SHANGHAI, 3 Mei 2017 /PRNewswire/ -- UnionPay International hari ini mengumumkan pelancaran kempennya yang dinaik taraf di 100 lapangan terbang seluruh dunia, memberikan diskaun dan perkhidmatan menerusi pelbagai jenis peniaga. Mulai hari ini hingga 28 Februari 2018, pemegang kad UnionPay boleh menikmati faedah istimewa yang eksklusif dan perkhidmatan bernilai tambah di lebih 100 lapangan terbang antarabangsa merentasi kira-kira 30 negara dan rantau.
UnionPay International telah berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan sistem keistimewaan globalnya bagi memenuhi kehendak pemegang kad yang pelbagai, melancarkan kempen global yang menampilkan "Lapangan Terbang Global", "Daerah Perniagaan Terkenal" dan "Destinasi Pelancongan Terpilih" setiap tahun. Selain kempen bertema ini, UnionPay International turut melancarkan platform pemasaran rentas sempadan, U Plan, yang merealisasikan tahap ketepatan lebih tinggi dari segi pemasaran rentas sempadan melalui Internet mudah alih.
Kempen "Lapangan Terbang Global" tahun ini membawakan tiga sorotan utama:
Pertama, ia lebih meluas. Lapangan terbang yang mengambil bahagian bukan sahaja di destinasi pelancong popular tradisi seperti Hong Kong, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Asia Tenggara, Eropah, Amerika Utara, Australia dan Timur Tengah, tetapi turut melibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan-Cebu di Filipina, Lapangan Terbang Antarabangsa Plaisance di Mauritius dan Lapangan Terbang Antarabangsa Nadi di Fiji. Para pemegang kad boleh menikmati diskaun sehingga 10% melalui peniaga yang berada di lebih 100 lapangan terbang antarabangsa.
Kedua, ia mencakupi lebih banyak jenis peniaga dan menyediakan perkhidmatan bernilai tambah. UnionPay International kini menawarkan diskaun eksklusif di restoran lapangan terbang, kedai buku, kedai cenderamata dan faedah istimewa seperti akses ruang istirehat VIP, bas ulang alik lapangan terbang, kereta sewa dan bayaran balik cukai.
Ketiga, faedah istimewa eksklusif mobile QuickPass dan U Plan turut disediakan. Tawaran istimewa untuk UnionPay mobile QuickPass dilancarkan di Chinese Corner, Lapangan Terbang Melbourne, Relay Book Store di Lapangan Terbang New Zealand dan kedai-kedai makanan jalanan di 5 lapangan terbang di Taiwan. King Power di 4 lapangan terbang Thailand, JR Duty Free di 8 lapangan terbang Australia dan New Zealand, serta Travel Pharm di 3 lapangan terbang New Zealand menawarkan diskaun tertinggi yang disediakan untuk pengguna U Plan. Para pemegang kad boleh mendapatkan kupon U Plan melalui aplikasi mudah alih UnionPay International dan bank-bank koperasi serta agensi-agensi pelancongan.
Data terkini menunjukkan UnionPay telah diperluas ke lebih 160 negara dan rantau di luar tanah besar China, mencakupi hampir kesemua destinasi pelancong terkenal. Lebih 20 juta peniaga dan 1.3 juta ATM di luar Tanah Besar China menerima kad-kad UnionPay. Para pemegang kad juga boleh menikmati pelbagai perkhidmatan bernilai tambah seperti Bantuan Kecemasan UnionPay dan Bayaran Balik Cukai Luar Negara.