omniture

Sambutan Hari Jazz Antarabangsa 2017 Seluruh Dunia Diakhiri Dengan Konsert Global Bintang-Bintang Handalan, Dihos Oleh Pelakon Will Smith, Di Havana, Cuba

Thelonious Monk Institute of Jazz
2017-05-01 23:34 452

Ribuan Persembahan dan Program Berlangsung di Lebih 190 Negara di Semua Benua

HAVANA, 1 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Berikutan beribu-ribu acara yang berlangsung di lebih 190 negara, Hari Jazz Antarabangsa 2017 mencapai kemuncaknya dengan konsert luar biasa yang distrim ke seluruh dunia dari Gran Teatro de La Habana Alicia Alonso Havana yang bersejarah. Sebagai Bandar Tuan Rumah Global Hari Jazz Antarabangsa 2017, bandar Havana dengan muzik meriah ini turut mempersembahkan pelbagai konsert dan program pendidikan dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan Cuba, Institut Muzik Cuba, dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Cuba.

TMIJ/UNESCO, International Jazz Day 2017, Sun. April 30.
TMIJ/UNESCO, International Jazz Day 2017, Sun. April 30.

Ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dengan kerjasama Thelonious Monk Institute of Jazz, Hari Jazz Antarabangsa ini diiktiraf dalam kalendar rasmi UNESCO dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Setiap tahun pada 30 April, Hari Jazz Antarabangsa menonjolkan peranan jazz dalam mempromosi kebebasan, kreativiti dan dialog antara budaya, dan menyatukan orang ramai dari seluruh pelusuk dunia. Toyota bertindak sebagai Rakan Kongsi Utama Hari Jazz Antarabangsa 2017.

Konsert Global bermula dengan kumpulan bintang-bintang pemuzik handalan dari Cuba dan seluruh dunia mempersembahkan "Cuba Bop" dan "Manteca" sebagai penghormatan bagi perintis kerjasama tahun 1940-an antara Dizzy Gillespie dan Chano Pozo yang menggabungkan muzik dan jazz Afro-Cuba. Vokalis terkenal Cassandra Wilson mempersembahkan komposisi memikat beliau "You Move Me" dan pemain trumpet handalan Cuba Julio Padrón memainkan lagu Freddie Hubbard yang berdaya cipta "Byrdlike". Vokalis pujaan Cuba, Bobby Carcassés bergabung tenaga dengan pakar bes dan vokalis Richard Bona dari Cameroon untuk persembahan penuh semangat lagu jazz Latin "Bilongo."

"Bésame Mucho" mempamerkan pengaruh global jazz, dengan pemain piano Youn Sun Nah (Republik Korea) dan Tarek Yamani (Lubnan); pemain bes Esperanza Spalding dan pemain biola Regina Carter (Amerika Syarikat); dan pemain drum Antonio Sánchez (Mexico). Bagi meraikan ulang tahun keseratus ikon jazz Thelonious Monk, pemain piano lagenda Cuba Gonzalo Rubalcaba dan Chucho Valdés memberikan persembahan yang menakjubkan lagu klasik "Blue Monk". Konsert ini berakhir dengan meriah dengan artis-artis termasuk pemain piano Herbie Hancock, pemain bes Marcus Miller, vokalis Kurt Elling dan Ivan Lins, pemain gitar Perancis Marc Antoine, dan pemain genderang Cuba Yaroldi AbreuAdel GonzálezRamsés Rodriguez dan Oscar Valdés memberikan persembahan lagu John Lennon "Imagine."

IJD 2017 Pilihan Media oleh Steve Mundinger: goo.gl/r38oo7   

Maklumat lanjut: www.unesco.org/days/jazzday      www.jazzday.com.  

TMIJ/UNESCO, International Jazz Day 2017, Sun. April 30.
TMIJ/UNESCO, International Jazz Day 2017, Sun. April 30.

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/506113/International_Jazz_Day.jpg

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/506114/International_Jazz_Day_Will_Smith.jpg

 

Source: Thelonious Monk Institute of Jazz
Related Links:
Keywords: Education Entertainment Music Not for profit