omniture

SkinCeuticals Umum Kerjasama Dengan ReSurge International

SkinCeuticals
2017-05-01 21:52 416

Inisiatif bagi Perintis Wanita dalam Pembedahan Rekonstruktif #SurgeOn

NEW YORK, 1 Mei 2017 /PRNewswire/ -- SkinCeuticals dilahirkan daripada sains yang berteraskan kepercayaan bahawa pengetahuan adalah kuasa, dan komited kepada doktor-doktor dalam bidang kesihatan kulit dan estetika. Melalui kerjasama baharu dengan ReSurge International, jenama ini mengumumkan sebuah inisiatif bagi Perintis Wanita dalam bidang Pembedahan Rekonstruktif, untuk melatih secara teknikal, melatih secara profesional, dan membangunkan sifat kepimpinan generasi pertama pakar bedah wanita untuk meningkatkan akses kepada penjagaan pembedahan rekonstruktif di pelosok-pelosok dunia yang kurang mendapat mendapat perhatian.

 

Bagi penduduk di negara-negara sedang membangun yang menderita akibat kelecuran atau keadaan kongenital, perubahan penampilan mereka mampu mengubah kehidupan mereka – membolehkan mereka untuk melibatkan diri dalam komuniti, menghadiri sekolah, dan menyara keluarga mereka. Bagi mereka, pembedahan plastik rekonstruktif merupakan pengubah di banyak peringkat – namun seramai 5 bilion masyarakat di seluruh dunia tidak mendapat akses kepada penjagaan pembedahan yang selamat dan tepat pada masanya. SkinCeuticals percaya bahawa kesaksamaan dalam latihan perubatan adalah penting untuk memenuhi keperluan ini. Hari ini, terdapat 3 pakar bedah wanita bagi setiap 1 juta orang di negara-negara berpendapatan rendah, selalunya berpunca dari kekurangan akses yang sama kepada latihan teknikal yang penting atau kekangan untuk diterima dalam bidang mereka. SkinCeuticals dan ReSurge International bertekad untuk membetulkan ketidakseimbangan ini. 

ReSurge International telah diasaskan dalam tahun 1969, dan sejak penubuhannya, ia telah memberikan lebih daripada 100,000 pembedahan rekonstruktif bagi pesakit-pesakit di negara-negara sedang membangun. Dalam tahun 2014, Fakulti Program Latihan & Akademik Global ReSurge International telah diperkenalkan. Program ini telah diketuai oleh Dr. James Chang, yang berkhidmat sebagai pegawai perunding perubatan bagi ReSurge International dan sebagai Ketua pembedahan plastik dan rekonstruktif di Universiti Stanford. Program Latihan Global mengamalkan falsafah 'mengajar untuk memancing', bekerjasama dengan fakulti perubatan bertaraf dunia untuk mendidik dan melatih pakar bedah tempatan dalam penjagaan rekonstruktif.

Melalui program-program lawatan pengajar, latihan kepimpinan, sokongan mentor, dan pembiayaan bekalan, Perintis Wanita dalam Pembedahan Rekonstruktif akan membantu pakar bedah wanita mengembangkan pengetahuan mereka dan selanjutnya menawarkan rangkaian penjagaan pembedahan rekonstruktif dalam komuniti mereka. Dalam tahun pertama, kerjasama ini akan memberi tumpuan kepada lima pakar bedah wanita yang sedang meningkat naik – Dr. Faith Chengetayi Muchemwa dari Zimbabwe, Dr. Celma Marina Teles Issufo dari Mozambique, Dr. Shilu Shrestha dari Nepal, Dr. Lorena Escudero Castro dari Ecuador, dan Dr. Farzana Bilquis Ibrahim.

Ulas Dr. Chang terhadap program ini, "Wanita-wanita ini tidak hanya belajar kemahiran-kemahiran pembedahan, tetapi juga bagaimana untuk mengemudi bidang yang dikuasai oleh lelaki, dengan kurikulum khas dalam pembedahan rekonstruktif dan peningkatan kerjaya melalui kerjasama kami bersama SkinCeuticals. Ia merupakan kisah yang sama di Amerika Syarikat pada generasi lalu – kini lebih separuh daripada pelajar perubatan adalah wanita dan daripada 18 orang di fakulti saya di Universiti Stanford, 8 daripada mereka adalah wanita. Ini ialah isu yang penting kepada saya sebagai seorang bapa kepada tiga anak perempuan. Kami berharap untuk dapat mendidik dan memperkasa pakar bedah perintis wanita untuk generasi-generasi akan datang."

Leslie Harris, Pengurus Besar Global di SkinCeuticals, menambah, "Hari ini, penjagaan rekonstruktif tidak dapat diperolehi oleh dua pertiga masyarakat. Sekiranya kita ingin mengubah statistik ini, kita perlu mengubah bilangan pakar bedah wanita di negara-negara berpendapatan rendah yang selalunya berhadapan dengan kekangan yang unik untuk memasuki bidang ini. Misi ini adalah evolusi Dr. Sheldon Pinnell, saintis pengasas kami, komitmen terhadap komuniti perubatan dan semangat kedermawanan kami. Kami berbangga untuk bekerjasama dengan ReSurge International dalam tahun-tahun yang mendatang."

Maklumat lanjut mengenai matlamat program ini boleh didapati di http://www.skinceuticals.com/surgeon. SkinCeuticals akan membantu penglibatan komuniti mereka melalui perkongsian sosial, membina kesedaran, dan akses mudah kepada portal-portal derma.

LATAR BELAKANG SKINCEUTICALS

Ditubuhkan di Dallas, Texas dalam tahun 1997, SkinCeuticals menemui, membangunkan, dan memberikan rangkaian lanjutan rawatan kosmeseutikal yang disokong secara saintifik. Sebagai peneraju dalam teknologi anti-oksidan dan perlindungan cahaya matahari, produk SkinCeuticals telah terbukti dapat meningkatkan kesihatan kulit yang tinggi dengan melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar dan meningkatkan kecerahan kulit, tona, dan tekstur dengan ketara dan mengurangkan kehadiran garis-garis halus dan kedut. Untuk maklumat lanjut, lawati jenama kami di Facebook, Twitter atau Instagram, atau di www.skinceuticals.com.

LATAR BELAKANG RESURGE INTERNATIONAL

Resurge menawarkan akses kepada penjagaan pembedahan pembentukan semula yang selamat, tepat pada masanya dan berpatutan yang mengubah kehidupan kepada penduduk di negara-negara sedang membangun. Kami melatih generasi pakar bedah rekonstruktif yang seterusnya di Afrika, Amerika Latin, dan Asia; bekerja dengan mereka untuk mewujudkan model perniagaan yang mampan; dan bersama-sama, kami menawarkan rawatan rekonstruktif yang berkualiti tinggi kepada masyarakat yang hidup dalam  kemiskinan dan berada di kawasan pedalaman. Hasil usaha kami, kehidupan pesakit-pesakit kami telah berubah – mereka boleh melibatkan diri sepenuhnya dalam komuniti mereka, menghadiri sekolah, dan menyara keluarga mereka.   

 

Hubungi: Laura Cummins di SkinCeuticals: (212) 984-4907/LCummins@skinceuticals.com

                 Kristin Breen di ABMC: (212) 230-1800/kristin@alisonbrodmc.com

Video - https://mma.prnewswire.com/media/495957/SkinCeuticals.mp4

 

Source: SkinCeuticals
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Contracts Corporate Expansion