omniture

DJI Perkenal Ronin 2, Penstabil Lebih Hebat, Serba Boleh dan Pintar untuk Golongan Profesional Filem dan Video

Sistem Gimbal Stabil Tiga Paksi Rekaan Semula Bolehkan Ahli Profesional Rakam Bahagian Filem yang Lancar, Stabil dalam Setiap Keadaan
DJI
2017-04-25 12:15 432

LAS VEGAS, 25 April 2017 /PRNewswire/ -- DJI, peneraju dunia bagi teknologi kamera kreatif, pada hari Ahad memperkenalkan Ronin 2, penstabil kamera tiga paksi yang direka semula bagi memberikan pembikin filem dengan kebebasan untuk merakam sebarang adegan yang mereka bayangkan. Berasaskan teknologi gimbal transformatif DJI, Ronin 2 mempunyai lebih kuasa dan tork untuk membawa kamera yang lebih besar, lebih bersifat serba boleh untuk digunakan dalam setiap keadaan, dan mempunyai ciri lebih pintar bagi mendayakan pergerakan kamera yang belum pernah dilakukan sebelum ini yang membantu merealisasikan setiap visi kreatif.

"Ronin 2 meningkatkan setiap aspek berhubung pengalaman pengendalian kamera dengan ketara dan merupakan penstabil terbaik yang pernah kami hasilkan," kata Paul Pan, Pengurus Kanan Produk DJI. "Direka semula sepenuhnya bagi memenuhi keperluan golongan profesional kamera masa kini, Ronin 2 memudahkan tugas merakam bahagian filem sinematik yang mengagumkan berbanding sebelum ini dalam pelbagai keadaan."

Platform Berkuasa Untuk Kebebasan Kreatif

Ronin 2 memberikan para pembikin filem kebebasan penuh untuk memilih kamera yang betul untuk merakam. Sangkar kamera yang diperbesar dan cabang 50mm yang boleh dipanjangkan menyokong kesemuanya, bermula daripada DSLR kepada kamera dan kanta sinematik penuh. Motor gimbal yang berkuasa memastikan tork yang mencukupi untuk mengendalikan muatan sehingga 30 paun. Disokong oleh GPS dalam pesawat, motor dikodkan yang berkuasa membolehkan Ronin 2 terbang pada kelajuan sehingga 75 batu sejam, sambil memberikan ketepatan tahap sub-piksel 0.02 darjah yang sama yang diharapkan oleh para pengguna Ronin.

Cagak dan Pergerakan Versatil

Menerusi reka bentuk baharu dan Cengkaman boleh pisah, Ronin 2 membawakan ciri penstabilan khusus untuk rangkaian penuh cagak kamera yang diperlukan oleh pengarah. Bermula daripada pegangan tangan asas dan konfigurasi jib kepada Rig Tersedia (Ready Rig), berserta sesondol kamera, kenderaan dan dron, Ronin 2 menyediakan pelbagai kefleksibelan kreatif yang luas. Mod operasi dua paksi baharu untuk dipasang pada Steadicam memberikan pergerakan unik dan kreatif yang dahulunya mustahil untuk dilaksanakan. Pemasangan yang boleh dikeluarkan dengan pantas menjadikannya mudah untuk dipindah secara lancar daripada satu babak kepada babak seterusnya, memberikan pembikin filem kebebasan baharu untuk meneroka setiap perspektif dengan ciri kestabilan dan kawalan. Dwijalur 2.4/5.8 GHz yang direka semula berjarak jauh meminimumkan gangguan bagi menjamin kawalan penuh semasa operasi jarak jauh dan pengendalian dua orang pada jarak hampir 1.5 kilometer.

Pemasangan Lebih Pantas dan Lebih Mudah Digunakan

Setiap butiran Ronin 2 telah dipertingkat bagi menjamin pemasangan yang pantas dan operasi yang mudah. Tuil mengunci paksi baharu dan tombol penalaan halus memberikan keseimbangan yang lebih pantas dan lebih tepat, manakala ciri Kestabilan Penalaan Automatik dapat menyelaras parameter motor dengan pintar bagi menjamin penggunaan optimum dalam masa beberapa saat. Skrin sentuh bersepadu baharu dengan 1,000 nit kecerahan membolehkan golongan profesional mengkonfigurasi tetapan gimbal secara terus bagi pelarasan ketika terbang dan juga memberi kawalan penuh untuk kamera dipasang RED.

Bingkai Rekaan Semula dengan Kuasa Berpusat

Ronin 2 menampilkan bingkai gaya monokok gentian karbon direka semula, memberikan kualiti pembuatan tertinggi bagi rig kamera stabil pegangan tangan, di samping menjadikan platform tahan lasak, ringan dan mudah dibawa. Bahagian kaki baharu yang mudah dilipat membolehkan pengendali menetapkan platform ke bawah ketika pembikinan filem pegangan tangan tanpa memerlukan bahagian berkaki yang berasingan. Motor tertutup kalis-percikan direka dengan kuasa dihalakan secara dalaman, SDI serta pemasangan kabel data membolehkan penggambaran dibuat tanpa sebarang kebimbangan dalam persekitaran paling mencabar.

