TV Masih Mendominasi, Namun Penurunan/Pengukuran Lemah Penonton Muda Hadkan Pertumbuhan
Didorong Teknologi Media, Masa Dihabiskan dengan Media dan e-dagang Terus Berkembang
NEW YORK dan LONDON, 1 Mei 2017 /PRNewswire/ -- GroupM hari ini menerbitkan Interaction 2017, keadaan penilaian kesatuan pengiklanan digital di seluruh dunia dengan ramalan terhadap kemajuan teknologi, trend pasaran media dan tingkah laku pengguna yang berubah-ubah yang dimaklumkan oleh pakar-pakar daripada rangkaian dunia WPP bagi syarikat komunikasi, pemasaran dan data. Laporan ini menyediakan pemahaman mendalam yang mendasari ramalan pertumbuhan pengiklanan digital dalam 46 pasaran. Topik-topik yang dibincangkan termasuk penipuan iklan dan integriti pasaran, berita palsu, privasi, sekatan iklan, kepintaran buatan, realiti berperantara dan realiti maya, pertandingan video merentasi platform, video secara langsung, televisyen canggih, audio distrim dan atas-permintaan, dan banyak lagi. Dalam laporan ini, Ketua Pegawai Digital Global GroupM Rob Norman, dan Adam Smith, Pengarah Niaga Hadapan, turut berkongsi pandangan tentang harga media, penyatuan nilai ekonomi dalam media bagi sekumpulan kecil syarikat, selain penggunaan media dan juga trend e-dagang.
Metrik Interaksi Global |
||||
2014 |
2015 |
2016f |
2017f |
|
Hari media diwajarkan mengikut |
7.72 |
7.86 |
8.01 |
8.11 |
Pengguna Internet Dewasa |
1.97B |
2.16B |
2.34B |
2.54B |
Pelaburan Pengiklanan Digital (USD) |
119.13B |
140.42B |
160.97B |
182.38B |
% Digital Saham Pelaburan Media |
24.6 |
27.9 |
30.7 |
33.3 |
Pelaburan Pengiklanan Digital |
61 |
65 |
69 |
72 |
Jumlah perbelanjaan e-dagang (USD) |
1.26T |
1.56T |
1.87T |
2.21T |
Purata perbelanjaan e-dagang setiap pengguna (USD) |
641 |
721 |
801 |
869 |
Seperti yang dilaporkan dalam This Year, Next Year, ramalan media dan pemasaran dunia, GroupM meramalkan pengiklanan digital akan memperoleh 77 sen bagi setiap dolar iklan baharu pada tahun 2017; TV akan memperoleh 17 sen. Walaupun adanya cabaran berhubung standard, pengukuran dan integriti rantaian bekalan, iklan digital terus berkembang pesat sewaktu pemasar mengikuti pengguna ke destinasi-destinasi media tempat mereka menghabiskan masa dan semakin melakukan transaksi bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Pelaburan digital telahpun mengatasi TV dalam sepuluh pasaran* dan lima pasaran lagi akan mengatasi sempadan ini pada tahun 2017 (Perancis, Jerman, Ireland, Hong Kong dan Taiwan), seperti yang diramalkan oleh GroupM.
Di saat persaingan terhadap perhatian pengguna dan pelaburan pengiklan semakin meningkat, orang ramai di seluruh dunia menghabiskan lebih banyak masa dengan media. Mengikut purata wajaran penduduk, jumlah masa yang dihabiskan dengan media ('hari media') meningkat sebanyak sembilan minit kepada lapan jam pada tahun 2016, namun masa yang dihabiskan dengan media dalam talian meningkat sebanyak 14 minit. Ini boleh dikaitkan dengan akses lebih hebat terhadap media yang disediakan oleh teknologi media. Mudah alih turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pengguna internet dewasa kepada 2.34B pada tahun 2016.
Walau bagaimanapun, data GroupM menunjukkan bahawa setakat ini, TV masih mendominasi dari segi pengiklan apabila data global dikumpulkan. Bahagian pelaburan iklan TV sebahagian besarnya stabil pada 42% bagi tahun 2016; GroupM meramalkan penurunan bahagian kepada 41% bagi tahun 2017. TV meraih bahagian tertinggi selama lima tahun pada kadar 44% dari tahun 2010-2014, dengan penurunan minimum sejak itu.
Demografi TV linear masih terus berubah pada tahun 2016, dengan kehilangan demografi berusia antara 16-24 tahun kekal menjadi salah satu cabaran terbesar. Walaupun penduduk global yang berusia antara 16-24 tahun hanya berkurangan sebanyak 1% pada 2014-2016, purata "tanan" penonton TV linear berusia antara 16-24 tahun berkurangan sebanyak 16% dengan beberapa pasaran mencecah jumlah menghampiri 30%. GroupM menjelaskan sebahagian daripada kehilangan ini diburukkan lagi oleh cabaran besar lain bagi TV – kekurangan pengukuran jumlah penonton TV merentasi platform. GroupM terus menyokong penambahbaikan pengukuran untuk menilai televisyen dengan lebih baik merentasi seluruh peranti dalam pasaran di seluruh dunia. Ketiadaan pengganti terhampir bermakna, buat masa ini, pengiklan yang mencari penonton TV dewasa muda ini bersedia menanggung inflasi harga mengikut kadar kekurangan yang semakin meningkat.
Dalam laporan ini, GroupM turut menilai gabungan nilai ekonomi antara enam syarikat global yang memegang bahagian terbesar bagi perbelanjaan pengiklanan digital, dengan Google dan Facebook berada di barisan hadapan. GroupM menyatakan syarikat-syarikat ini mempunyai model perniagaan yang amat berbeza berbanding pemilik TV linear dan syarikat-syarikat ini turut menarik pengiklan yang berbeza. Pengiklan mencakupi 90% daripada hasil pengiklanan TV mewakili antara 30% dan 40% daripada hasil yang diperoleh syarikat-syarikat gergasi digital. Baki 70% daripada hasil mereka adalah daripada gabungan antara perniagaan kecil-kecilan dan tempatan, biasanya yang berdagang dalam produk atau perkhidmatan digital. Bifurkasi antara kumpulan-kumpulan pengiklan ini tertakluk kepada perubahan memandangkan televisyen kini lebih didorong oleh data dan disasarkan (seperti digital) dan oleh kerana kandungan video pada platform digital terus di peringkat dengan kualiti lebih hebat (seperti TV).
"Google dan Facebook menarik sebahagian besar daripada peningkatan pertumbuhan pelaburan iklan digital pada tahun 2016," kata Adam Smith, Pengarah Niaga Hadapan. "Pada tahun 2017, industri ini akan memantau dengan teliti bagi melihat sejauh mana Snapchat atau Amazon boleh memasuki rantaian nilai Facebook dan Google, dan sekiranya pegangan kukuh dalam pasaran China yang dimiliki oleh 'BAT' (Baidu, Alibaba, Tencent) boleh dikembangkan ke dalam pasaran antarabangsa."
Interaction 2017 turut melihat tingkah laku pembelian pengguna. Pada tahun 2016, e-dagang berjumlah USD 1.874 trilion, di peringkat global, secara keseluruhannya 20% melebihi USD 1.558 trilion yang dilog masuk pada tahun 2015. GroupM meramalkan 18% pertumbuhan bagi e-dagang tahun 2017, mengatasi penanda aras dua-trilion kepada USD 2.205 trilion. Secara purata, membeli belah dalam talian bagi setiap pengguna dijangka mencecah USD 869 pada tahun 2017. U.K. kekal menjadi tumpuan pembeli dalam talian yang paling aktif, diramalkan kepada purata USD 4,000 bagi setiap pengguna pada tahun 2017. Apabila digabungkan, Amazon dan Alibaba mewakili lebih daripada separuh kesemua e-dagang (tidak termasuk kategori pelancongan).
"Tahun lalu, kami berwaspada dari segi jangkaan kami terhadap kadar perubahan, namun tahun ini kami kurang berwaspada disebabkan oleh pembangunan dalam teknologi perkakasan dan perisian yang memajukan kami daripada era maklumat kepada era kepintaran," kata Rob Norman, Ketua Pegawai Digital Global. "Bagi membantu membentuk pemikiran dan spekulasi kami untuk Interaction tahun ini, kami menjemput lebih 20 rakan kongsi** untuk membincangkan tentang AI, realiti berperantara dan realiti maya, pertandingan video, TV canggih dan dipacu data, audio distrim dan atas-permintaan, duopoli digital Google/Facebook, video secara langsung, e-dagang, integriti pasaran dan berita palsu. Hasilnya ialah bahagian paling komprehensif berhubung keadaan digital yang pernah kami laporkan dan juga batu loncatan untuk pihak pemasar berfikir panjang dan mendalam tentang masa depan mereka. Kami menggalakkan perbahasan yang pastinya akan berlaku."
* Australia, Kanada, China, Denmark, Finland, Belanda, New Zealand, Norway, Sweden, United Kingdom
** Amazon, AppNexus, comScore, DoubleClick, eMarketer, ESPN, Facebook, Google, Hulu, IAB, IBM, LinkedIn, NBCU, Pandora, Pinterest, The New York Times, Snapchat, Turner, Twitter, Vox Media, YouTube
Latar Belakang GroupM
GroupM ialah sebuah syarikat pengurusan pelaburan media global utama yang merupakan syarikat induk kepada agensi media WPP termasuk Mindshare, MEC, MediaCom, Maxus, Essence dan m/SIX, selain platform media digital berprogram, Xaxis, yang mana setiap operasi globalnya memiliki hak masing-masing serta kedudukan utama dalam pasaran. Matlamat utama GroupM adalah untuk memaksimumkan prestasi agensi media WPP melalui peranan sebagai peneraju dan rakan usaha sama dalam perdagangan, penciptaan kandungan, sukan, digital, kewangan dan pembangunan instrumen proprietari. Fokus GroupM adalah untuk memberikan kelebihan pasaran yang tiada tandingan buat para pelanggan, pihak berkepentingan dan juga orang ramai, serta turut bekerjasama dengan lebih erat bagi manfaat pelanggan bersama syarikat pengurusan pelaburan data WPP, Kantar. GroupM dan Kantar bersama-sama menyumbang kepada hasil kumpulan WPP sebanyak lebih 50% yang bernilai lebih $20 bilion.
Ketahui lebih lanjut GroupM di www.groupm.com.
Ikuti @GroupMWorldwide melalui Twitter
Ikuti GroupM melalui LinkedIn - https://www.linkedin.com/company/groupm
Maklumat Perhubungan Media:
David.Grabert@GroupM.com
+1 212.297.8092 (A.S & Global)
Samantha.Kops@GroupM.com
+1 917.421.3019 (A.S. & Global)
Logo - http://mma.prnewswire.com/media/283547/groupm_Logo.jpg