omniture

Belantara & Keajaiban dalam Era Digital: L'Eden by Perrier-Jouët Diperkenal di Tokyo

Maison Perrier-Jouet
2017-04-26 06:44 414

TOKYO, 26 April 2017 /PRNewswire/ --

Setelah berkunjung ke Miami, London dan Shanghai, L'Eden by Perrier-Jouët kini tiba ke Tokyo, membawakan konsep pemulihan belantara yang tersendiri kepada kawasan Shibuya yang bergaya di ibu kota Jepun. Pengalaman jenama termaju Perrier-Jouët menawarkan perspektif baharu terhadap keindahan alam semula jadi, mengubah tempat-tempat di bandar yang tidak dijangkakan kepada kawasan belantara dan mempesonakan yang memukau.  

generated by system

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/8088951-l-eden-perrier-jouet-tokyo-wild-wonder/

Di Tokyo - mulai 25 April hingga 7 Mei 2017 - Maison mengubah sebahagian kawasan Shibuya menjadi satu kawasan yang memberi penghormatan kepada alam semula jadi yang subur: sumber inspirasi yang berkekalan. Di L'Eden by Perrier-Jouët, para tetamu dapat memasuki syurga tersembunyi dengan dedaunan yang subur dan bunga yang eksotik, dihuni oleh makhluk mistik. Gabungan yang mengasyikkan antara hutan belantara dan teknologi canggih & karya seni interaktif oleh Miguel Chevalier, pelopor seni digital yang tersohor.

Di tengah-tengah kawasan itu ialah penciptaan semula L'Eden itu sendiri – bilik bawah tanah berusia 200 tahun yang tersembunyi di bawah tanah di Epernay, yang mengandungi wain Perrier-Jouët paling eksklusif. Penjaga bilik bawah tanah Maison Hervé Deschamps akan berada di Tokyo untuk menganjurkan sesi merasa cuvée Belle Epoque Perrier-Jouët yang berprestij. Dalam salah satu acara kemuncak majlis ini, beliau akan turut memperkenalkan sejenis wain serba baharu: Perrier-Jouët Blanc de Blancs. Cuvée baharu yang bersemangat ini memberi penghormatan yang elegan kepada anggur Chardonnay yang menjadi lambang Maison.

Extra Natural daripada Chevalier ialah sebuah taman maya yang berinteraksi dengan pengunjung, dan tumbuh-tumbuhannya condong ke kiri atau kanan ketika mereka bergerak dalam ruang tersebut. Bunga-bunga meliuk lentok dihembus angin maya, manakala kelopak dan daun gugur seperti hujan yang berpuisi. Ia menimbulkan suasana yang bersilih ganti antara kerja kebat barok dengan balet organik yang bergaya, mencetuskan jalinan Art Nouveau nan kehijauan.

Sepanjang dua minggu berada di Tokyo, L'Eden by Perrier-Jouët akan dibuka siang dan malam bagi menganjurkan pelbagai parti dan acara yang mempesonakan. Sebelah malamnya, ruang tumbuhan dedaunannya akan mengalu-alukan seleksi parti yang eksklusif. Sebelah siangnya pula, para pengunjung berpeluang menghadiri program kelas master dan ceramah, yang mana pakar-pakar wain antarabangsa mendedahkan rahsia champagne bunga yang halus daripada Maison.

Terkenal kerana hubungan yang lama terjalin dengan dunia seni, Maison Perrier-Jouët menafsirkan semula warisan Art Nouveau untuk abad ke-21, menggabungkan seni dan alam semula jadi menjadi pengalaman berbilang deria yang luar biasa, iaitu L'Eden by Perrier-Jouët.

Source: Maison Perrier-Jouet
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages