omniture

Alisports Meterai Kerjasama Strategik dengan OCA Bawakan eSukan ke dalam Kelompok Sukan Olimpik

eSukan bakal menjadi Sukan Rasmi dalam Sukan Asia 2022 di Hangzhou
Alisports
2017-04-24 10:04 864

HANGZHOU, China, 24 April 2017 /PRNewswire/ -- Alisports Group (Alisports), penyedia platform sukan komprehensif, mengumumkan satu kerjasama strategik dengan Majlis Olimpik Asia (OCA). Menerusi kolaborasi ini, kedua-duanya akan bekerjasama untuk membawakan Sukan Elektronik (eSukan) atau permainan video, ke dalam program sukan rasmi Sukan Asia 2022 di Hangzhou, memperkenalkan kumpulan pertandingan baru muncul ini ke dalam arena sukan tradisional.

Alisports Meterai Kerjasama Strategik dengan OCA
Alisports Meterai Kerjasama Strategik dengan OCA

Selain Sukan Asia Hangzhou 2022, eSukan telahpun diperkenalkan ke dalam Sukan Permainan Dalaman dan Seni Mempertahankan Diri Asia Ashgabat (AIMAG) 2017, dan juga Sukan Asia Jakarta 2018. Memanfaatkan kepakarannya dalam mengadakan promosi dan pengaturan acara eSukan, Alisports selaku rakan strategik OCA, akan menjadi peserta aktif dalam membantu memperluas pasaran untuk sukan permainan anjuran persatuan ini.

Presiden OCA Sheikh Ahmad Al Fahad Al Sabah berkata, "Majlis Olimpik Asia komited terhadap warisan, pembangunan dan penambahbaikan sukan Asia, dan kami amat berbesar hati dengan perkongsian strategik bersama Alisports ini. Kami yakin bahawa keupayaan penganjuran Alisports yang luas dan pengalaman mereka dalam eSukan, akan membantu OCA memajukan semua sukan."

Menurut OCA, eSukan yang akan dipertandingkan di AIMAG 2017 pada September ini akan melibatkan FIFA 2017, Arena Pertarungan Dalam Talian Berbilang Pemain (MOBA) dan jenis permainan Serangan Masa Sebenar (RTA). Ini merupakan jenis permainan paling popular dalam kalangan pemain eSukan global dan dimasukkan ke dalam Permainan Sukan Elektronik Dunia (WESG), yang dilancarkan oleh Alisports tahun lalu dan berjaya menarik perhatian pemain dari lebih 100 negara.

Alisports mempromosikan eSukan secara aktif dan mempunyai matlamat jangka panjang dalam memperkenalkan pertandingan digital ini ke tempat-tempat dan acara-acara yang telah lama memaparkan sukan-sukan "tradisional". Zhang Dazhong, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Alisports berkata, "Kami berasa berbesar hati dapat bekerjasama dengan OCA dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kepercayaan mereka terhadap Alisports. Pada masa depan, kami akan bekerjasama erat untuk membangunkan mod baharu dalam usaha memajukan permainan dan acara-acara besar, dan untuk menyediakan pihak penganjur dengan lebih banyak peluang serta nilai. Kami berharap dapat membawakan pertandingan permainan video yang lebih menarik, bukan sahaja untuk para peminat eSukan, tetapi juga untuk khalayak global."

Zhang menambah bahawa beliau menjangkakan eSukan akhirnya akan ditampilkan dalam Sukan Olimpik, memandangkan pertandingan permainan digital kini dianjurkan dengan lebih profesional dan pertandingan mereka semakin diterima sebagai hiburan arus perdana. "Hanya masa yang akan menentukannya," kata beliau.

Latar Belakang Majlis Olimpik Asia  

Majlis Olimpik Asia (OCA) ialah badan pentadbir yang memantau semua jenis sukan di Asia. Majlis ini merupakan salah satu daripada lima persatuan benua yang diiktiraf oleh IOC.

OCA ditubuhkan pada tahun 1982 dan mempunyai ibu pejabat tetap di Kuwait. Objektif utama OCA adalah untuk membangunkan sukan, budaya dan pendidikan belia Asia selain menggalakkan rasa hormat, persahabatan, muhibah & keamanan antarabangsa melalui bidang sukan.

Latar Belakang Alisports Group

Alisports Group (Alisports), diasaskan pada tahun 2015 sebagai Alibaba Sports Group oleh syarikat gergasi e-dagang Cina, Alibaba Group, menyepadukan antara e-dagang, media, pemasaran, video, hiburan rumah, pengkomputeran awan dan teknologi didayakan Internet lain bagi membentuk satu platform sukan yang mengambil bahagian dalam aspek-aspek berbeza melibatkan industri sukan profesional, termasuk hak cipta sukan, media sukan, acara, tiket dan banyak lagi.

Alisports memanfaatkan ekosistem e-dagang Alibaba Group yang luas, sumber media dan pengalaman luas bersama sektor-sektor media dan sukan baharu China demi mewujudkan platform sukan berasaskan Internet dan berfokuskan pengguna yang mencipta nilai untuk peserta industri sukan dan meningkatkan penglibatan pengguna serta peminat sukan bersama pasukan dan juga jenama.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170422/1831277-1

 

 

 

Source: Alisports
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Sporting Events Sports Sports Equipment & Accessories Contracts Licensing/marketing agreements