Pengurus aset dan syarikat amanah Filipina muncul buat pertama kalinya pada platform pengurusan pelaburan
WINDSOR, Connecticut, 21 April 2017 /PRNewswire/ -- SS&C Technologies Holdings, Inc. (Nasdaq: SSNC), pembekal global bagi perisian perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan didayakan perisian, hari ini mengumumkan ATR Asset Management (ATRAM) telah melengkapkan pelaksanaan PORTIA SS&C demi menyokong pertumbuhan mereka dalam pasaran Filipina yang pesat berubah.
Berpangkalan di Filipina, ATRAM beroperasi melalui ATR Asset Management, Inc. serta ATRAM Trust Corporation yang dilancarkan baru-baru ini, yang mempunyai kelebihan sebagai perbadanan amanah pertama yang berdiri sendiri di Filipina di bawah peraturan baharu yang dikeluarkan oleh bank pusat Filipina . PORTIA akan menyokong kedua-dua operasi ATRAM dalam satu platform yang menyediakan perakaunan dana dan laporan pelanggan yang lebih baik. PORTIA juga memainkan peranan yang amat penting dalam membantu ATRAM menyediakan peluang perniagaan untuk masa hadapan.
"PORTIA SS&C bukan sahaja memberikan kami penyelesaian menarik yang akan membantu mengembangkan perniagaan kami, tetapi ia juga hadir dengan reputasi rekod prestasi pelaksanaan dan sokongan yang mantap dari seluruh Asia," kata Mike Ferrer, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan ATRAM. "ATRAM komited terhadap kecemerlangan operasi dan PORTIA akan membantu kami untuk mengukuhkan lagi operasi kami dan menonjolkan kecekapan sebenar dalam seluruh syarikat kami – yang menyebabkan pengurangan kos dan peluang pertumbuhan yang lebih besar."
PORTIA menyokong jenis aset yang paling luas dari seluruh dunia dan menyediakan fungsi pelbagai mata wang. Versi terkini PORTIA menyediakan papan pemuka baharu yang inovatif yang memberikan keupayaan pengurusan yang tiada tandingan dalam aktiviti-aktiviti bermula daripada kaunter hadapan kepada pejabat pentadbiran. Platform ini boleh dikonfigurasikan untuk membantu dalam pematuhan semua piawaian industri dan direka untuk menghadapi cabaran pengurus aset global yang kompleks, dan berjumlah besar. Lejar perakaunan bersepadu ini adalah hebat serta boleh dikonfigurasikan, dan akan membolehkan ATRAM mempunyai beberapa pangkalan yang dibuat dalam satu carta akaun.
"SS&C terus membangun dan melabur dalam penyelesaiannya demi memenuhi piawaian pengawalseliaan dan perakaunan global yang sentiasa berubah-ubah. Disebabkan oleh pembaharuan baru-baru ini, kami menyaksikan keinginan dalam pelaburan aset kompleks yang semakin meningkat oleh warga Filipina kelas pertengahan. Dengan PORTIA, ATRAM boleh menyesuaikan diri dalam pembaharuan pengawalseliaan dengan lebih baik untuk mencapai matlamatnya bagi perkembangan aset di bawah pengurusan," kata Christy Bremner, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Institusi dan Pelaburan SS&C. "Versi terbaharu PORTIA akan meningkatkan operasi ATRAM dan menyediakan mereka untuk memasuki pasaran baru, dan kami teruja untuk bekerjasama dengan mereka."
Latar Belakang SS&C Technologies
SS&C ialah pembekal global bagi perkhidmatan pelaburan dan perkhidmatan kewangan didayakan perisian serta perisian untuk industri perkhidmatan kewangan global. Ditubuhkan pada 1986, SS&C beribu pejabat di Windsor, Connecticut dan mempunyai pejabat di seluruh dunia. Hampir 11,000 organisasi perkhidmatan kewangan, bermula daripada institusi terbesar di dunia kepada syarikat tempatan, mengurus dan mengambil kira pelaburan mereka menggunakan produk dan perkhidmatan SS&C.
Maklumat tambahan mengenai SS&C (Nasdaq:SSNC) boleh didapati di www.ssctech.com. Ikuti SS&C di Twitter, LinkedIn dan Facebook.