SHANGHAI, 21 April 2017 /PRNewswire/ --
Jenama Paling Terhubung di Dunia Perkukuh Komitmen Perbaharui Pembelian dan Pemilikan Kereta
Perkenal Model Baharu: 03 Concept
Lancar Model Pengeluaran 01
Tonton Filem Majlis Pelancaran Shanghai di youtube.com/c/LYNKCO
Geely Auto Group melancarkan jenama kereta global LYNK & CO di China menerusi penampilan sulung dalam pameran auto antarabangsa di Shanghai dan memperkenalkan model serba baharu - 03 Concept - kereta sedan yang berani dan bergaya.
Turut disahkan di Shanghai ialah model LYNK & CO 01 'yang sedia dikeluarkan'.
Alain Visser, Naib Presiden Kanan LYNK & CO, berkata:
"Setelah melancarkan LYNK & CO di Eropah hanya lima bulan lalu, kami bersedia memperkenalkan jenama mobiliti terhubung kami yang unik menerusi beberapa model baharu yang menampilkan butang perkongsian dalam kereta digital pertama dunia. Janji kami terhadap dimensi baharu berhubung sambungan dan kebolehkongsian kenderaan, digandingkan dengan pendekatan revolusioner dalam pembelian dan pemilikan kenderaan, terus diperkukuh melalui sambungan percuma dan juga jaminan sepanjang hayat sebagai standard untuk LYNK & CO."
Naib Presiden Eksekutif Reka Bentuk, Geely Auto Group, Peter Horbury, berkata:
"Dengan 03 Concept, kami bermula dengan beberapa cita-cita yang dapat ditakrif dengan jelas: agar kelihatan mantap, memberikan kehadiran yang mengesankan dan membawa kesan visual yang menarik. Hasil daripada kereta sedan LYNK & CO pertama kami – yang mencakupi bentuk padu yang muskular, elemen jenama kami yang unik serta butiran berteknologi tinggi yang halus menghasilkan satu rekaan yang berani serta bergaya."
03 Concept telah dibangunkan selama lebih dua tahun dan selaras dengan komitmen jenama ini untuk melakukan sesuatu yang berbeza, model kedua diperkenalkan buat julung kalinya, berikutan model 01 yang ditonjolkan pada bulan Oktober lalu. Model 02 akan diperkenalkan dalam masa terdekat, melengkapkan rangkaian tiga kereta ini apabila model-model pertama LYNK & CO mula dijual pada akhir tahun ini. Model-model seterusnya juga sedang dibangunkan, dan akan mengikut sistem penamaan 01, 02, 03.
Produk-produk LYNK & CO direka bentuk dan dibangunkan di Sweden untuk pasaran global, dan model-model pertama bakal dijual di China menjelang akhir tahun ini, diikuti dengan Eropah dan A.S. pada tahun 2019.
Latar Belakang LYNK & CO
LYNK & CO ialah jenama daripada Geely Auto Group, subsidiari Zhejiang Geely Holding Group - pemilik Volvo Cars dan London Taxi Company. Geely Auto Group ialah salah satu pengeluar kereta terbesar China.
Kunjungi kami di http://www.lynkco.com