omniture

Trina Solar Terima Pesanan Modul PERC Dwimuka "DUOMAX twin" 20MW

Trina Solar Limited
2017-04-27 11:43 483

BEIJING, April 27, 2017 /PRNewswire/ -- Trina Solar Limited ("Trina Solar" atau "Syarikat"), peneraju global dalam modul, penyelesaian, dan perkhidmatan fotovoltan, mengumumkan kontrak bekalan modul 20MW untuk produk yang baru dilancarkan DUOMAX twin, modul dwimuka yang dibina dengan PERC dan teknologi dwi kaca.

Di bawah kontrak jualan, Trina Solar membekalkan 20MW DUOMAX twin (72 sel), dengan kuasa output antara 340-350W kepada projek yang bertempat di Golmud, Qinghai ("Projek"). Penghantaran telah selesai pada 20 April 2017.

DUOMAX twin ialah inovasi terkini Trina Solar, yang menggabungkan teknologi kuasa dwimuka monohabluran PERC berkecekapan tinggi dan teknologi dwi kaca, meningkatkan kapasiti penjanaan sistem dengan cekap. Elektrik yang dijana dari bahagian belakangnya menghasilkan sehingga 25% lebih banyak tenaga dalam pelbagai persekitaran. Tambahan pula, DUOMAX twin mempunyai pelbagai kegunaan, dengan aplikasi dalam projek-projek seperti stesen kuasa yang besar, projek pertanian solar, ladang ikan berkuasa solar dan banyak lagi. Ia amat berkesan untuk digunakan di kawasan yang mempunyai pantulan baur yang tinggi, seperti projek yang terletak di persekitaran yang berpasir, permukaan air, latitud lilitan, tempat bersalji, serta rel adang di lebuh raya.

Projek ini terletak di kawasan yang berpasir dengan pantulan baur yang tinggi, yang merupakan keadaan ideal bagi DUOMAX twin. Selain daripada cahaya langsung yang diserap oleh bahagian hadapan modul, bahagian belakang menyerap pantulan cahaya daripada tanah dan juga cahaya yang bertaburan di udara. Selain itu, Projek juga akan dilengkapi dengan pengesan yang akan membolehkan bahagian belakang modul DUOMAX twin untuk mencapai lebih banyak tenaga solar dengan pergerakan melalui pengesan.

Yin Rongfang, Naib Presiden Trina Solar, Ketua Jualan & Pemasaran Global, berkata: "Ini merupakan pesanan pertama DUOMAX twin selepas pelancarannya pada akhir Mac dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami bagi pengiktirafan mereka. Tahun ini merupakan pentas permulaan pasaran untuk DUOMAX twin dan jumlah ini akan terus meningkat secara berterusan. Kami mendapat lebih banyak tempahan yang mengalir masuk daripada seluruh dunia. Pada masa akan datang, kami akan terus komited kepada inovasi teknologi dan memberikan nilai LCOE lebih baik kepada rakan kongsi strategik kami di seluruh dunia."

Latar Belakang Trina Solar Limited

Trina Solar Limited ialah sebuah peneraju global dalam modul, penyelesaian dan perkhidmatan fotovoltan solar. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai penyepadu sistem PV, Trina Solar kini memacu tenaga pintar bersama-sama dengan pemasang, pengedar, utiliti dan pemaju di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com.

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts