omniture

Pameran Perabot Antarabangsa China ke-39 Tarik Lebih 191,000 Pengunjung Seluruh Dunia, Luaskan Pandangan Pereka Perabot Asia

Pameran Perabot Antarabangsa Cina
2017-04-19 16:28 1134

GUANGZHOU, China, 19 April 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (Guangzhou) (CIFF) kali ke-39 yang berlangsung mulai 18-21 Mac dan 28-31 Mac, menerima 191,950 pengunjung profesional dari lebih 200 negara dan rantau di seluruh dunia, satu peningkatan sebanyak 13.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pameran Perabot Antarabangsa China ke-39 Tarik Lebih 191,000 Pengunjung Seluruh Dunia, Luaskan Pandangan Pereka Perabot Asia
Pameran Perabot Antarabangsa China ke-39 Tarik Lebih 191,000 Pengunjung Seluruh Dunia, Luaskan Pandangan Pereka Perabot Asia

Barisan penggiat industri perabot yang komprehensif

CIFF (Guangzhou) mempamerkan rangkaian perabot kediaman, hiasan rumah dan peralatan rumah, serta tekstil rumah selain produk kegiatan luar dan riadah yang komprehensif. Menerusi tema "Kehidupan Yang Lebih Baik, Bekerja Dengan Lebih Baik", dua fasa pameran perdagangan ini menerima 3,868 pempamer dari lebih 30 negara dan rantau, serta lebih 200 majlis pelancaran produk baharu diadakan sepanjang pameran. Dua astaka eksport baharu turut diketengahkan semasa pameran ini.

"CIFF (Guangzhou) ialah perhimpunan paling meriah dalam industri perabot; ia membawa keuntungan lumayan kepada syarikat-syarikat kami. Dua tahun lalu, kami dapat menyaksikan lebih ramai pelanggan seperti Huawei, Alibaba dan institusi-institusi perolehan negeri menganjurkan persidangan, yang membantu membangunkan platform maklumat yang amat bagus untuk peserta pameran seperti kami," kata wakil daripada Guangzhou Victory Group, sebuah syarikat pembuatan perabot pejabat moden.

Pinnacle Awards iktiraf pereka Asia

Tahun ini, CIFF menjadi rakan global eksklusif untuk Pinnacle Awards, dan kedua-duanya secara rasmi melancarkan jadual Asia Pasifik mereka semasa CIFF (Guangzhou). Ini merupakan anugerah pertama yang disampaikan di luar A.S. Matlamat mereka adalah untuk mempromosikan para pereka produk yang komited dalam mencipta produk-produk perabot untuk pasaran pengguna.

"CIFF bukan sekadar menerajui trend dalam industri perabot, tetapi juga memberi penekanan terhadap usaha mempelopori konsep dan produk. Setiap tahun kami berusaha menginovasi dari segi jumlah perdagangan dan reka bentuk, di samping menjadikan pengalaman pameran perdagangan keseluruhan yang lebih baik untuk semua," kata jawatankuasa CIFF.

CIFF akan mengadakan pameran kali ke-40nya di Shanghai mulai 11 hingga 14 September di Pusat Pameran & Konvensyen Nasional, menawarkan platform berbilang fungsi dan interaktif yang bertaraf dunia untuk perdagangan, peragaan fesyen, penyelenggaraan saluran, perhimpunan industri dan juga inspirasi rekaan.

Untuk mendaftar, sila layari: http://www.ciff-sh.com/index.php?s=/Pc/Index/index/sid/9.html

Latar Belakang CIFF

Sebagai pameran perabot pertama dan terbesar di China, CIFF (Guangzhou) akan dianjurkan oleh China National Furniture Association, China Foreign Trade Center (Group), Guangdong Furniture Association, Hong Kong Furniture & Decoration Trade Association; serta dihoskan oleh China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp. http://www.ciff-gz.com/

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.ciff-gz.com

Foto  - http://photos.prnasia.com/prnh/20170418/1827715-1

Source: Pameran Perabot Antarabangsa Cina
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Awards Trade show news