omniture

Puma Energy Naik Taraf Keahlian Forum Ekonomi Dunia

Puma Energy
2017-04-28 01:38 805

SINGAPURA, 28 April 2017 /PRNewswire/ --

Puma Energy, sebuah syarikat tenaga pertengahan dan hiliran bersepadu yang bertaraf global, dengan bangganya mengumumkan ia telah menaik taraf keahliannya dalam Forum Ekonomi Dunia menjadi Rakan Strategik Bersekutu dan sebagai sebahagian daripada usaha ini, akan mengambil bahagian dalam Forum Ekonomi Dunia akan datang untuk Afrika di Durban, RSA pada minggu depan serta Forum Ekonomi Dunia untuk ASEAN 2017 di Phnom Penh, Kemboja pada bulan Mei.

Puma Energy, syarikat pengedaran bahan api bebas paling pesat berkembang di dunia, akan mengambil bahagian dalam mesyuarat Forum Ekonomi Dunia berkenaan Afrika kali ke-27 di Durban, RSA pada minggu depan, dan menjadi salah satu daripada syarikat serantau dan global utama yang mengambil bahagian pada platform ini.

Menerusi tema 'Mencapai Pertumbuhan Inklusif', mesyuarat tersebut akan menghimpunkan para pemimpin serantau dan global dari sektor perniagaan, kerajaan dan masyarakat awam demi mencari penyelesaian untuk mewujudkan peluang-peluang ekonomi untuk semua.

Ketua Pegawai Eksekutif Pierre Eladari berkata, "Puma Energy berbesar hati dapat menaik taraf perkongsiannya dalam Forum Ekonomi Dunia. Kami di Puma komited terhadap kerjasama jangka panjang untuk faedah negara-negara tuan rumah serta para pemegang saham kami. Kepakaran kami terletak pada peningkatan infrastruktur, keselamatan bekalan dan penyediaan bahan api berkualiti ke negara-negara yang menerima perkhidmatan kami."

Di Afrika: Puma Energy mengumumkan penembusannya ke dalam pasaran Afrika Selatan pada bulan Januari 2016. Syarikat ini kini berada di 19 negara, bermula dari Senegal hingga Afrika Selatan, selain terus melebarkan sayapnya dari Barat ke Timur. Puma Energy telah melabur hampir US$2 bilion di Afrika dan sejak dua tahun lalu menambah kapasiti penyimpanan 464k m3 kepada 726k m3 yang telahpun dimilikinya di rantau ini. Syarikat juga mempunyai jaringan sebanyak 740 tapak jualan dan kapasiti penyimpanan sebanyak 1.2 juta m3 di benua ini.

Latar Belakang Puma Energy 

Puma Energy ialah sebuah syarikat minyak pertengahan dan hiliran bersepadu yang bertaraf global, bergiat aktif di 47 negara. Ditubuhkan pada tahun 1997 di Amerika Tengah, sejak itu Puma Energy telah memperluaskan aktivitinya ke seluruh dunia, mencapai pertumbuhan, pempelbagaian dan pembangunan rangkaian produk yang pesat. Syarikat ini mengurus sendiri lebih 7,650 kakitangan. Beribu pejabat di Singapura, ia memiliki hab serantau di Johannesburg (Afrika Selatan), San Juan (Puerto Rico), Brisbane (Australia) dan juga Tallinn (Estonia).

Aktiviti-aktiviti utama Puma Energy dalam sektor pertengahan termasuk pembekalan, penyimpanan dan pengangkutan produk petroleum. Aktiviti-aktiviti Puma Energy disokong oleh pelaburan dalam infrastruktur yang mengoptimumkan sistem rantaian bekalan, mendapatkan nilai sebagai pemilik aset dan pemasar produk. Aktiviti-aktiviti hiliran Puma Energy pula melibatkan pengagihan, jualan runcit dan borong pelbagai produk ditapis, berserta tambahan tawaran produk melibatkan pelincir, bitumen, LPG dan juga sektor pengisian bahan api marin. Kini, Puma Energy memiliki jaringan global melibatkan lebih 2,500 stesen perkhidmatan runcit. Puma Energy turut menyediakan platform yang mantap untuk usahawan bebas memajukan perniagaan mereka, dengan memberikan alternatif berdaya maju terhadap sumber bekalan pasaran tradisional.

Source: Puma Energy
Keywords: Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements Trade show news