omniture

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LinkSure Danian Chen Terpilih dalam Senarai Fortune 2017 50 Pemimpin Perniagaan Paling Berpengaruh di China

LinkSure China Holding Pte. Limited
2017-04-28 22:00 757

SINGAPURA, 27 April 2017 /PRNewswire/ -- Pada 19 April lalu, Fortune menyiarkan senarai tahun 2017 bagi 50 Pemimpin Perniagaan Paling Berpengaruh di China. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LinkSure, En. Danian Chen, merupakan antara yang berada dalam senarai cemerlang ini. Turut berkongsi tumpuan dengan En. Chen ialah para usahawan Cina terkemuka daripada pelbagai sektor, termasuk En. Zhengfei Ren, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, En. Huateng Ma, pengerusi Tencent, dan En. Jianlin Wang, pengerusi Wanda Group.

En. Danian Chen, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LinkSure
En. Danian Chen, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LinkSure

Fortune mengulas, "Produk aplikasi hasil buah fikiran En. Danian Chen, WiFi Master Key, kini merupakan salah satu daripada 10 aplikasi teratas yang paling banyak dimuat turun di China yang tiada kaitan dengan mana-mana syarikat gergasi teknologi China Baidu, Alibaba and Tencent (secara kolektif, 'BAT'). Menurut satu laporan rasmi oleh Tencent pada Ogos 2016, jumlah pengguna baharu harian WiFi Master Key telah mengatasi aplikasi media sosial Cina WeChat dan QQ, menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun di China. En. Danian Chen mengurus syarikat menggunakan pendekatan unik; beliau menekankan pemerkasaan kakitangan dan tidak menggalakkan bekerja lebih masa. Pada pandangan beliau, melakukan sesuatu yang betul adalah jauh lebih penting berbanding usaha semata-mata."

Sebelum dipilih sebagai salah seorang daripada 50 pemimpin Perniagaan Paling Berpengaruh di China, En. Danian Chen turut berada dalam senarai "40 Bawah 40" 2016 China oleh Fortune. Kebebasan kewangan yang beliau perolehi hasil menjadi seorang usahawan bersiri, dan kerjaya awal beliau - Shanda Group yang diasaskan bersama abang beliau, En. Tianqiao Chen - telah mendorong beliau untuk menggunakan kekayaan beliau bagi menyelesaikan isu-isu sosial dan membantu lebih ramai orang.

Dalam sesi temubual beliau bersama Fortune, En. Chen berkongsi impian beliau untuk merapatkan jurang digital: "Jurang digital antara rantau berbeza di dunia sentiasa bertambah walaupun ekonomi dunia menjadi lebih bersifat global dan peningkatan ketersediaan akses Internet pada masa kini."

Pada tahun 2013, En. Danian Chen menubuhkan LinkSure dan melancarkan WiFi Master Key, sebagai langkah untuk menyediakan perkhidmatan Internet secara percuma, mudah dan selamat kepada pengguna di seluruh dunia. Setakat Jun 2016, aplikasi ini mendapat 900 juta pengguna dari seluruh dunia, dengan MAU seramai 520 juta pengguna. En. Danian Chen berharap WiFi Master Key dapat diakses di setiap pelosok dunia agar sesiapa sahaja yang tidak berkemampuan mendapat sambungan Internet berpeluang mengakses Internet dengan mudah secara percuma, dan beroleh kegembiraan serta mendapat peluang yang mengubah hidup melalui Internet.

Apabila menguruskan syarikat, En. Danian Chen menyokong pendekatan "seakan-akan zen", yang dipertingkatkan hasil pengalaman pengurusan beliau selama dua dekad. Bagi beliau, Keusahawanan tidak seharusnya tentang pencapaian kejayaan secara terburu-buru. Sebaliknya, beliau percaya bahawa pembangunan rangka kerja pemerkasaan dan ganjaran sewajarnya yang memberikan kebebasan kepada kakitangan untuk meningkat maju melalui percubaan dan kesilapan adalah amat penting dalam pengurusan perniagaan. "Kakitangan seharusnya menjadi pemilik sebenar yang mengendalikan perniagaan sehari-hari, yang diamanahkan dengan kuasa dan tanggungjawab yang sama untuk melaksanakan tugas mereka," kata En. Chen.

Maklumat Perhubungan Media:  

Lydia Chow 
lydia.chow@wifi.com 
+65-6715-6081

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170425/1833638-1

Source: LinkSure China Holding Pte. Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service Awards