omniture

SunExpress di Landasan yang Betul dalam Dunia Jualan Digital Dengan Platform IBS Software

IBS Software Services
2017-05-02 09:01 612

ANTALYA, Turki, 2 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Syarikat Penerbangan berhijrah ke iFly Res IBS untuk tempahan penumpang

SunExpress, sebuah syarikat usaha sama antara Turkish Airlines dan Lufthansa, telah berjaya bertukar ke platform PSS IBS Software, iFly Res, untuk menguasakan operasi tempahan penumpang, penjualan tiket, dan kawalan penerbangan keluar. SunExpress, yang mempunyai lebih daripada 70 buah pesawat, telah menerbangkan 8 juta penumpang dalam tahun 2016 ke lebih daripada 80 buah destinasi di serata Eropah, Turki dan Afrika Utara.

iFly Res, perisian canggih daripada IBS, mengukuhkan lagi komunikasi umum antara SunExpress dan rangkaian-rangkaian pengedaran pentingnya, iaitu agensi-agensi pelancongan Eropah. Sistem baharu ini mengandungi standard pengagihan bagi jualan tiket, 'NDC – Keupayaan Pengagihan Baharu' yang telah diperkenalkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Persembahan yang ringkas dan mudah tambang udara dan perkhidmatan perjalanan yang lain menyokong kedua-dua volum kerja harian rakan kerja SunExpress dalam industri pelancongan dan permintaan pelanggan dengan menggunakan lawan sesawang yang direka semula sunexpress.com. Laman sesawang SunExpress kini digunakan dengan lebih intensif untuk tempahan langsung para pelancong, bagi penukaran perjalanan yang segera, juga dalam rekaan yang responsif melalui peranti mudah alih mereka.

iFly Res juga membolehkan penyepaduan antara 116 agensi-agensi pelancongan dalam talian, antara enjin carian meta yang penting di Eropah, serta lebih 70 penyedia teknikal dan organisasi, antaranya menggunakan standard NDC. Ia termasuk 9 Sistem Kawalan Penerbangan Keluar yang digunakan di semua stesyen antarabangsa dan 9 sistem pembayaran tiket, digabung dan disepadukan ke dalam 5 sistem GDS terpenting.  Pelaksanaannya, yang dilaksanakan dalam tempoh setahun, melibatkan pembinaan enjin kelas pertama bagi tempahan Internet, laman sesawang B2B dan B2C serta latihan kepada lebih 1000 kakitangan dan agen.

"Platform baharu ini mengukuhkan lagi syarikat kami untuk menguruskan model perniagaan yang berbeza – penjualan tempat duduk sahaja dan operasi carter. Bagi tempat duduk sahaja, SunExpress kini berada di kedudukan yang baik untuk meningkatkan kebolehannya dengan signifikan untuk menjual khidmat sampingan yang inovatif di seluruh saluran penjualannya. Dengan sistem yang moden, inovatif dan fleksibel ini, SunExpress kini di kedudukan yang baik untuk mendekati kedua-dua agensi pelancongan dan penumpang-penumpang, dengan interaksi digital yang bermakna," kata Peter Glade, Pengarah Komersil SunExpress. "Kami kini berharap dapat menggunakan sistem ini ke fasa projek seterusnya, supaya kami boleh menawarkan khidmat yang lebih baik kepada keperluan rakan-rakan pengendali kembara kami."

"Nama iFly Res kini kian meningkat dalam industri ini sebagai sebuah penyelesaian yang berkembang pesat, boleh diskala dan inovatif untuk menyokong keperluan transformasi operasi perkhidmatan penumpang syarikat-syarikat penerbangan. Kejayaan di SunExpress membuktikan bahawa IBS berupaya untuk membantu pemindahan PSS yang kompleks dalam syarikat-syarikat penerbangan besar. Ini adalah satu sokongan yang kuat untuk keupayaan pelaksanaan kami serta sebagai satu bukti pengesahan terhadap pelaburan penting yang dilakukan dalam potfolio iFly RES kami. Kami mengalu-alukan perkongsian bersama SunExpress," kata Paul Lynch, Naib Presiden Kanan & Ketua Khidmat Pelanggan Penerbangan, IBS.

"Kami mengalu-alukan keputusan SunExpress untuk melaksanakan penyelesaian yang berkeupayaan NDC, membolehkan syarikat penerbangan memodenkan cara produk-produk dipersembahkan melalui rangkaian agensi-agensi pelancongannya," kata Yanik Hoyles, Pengarah Program NDC di IATA.

Maklumat lanjut IBS tersedia di http://www.ibsplc.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Bratati Ghosh
Ketua Pegawai Pemasaran, IBS
Bratati.ghosh@ibsplc.com

Hubungan Media SunExpress:
Claasen Communication GmbH
Hindenburgstraße 2
64665 Alsbach
Telefon +49(0)6257-68-781
Faksimili +49(0)6257-68-382
http://www.claasen.de
sunexpress@claasen.de

Sumber: IBS Software Services

Source: IBS Software Services
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Passenger Aviation Transportation Travel