omniture

Emaar Hospitality Group Tetapkan Model Baharu Industri dalam Kontrak Pengurusan Hotel untuk Pacu Penciptaan Nilai Jangka Panjang

Emaar Hospitality Group
2017-05-02 10:48 676

DUBAI, UAE, 2 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Emaar Hospitality Group, segmen perniagaan hospitaliti dan santai Emaar Properties PJSC, telah memperkenalkan sebuah model yang mentakrif industri untuk perjanjian pengurusan hotel.

generated by system

Ia merupakan sesuatu pembaharuan yang beranjak daripada struktur bayaran sedia ada dalam sektor hospitaliti, di mana para pengendali hotel menerima bayaran asas sebagai peratusan daripada pendapatan kasar dan bayaran insentif berdasarkan keuntungan kasar operasi.

Model alternatif yang ditawarkan oleh Emaar Hospitality Group adalah berdasarkan kepada bayaran insentif sahaja, yang dipacu oleh keupayaan pengendali untuk menjana keuntungan berbanding pendapatan.

Dalam industri di mana majoriti perolehan bayaran global dikaitkan dengan pendapatan, model baharu ini sejajar dengan kehendak pemilik dan pengendali kerana ia memberi tumpuan kepada penjanaan keuntungan.

Olivier Harnisch, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group, berkata model bayaran pengurusan baharu ini menetapkan penanda aras industri. "Ia akan memberikan tanggungjawab yang lebih besar kepada pengendali hotel untuk menjana keuntungan operasi yang akan mewujudkan kemampanan nilai bagi pemilik-pemilik hotel, tidak seperti model sedia ada, di mana pengendali menerima bayaran pengurusan asas tanpa mengambil kira perbelanjaan operasi.

"Kaedah pengagihan dalam industri perhotelan telah mengalami perubahan besar dan kami berasa bahawa keuntungan adalah penunjuk yang lebih hebat bagi prestasi pengendali berbanding pendapatan. Kami memanfaatkan pengalaman kami sebagai pemilik dan pengendali hotel dalam membangunkan model baharu ini. Dengan sepuluh tahun pengalaman dalam pembangunan dan pengendalian tiga jenama hotel terkemuka dalam industri, kami memahami cara pengendalian hotel," kata Harnisch.

"Model baharu ini mempertingkatkan lagi hubungan pemilik-pengendali dengan memberikan tanggungjawab yang lebih besar kepada pengendali untuk menjana keuntungan, dan juga mewujudkan nilai yang berpanjangan untuk pemilik-pemilik hotel, walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar kerana pengendali akan memberi tumpuan terhadap meminimumkan perbelanjaan operasi dan mengukuhkan keuntungan," jelas Harnisch.

Emaar Hospitality Group telah menandatangani beberapa kontrak pengurusan untuk mengendalikan hotel-hotel di Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Bahrain, Turki dan Mesir untuk pembangun-pembangun dan pemilik-pemilik hotel lain. Model baharu ini ditawarkan sebagai tambahan kepada model standard dan memberi peluang kepada pemilik-pemilik hotel untuk memilih antara dua pilihan ini.

Tidak seperti syarikat-syarikat pengendali hotel antarabangsa yang mengenepikan hartanah mereka dan memberi tumpuan kepada perjanjian-perjanjian pengurusan hotel, Emaar Hospitality Group mengembangkan lagi kepakaran kontrak pengurusannya dan juga mengukuhkan lagi perancangan pembangunannya dengan 26 buah projek-projek hotel.

Hubungan Media:

Kelly Home
ASDA'A Burson-Marsteller
+9714 4507 600
kelly.home@bm.com

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Commercial Real Estate Hotels and Resorts Real Estate Travel Corporate Expansion New products/services