Port kuasa dan data disepadukan menjadikan Ronin 2 sistem berpusat untuk kamera dan semua aksesori tanpa memerlukan berbilang sistem kuasa. Ia menyediakan empat port 14.4-volt (8 amp secara keseluruhan) berhampiran sangkar kamera, dua port 12.6-volt (4 amp secara keseluruhan) berhampiran motor pendar, dan satu outlet P-Tap 12.6-volt (4 amp) pada cagak bateri.

Dwi bateri panas boleh tukar ganti memberikan masa beroperasi yang berterusan tanpa pernah merendahkan kuasa. Bateri-bateri ini mampu beroperasi secara serentak dan bersendiri bagi menyediakan waktu jalan selama 2.5 jam untuk memberi kuasa kepada gimbal dan kamera RED Dragon. Ronin 2 menggunakan bateri-bateri dengan pengecasan ultra pantas, berkapasiti tinggi dan bersifat swamemanas yang sama seperti DJI Inspire 2, memudahkan pengurusan bateri dan menjamin kuasa andal pada suhu sejuk melampau serendah -4 darjah Fahrenheit. Sistem bateri ini boleh ditanggal sepenuhnya bagi memberikan bekalan kuasa mudah alih untuk sebarang kuasa atau aksesori berkuasa P-Tap 12-volt.

Ciri-ciri Pintar yang Dipertingkat

Aplikasi mudah alih bantuan gimbal DJI yang dinaik taraf sepenuhnya menyediakan antara muka yang lebih intuitif dan mudah digunakan bagi menghidupkan pemandangan sinematik. Ini termasuk fungsi-fungsi berorientasikan studio baharu bagi merakam pergerakan kamera yang rumit dengan mudah yang dahulunya memerlukan kepakaran khusus atau peralatan tambahan.

Mod Panorama baharu mengawal Ronin 2 secara automatik bagi menghasilkan panorama imej pegun yang mengambil kira jenis sensor kamera dan jarak fokus kanta, selain kadar pertindihan tentuan pengguna. Mod Selang Masa (Timelapse) baharunya boleh memprogram pelbagai pergerakan dan aksi kamera pada tempat-tempat berbeza sepanjang suatu laluan dan melihat kemajuan pada masa sebenar. Mod CamAnchor baharu pula membolehkan pengendali merakam dengan pantas orientasi gimbal pilihan di lokasi-lokasi tertentu, kemudian merujuknya semula dengan satu sentuhan mudah sewaktu kamera bergerak dari titik ke titik.

Sistem SmoothTrack pintar yang memberikan imej-imej stabil ketika kamera sedang bergerak telah dipertingkatkan dengan algoritma dinaik taraf bagi memastikan Ronin 2 selari dengan pergerakan pengendali. Bagi setiap senario yang dialami oleh kamera profesional, pengguna Ronin 2 boleh melaraskan cara rig bertindak balas terhadap pergerakan baharu di sepanjang ketiga-tiga paksi.

Ketersediaan Produk

Ronin 2 bakal tersedia pada suku kedua tahun 2017 daripada dji.com, Gedung Utama DJI, Kedai Runcit Berdaftar DJI dan Agen penjual DJI di seluruh dunia. Harga akan diumumkan sebelum produk disediakan.

Foto, Video dan Lebih Banyak Lagi Untuk Dimuat Turun

Lebih banyak maklumat produk disediakan melalui laman sesawang DJI: http://www.dji.com/ronin-2

Foto-foto Ronin 2 sedia dimuat turun daripada pautan ini: https://www.dropbox.com/sh/qmxp8dsttilinad/AACGlaGojFH6u26yY2_ROejKa?dl=0  

Tiga video disediakan:

DJI di NAB 2017  

Ronin 2 akan dipamerkan menerusi pelbagai konfigurasi di reruai DJI sempena Pameran NAB di Las Vegas, Nevada mulai 24-27 April, berserta seluruh rangkaian produk teknologi kamera kreatif DJI. Para peserta persidangan boleh mengunjungi reruai DJI #C2807 di Dewan Utama, Pusat Konvensyen Las Vegas.

Untuk maklumat tambahan, sila hubungi:

Adam Lisberg, pr@dji.com  

Latar Belakang DJI

DJI, peneraju dunia bagi teknologi dron awam serta pengimejan udara, ditubuhkan dan dikendalikan oleh individu yang amat berminat dengan helikopter kawalan jauh serta pakar dalam bidang teknologi kawalan penerbangan dan juga kestabilan kamera. Syarikat ini dikhususkan untuk menjadikan fotografi udara dan peralatan serta platform pembikinan filem lebih mudah diakses, andal dan lebih mudah digunakan oleh pencipta serta penginovasi di seluruh dunia. Operasi global DJI kini mencakupi benua Amerika, Eropah dan Asia, manakala produk dan penyelesaiannya yang revolusioner menjadi pilihan pelanggan yang berada di lebih 100 negara untuk digunakan dalam industri pembikinan filem, pembinaan, tindak balas kecemasan, pertanian, pemuliharaan dan banyak lagi industri lain.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi kami di:

Laman sesawang: www.dji.com 
Facebook: www.facebook.com/DJI
Instagram: www.instagram.com/DJIGlobal
Twitter: www.twitter.com/DJIGlobal 
Langgan Saluran YouTube kami: www.youtube.com/DJI

 

Source: DJI
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services