omniture

ICIS: Trump Lawan Xi Marakkan Ketidakpastian yang Meningkat di Seluruh Rantaian Bekalan Petrokimia Global

ICIS
2017-04-20 22:35 474

LONDON, 20 April 2017 /PRNewswire/ -- Pentadbiran Trump sedang bergelut untuk mencari hala tuju dasar yang konsisten dan masih belum jelas apa yang bakal berlaku seterusnya. Contohnya sidang kemuncak minggu lalu antara Presiden Trump dan Presiden China, Xi Jinping. Sebelum mesyuarat itu bermula kata-kata berbaur pergaduhan keluar daripada pihak AS tentang ketegasannya dengan China dalam perdagangan, tetapi sidang kemuncak itu sendiri tidak senada dengan Tweet Presiden Trump. Ini menunjukkan bahawa kuasa anti dan pro-perdagangan bebas dalam Rumah Putih terus bersaing untuk mendapatkan pengaruh. Sementara itu, China, seperti negara-negara lain, sedang cuba untuk meramalkan AS ketika mereka menghadapi cabaran sosial, politik dan ekonomi utama dalam negara.

Sebagai memberi respons kepada ketidakpastian ini, pembekal maklumat pasaran petrokimia terkemuka ICIS, dengan kerjasama perundingan International eChem, telah melancarkan laporan pertama dalam siri laporan suku tahunan untuk membantu syarikat petrokimia dan pelabur mereka untuk menghadapi cabaran dan peluang yang dicetuskan oleh ketidakstabilan global.

Penulis laporan bersama John Richardson, daripada ICIS, berkata: "Matlamat kami dengan siri laporan suku tahun ini terbahagi kepada dua: untuk memberi kefahaman yang jelas tentang perubahan tektonik yang kini sedang berlaku antara dua ekonomi terbesar di dunia, dan untuk menawarkan laluan terperinci yang menggariskan potensi kesan perkembangan ini terhadap perniagaan dan pelaburan."

Industri petrokimia perlu bersedia untuk kesan yang ketara dan meluas. Jika Presiden Donald Trump kekal memegang jawatan bagi tempoh lapan tahun akan datang, dan penggal Presiden Xi Jinping dilanjutkan selama lima tahun di Kongres Parti Komunis pada bulan Oktober, keputusan yang dibuat sekarang akan mempunyai kesan yang berpanjangan pada pandangan jangka masa sederhana dan panjang. Sekarang ialah masa untuk memulakan persiapan sebelum gangguan besar yang jelas akan berlaku pada rantaian bekalan ini.

Laporan awal dalam siri Uncertainty Study ini berjudul War of Words dan dikarang bersama dengan Paul Hodges dari International eChem. Laporan ini berteraskan analisis terperinci daripada empat rantaian nilai kritikal - etilena, propilena, benzena dan paraxilena (PX) - biasanya dilihat sebagai blok binaan keseluruhan industri petrokimia dan plastik.

Pelanggan akan mendapat manfaat daripada analisis pergerakan antara rantau yang menguasai perdagangan antara AS dan China, dan juga risiko utama dan implikasi bagi pengeluar, pengguna, peniaga dan pelabur di rantau utama. Kesan yang berkemungkinan dari pelbagai dasar baharu Trump, serta penarikan diri China daripada rangsangan dikaji secara terperinci. Antara persoalan penting lain yang diutarakan termasuklah bagaimana hubungan Timur-Barat boleh berubah, dan kesan perubahan itu kepada landskap global.

"Ia menunjukkan kemungkinan besar model globalisasi dekad-dekad kebelakangan ini - di mana bahan mentah dihantar merentasi separuh dunia, dan kemudian dikembalikan sebagai produk yang siap – tidak akan bertahan lebih lama," kata Paul Hodges.

