk pembeli yang akan membantu mereka meningkatkan prestasi korporat dan jualan secara keseluruhan.
Topik acara adalah seperti berikut:
- Sidang Kemuncak Industri
- Pasaran Antarabangsa
- Rekaan kreatif
- Penjenamaan
- Fesyen dan trend
- Penyelidikan dan pembangunan Teknologi
- Promosi tempatan
- Pengoptimuman operasi korporat.
Sementara itu, Anugerah Rekaan Pameran Canton akan diadakan semasa pameran berlangsung. Peserta datang daripada 98 institut rekaan dan 9 jenama rekaan fesyen dari 12 negara dan akan memperagakan rekaan mereka di pameran ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai jadual acara, sila kunjungi http://cantonfair.org.cn/en/conference/schedule_121.shtml
"Sepanjang sejarah 60 tahun Pameran Canton, pameran perdagangan ini sentiasa meneroka topik baharu untuk pembeli sebagai maklum balas berkaitan dengan keadaan ekonomi semasa," kata Xu Bing, jurucakap Pameran Canton dan Timbalan Ketua Pengarah Pusat Perdagangan Luar China.
"Kami harapkan lebih ramai syarikat global boleh menyertai kami dalam perjalanan untuk membentuk industri perdagangan antarabangsa bersama-sama."
Latar Belakang Pameran Canton
Pameran Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou setiap musim bunga dan musim luruh.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx
Foto - http://mma.prnewswire.com/media/490416/Canton_Fair___121st_in_Guangzhou.jpg