omniture

Huawei Pamer Inovasi ICT Terkini dengan Rakan Kongsi di Hannover MESSE 2017

Huawei
2017-04-26 20:18 690

Terajui ICT Baharu Perkasa Transformasi Perindustrian Digital

HANNOVER, Jerman, 26 April 2017 /PRNewswire/ -- Sempena Hannover MESSE 2017 yang berlangsung mulai hari ini, Huawei mempamerkan rangkaian penuh keupayaannya berasaskan platform terbuka demi memacu transformasi digital dan membuka peluang baharu untuk perusahaan industri.

Mempamer menerusi tema "Menerajui ICT Baharu, Hala Tuju ke arah Transformasi Digital", Huawei berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi utama industri bagi mempamerkan produk dan penyelesaian terkini berasaskan teknologi ICT baharu seperti IoT, awan industri, rangkaian Semua-Awan dan infrastruktur tanpa wayar perusahaan. Ia akan menunjukkan sejauh mana produk dan penyelesaian ini boleh dimanfaatkan untuk mempercepatkan usaha transformasi digital dalam industri pembuatan, logistik dan tenaga. Huawei akan turut mengumumkan jalinan kerjasama rintis dengan General Electric Company (GE), Intel, Toshiba dan T-System.

Tahun ini, Hannover MESSE akan menerima pakai tema "Industri Bersepadu – Mencipta Nilai". Pembuatan tradisional kini ditakrif semula dan akhirnya akan menjadi industri pintar terhubung sepenuhnya menerusi guna tenaga terhubung, sistem aplikasi, yang akhirnya membawakan era pembuatan berangkaian.

Persembahan Sulung Penyelesaian Pembuatan Utama Huawei untuk Memacu Transformasi Digital

Mengulas tentang pendigitan industri pembuatan, Yan Lida, Presiden Huawei Enterprise Business Group berkata: "Transformasi digital bagi industri pembuatan memerlukan penyatuan antara ICT baharu dengan teknologi pembuatan canggih, dan paling penting, penggunaan teknologi ini dalam seluruh fasa reka bentuk, pengeluaran, pengurusan dan perkhidmatan. Menggunakan ICT kolaboratif seperti IoT, awan dan Data Besar, Huawei berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi untuk membangunkan penyelesaian yang lebih cekap, pintar dan inovatif demi transformasi digital perindustrian. Sempena Hannover MESSE 2017, Huawei akan melancarkan inovasi bersama dengan rakan-rakan kongsi utama industri, seperti GE, Toshiba, Intel, T-System. Hasil inovasi ini memperlihatkan amalan terbaik dalam mempercepatkan transformasi perindustrian digital dengan teknologi ICT baharu."

Perusahaan-perusahaan pembuatan semakin menghubungkan rangkaian maklumat mereka dengan rangkaian perindustrian, membolehkan sistem maklumat berkolaborasi dengan pelbagai jenis sumber pengeluaran demi menangani cabaran yang diwujudkan oleh keperluan yang pelbagai, pada masa sebenar dan tersuai. Pada pameran tersebut, Huawei mempamerkan siri penyelesaian pembuatan, termasuk penyelesaian robot perindustrian berasaskan 5G yang didemonstrasikan bersama-sama KUKA; penyelesaian pembuatan fleksibel yang didemonstrasikan bersama-sama SAP, Hand Enterprise Solutions, dan United VARs; serta penyelesaian reka bentuk tangkas yang dibangunkan bersama-sama Altair, ANSYS, serta ESI, dll. Penyelesaian tersebut memungkinkan pewujudan model kerja baharu dan platform asas yang memenuhi keperluan sebenar Industri 4.0.

Huawei dan Schindler, syarikat lif dan tangga bergerak global yang terkemuka, mempamerkan penyelesaian Internet Lif mereka. Penyelesaian ini akan membantu Schindler memperoleh sambungan penuh dan juga pengurusan berpusat untuk berjuta-juta lifnya di seluruh dunia, memberikan ketersediaan perkhidmatan yang lebih baik dan meningkatkan pengalaman penumpang untuk lebih satu bilion orang di seluruh dunia.

Dalam pameran ini, para pengunjung turut memperoleh pengetahuan tentang penyelesaian logistik pintar Huawei yang menyediakan gerbang pintar berbilang fungsi yang menghubungkan antara pemandu, kenderaan dan barangan, selain platform Data Besar demi mempercepatkan pengurusan yang cekap.

Dalam sektor tenaga, Huawei mempamerkan penyelesaian grid pintarnya dan penyelesaian minyak & gas, khususnya penyelesaian grid pintar yang dibangunkan bersama State Grid Corporation of China dan Wasion Group.

Pengumuman Perkongsian Rintis dengan Rakan-rakan Kongsi Utama Industri

  • Huawei dan GE Perkenal Penyelesaian Penyelenggaraan Prediktif berasaskan Awan Perindustrian

Huawei dan GE Digital bersama-sama melancarkan Penyelesaian Penyelenggaraan Prediktif berasaskan Awan Perindustrian mereka. Sewaktu pusingan baharu pengindustrian dan pendigitan mendapat momentumnya, kedua-dua pihak menyepadukan secara lancar IoT-Pengkomputeran-Pinggir Huawei (EC-IoT) dengan platform Predix GE untuk Internet Perindustrian. Penyelesaian penyelenggaraan pencegahan perindustrian baharu akan digunakan oleh Schindler.

  • Huawei dan Intel Tandatangani MOU Percepat Inovasi HPC

Huawei dan Intel akan mengadakan majlis pelancaran kolaborasi pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC) global pada 25 April, menandatangani Memorandum Persefahaman untuk bekerjasama dalam produk dan penyelesaian HPC. Kedua-dua pihak akan membangunkan penyelesaian HPC berdasarkan pelayan dan platform awan Huawei yang dikuasakan oleh pemproses Intel® Xeon®, pemproses Intel® Xeon PhiTM dan Seni Bina Berbilang Laluan.

  • Huawei dan Toshiba Tandatangani MOU Kukuhkan Kerjasama untuk IoT dan NB-IoT Kilang Pintar

Huawei dan Toshiba secara rasmi menandatangan MOU untuk berkolaborasi bagi merangsang penggunaan IoT Jalur Sempit (NB-IoT) dalam pengurusan kilang pintar. Melalui inovasi teknikal dan R&D produk, kedua-dua pihak akan mempercepatkan ketersediaan NB-IoT dalam pelbagai senario serta industri vertikal selain pelaksanaan IoT perindustrian.

  • Huawei dan T-System Lancar Penyelesaian Penyejuk Pintar berasaskan IoT

Huawei dan T-System bersama-sama melancarkan dan mempamerkan penyelesaian IoT Penyejuk Pintar mereka. Penyelesaian ini menghubungkan penyejuk pintar dengan gerbang IoT siri AR Huawei dan menggunakan Awan Telekom Terbuka T-Systems untuk melaksanakan operasi dan pengurusan masa sebenar terhadap sejumlah besar peranti.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan penyelesaian Huawei di HANNOVER MESSE 2017, layari http://e.huawei.com/topic/hannovemesse2017-en/index.html.

-Tamat-

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global terkemuka. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei di www.huawei.com.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news