Jelas sekali, senario perniagaan-berjalan-seperti-biasa bukan merupakan kemungkinan yang bakal diperoleh di masa hadapan. Kajian terbaru dari ICIS dan International eChem ini memberikan pasukan kepimpinan petrokimia pandangan dan analisis yang diperlukan untuk lebih bersedia bagi perubahan yang tidak dapat dielakkan pada status quo industri.

Ketahui lebih lanjut mengenai kajian ini.  

Latar Belakang ICIS

ICIS merupakan agensi pelapor harga bebas yang memberi tumpuan kepada tenaga, petrokimia dan baja pasaran global. Matlamat kami adalah untuk memberikan syarikat dalam pasaran komoditi global kelebihan daya saing dengan memberikan data harga yang boleh dipercayai, berita bernilai tinggi, analisis dan perundingan bebas, membolehkan pelanggan kami untuk menjalankan perniagaan dan membuat perancangan keputusan dengan maklumat secukupnya. Kami mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam memberikan maklumat harga, berita, analisis dan perundingan kepada pembeli, penjual dan penganalisis.

Dengan lebih daripada 800 kakitangan global, ICIS mempunyai pekerja di Houston, Washington, New York, London, Montpellier, Dusseldorf, Karlsruhe, Milan, Mumbai, Singapura, Guangzhou, Beijing, Shanghai, Yantai, Tokyo dan Perth. Kira-kira 350 kakitangan ICIS ialah wartawan yang terlibat dalam melaporkan harga pasaran dan berita, dan ICIS komited sepenuhnya untuk menegakkan prinsip penentusahan, sokongan dan pengesahan kewartawanan yang tertinggi. ICIS mempunyai rangka kerja pematuhan serta metodologi dan proses perniagaan yang mematuhi keperluan Prinsip PRA IOSCO.

ICIS merupakan divisyen Reed Business Information, sebahagian daripada RELX Group plc.

Latar Belakang International eChem

Kami ialah penasihat perdagangan kepada industri kimia global dan komuniti pelaburannya yang percayai. Pasukan kami mempunyai pemahaman yang mendalam tentang isu-isu, dan 'dunia sebenar' di mana pelanggan beroperasi, daripada pengalaman kami bekerja dengan banyak syarikat dan institusi kewangan besar di dunia.

Latar Belakang Reed Business Information

Reed Business Information memberikan maklumat, analisis dan data kepada profesional perniagaan di seluruh dunia. Produk dan perkhidmatan global kami yang kukuh membolehkan kami menjadi peneraju pasaran dalam pelbagai sektor industri termasuk perbankan, petrokimia dan penerbangan di mana kami membantu pelanggan membuat keputusan strategik penting setiap hari. RBI ialah sebahagian daripada RELX Group, sebuah syarikat pembekal global maklumat dan analisis untuk pelanggan profesional di seluruh industri.

http://www.reedbusiness.com

Latar Belakang RELX Group

RELX Group ialah pemberi maklumat dan analisis global untuk pelanggan profesional dan perniagaan di seluruh industri. Kumpulan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 180 negara dan mempunyai pejabat di 40 negara. Mereka menggajikan kira-kira 30,000 orang yang mana hampir separuh daripadanya adalah di Amerika Utara. RELX PLC ialah syarikat pemegangan yang disenaraikan di London yang memiliki 52.9% daripada RELX Group. RELX NV ialah sebuah syarikat pemegangan yang disenaraikan di Amsterdam yang memiliki 47.1% daripada RELX Group. Saham didagangkan di Bursa Saham London, Amsterdam dan New York menggunakan simbol ticker berikut: London: REL; Amsterdam: REN; New York: RELX dan RENX. Jumlah permodalan pasaran ialah kira-kira £31.2b/ €36.5b/ $38.8b.

www.relx.com

Untuk pertanyaan media, hubungi:
Arina Popa 
Eksekutif Pemasaran 
ICIS 
T: +44-207-911-1473
arina.popa@icis.com

Source: ICIS
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Survey, Polls & Research