omniture

Pameran Antarabangsa Cendera Mata, Kraftangan, Jam Tangan & Peralatan Kediaman China (Shenzhen) ke-25 dibuka hari ini

Reed Huabo Exhibitions
2017-04-25 18:55 485

SHENZHEN, China, 25 April 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Antarabangsa Cenderamata, Kraftangan, Jam Tangan & Peralatan Kediaman China (Shenzhen) ke-25 dibuka hari ini di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen. Pameran ini mempamerkan pelbagai pilihan cenderamata kreatif dan mesra alam, produk premium dan produk rumah dari China dan seluruh Asia.

Peneraju Industri Cenderamata & Kediaman China

Sebagai pameran Cenderamata & Kediaman terbesar di Asia, ia mengumpulkan pembekal yang boleh dipercayai dari tanah besar China, India, Korea, Hong Kong, Taiwan, Rusia, Singapura, Indonesia dan seluruh Asia. Pembeli akan dapat menyentuh, mengalami, merasa, membandingkan dan membeli terus semua jenis produk cenderamata perniagaan, korporat, promosi, reka bentuk asal, peribadi hinggalah kepada cenderamata bermusim.

Antara beribu-ribu pembeli terkemuka yang berdaftar awal untuk menghadiri pameran ialah Metro Group, Shiseido, Walmart, P&G, HUAWEI, BYD, Citroen, Four Seasons Hotel, Bank of China, China Resources, China Citic Bank, CPIC dan lain-lain.

Soroton lain pameran ialah:

  • Maker Gallery Pavilion untuk membantu pembeli mengenal pasti produk unik dan kreatif. Pelbagai produk pintar dengan reka bentuk hebat dan berprestasi tinggi akan dipamerkan di acara ini.
  • Set makan malam bankuet negara Sidang Kemuncak G20 yang menjadi kegemaran Wanita Pertama, akan dipamerkan di tingkat 2.
  • Anugerah "Golden Phoenix" yang dipilih oleh China Arts & Crafts Association akan dipamerkan di tingkat dua.
  • Pameran ini  mendapat sokongan lebih daripada 20 persatuan tempatan dan industri dan tapak pembuatan termasuklah Gaoyang Towel Association, Fujian Tea Delegation, Yixing purple clay Association dan lain-lain. 

Menerajui pembangunan industri

Encik Jiang, Presiden Reed Huabo, berkata: "kami berdedikasi untuk membina pameran Cenderamata & Kediaman terbesar di dunia dan menyediakan lebih banyak peluang perdagangan." Setelah pembangunan selama 25 tahun, pameran ini ialah yang terbesar di Asia. Ia mengikut peredaran masa untuk mengekalkan kelebihan, bekerja dengan platform e-dagang dan mewujudkan lebih banyak peluang kepada pengilang tradisional.

Waktu pameran dibuka ialah:
    25-27 April dari 9:00 pagi hingga 5:00 petang
    28 April dari 9:00 pagi hingga 4:00 petang

Latar Belakang Reed Huabo

Reed Huabo - syarikat pameran yang paling berpengaruh di China, merupakan sebuah syarikat ahli Reed Exhibitions - penganjur acara yang terkemuka di dunia, yang berpangkalan di UK. Ia komited untuk menerajui pembangunan industri dan terus mewujudkan nilai untuk pelanggan dari seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di: www.chinagiftsfair.com

Hubungan Media:
Lisa Li
+85-755-3398-9311
lisa.li@reedhuabo.com 
http://www.chinagiftsfair.com

Source: Reed Huabo Exhibitions
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Trade show news