omniture

Subex Dianugerah Kontrak Rangka Kerja 5 tahun Baharu Bersama BT

Subex
2017-05-04 13:00 631

LONDON, 4 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Subex Limited, sebuah pembekal utama global bagi Sistem Sokongan Perniagaan dan Operasi (B/OSS) untuk Penyedia Khidmat Komunikasi (CSP), hari ini mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan sebuah kontrak rangka kerja baharu selama 5 tahun bernilai jutaan dolar bersama BT, kesinambungan dari kontrak sedia ada bersama pembekal komunikasi tersebut.

Sama seperti kontrak sebelumnya, kontrak rangka kerja baharu ini akan meliputi peruntukan berterusan bagi portfolio penyelesaian perisian ROC (Pusat Operasi Hasil) Subex, sokongan aplikasi/operasi, dan perkhidmatan terurus. Ia ditawarkan di seluruh domain-domain Pengebilan & Pelunasan Bayaran Antara Sambung Domestik & Antarabangsa, Jaminan Hasil dan Kewibawaan Acara BT. 

Objektif utama ROC Subex adalah berfungsi sebagai "Misi Kawalan untuk Kesihatan Kewangan'. ROC membolehkan pertumbuhan yang menguntungkan bagi pembekal perkhidmatan melalui kawalan operasi yang diselaraskan. BT menggunakan pelbagai penyelesaian ROC Subex termasuk Jaminan Hasil ROC (bagi BT Global Services) dan Rakan Pelunasan Bayaran ROC.

"Kami gembira mempunyai satu hubungan jangka panjang bersama BT dan kami telah berjaya memperbaharui kontrak rangka kerja baharu selama 5 tahun, yang meneruskan penglibatan kami dalam menyokong misi kritikal operasi dan proses perniagaan BT. BT ialah pelanggan yang sangat penting dan kami merasa gembira mereka terus memilih penyelesaian peneraju industri ROC Subex," kata Vinod Kumar, Ketua Pegawai Operasi, Subex Ltd.

Rakan Penyelesaian ROC menawarkan liputan hujung-ke-hujung keupayaan-keupayaan Pengebilan Borong Generasi Akan Datang (Pengumpulan Data, Penarafan & Pengebilan dan Kewangan) di bawah satu payung, menjadikan penambahbaikan dan penyenggaraan mudah. Kefleksibelan ini memastikan pemilikan rendah kos dari kedua-dua segi pelaburan permulaan dan kos penyenggaraan berterusan.

Jaminan Hasil ROC Subex ialah sebuah penyelesaian jaminan hasil pertama dalam industri yang memudahkan RA. Penyelesaian ini membantu pelanggan menangani cabaran jaminan hasil yang wujud dalam khidmat menegak individu: Tanpa Wayar, Tetap, Kabel MSP, dan MVNO. Ia juga membantu menangani jaminan hasil di seluruh kawasan pelbagai fungsi seperti pemenuhan perkhidmatan, kewibawaan penggunaan, bil runcit, bil saling sambung/borong, dan penyelesaian kandungan sebagai tambahan kepada pengurusan pendapatan dalam pemasaran, pengurusan kempen, tawaran pembangunan dan pengurusan utama.

Latar Belakang Subex Limited

Subex Limited, sebuah penyedia Sistem Sokongan Perniagaan dan Operasi (B/OSS) global yang memperkasakan penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP) untuk mencapai kelebihan daya saing melalui Pengoptimuman Perniagaan dan Perbelanjaan Modal – yang membolehkan mereka meningkatkan lagi keberkesanan operasi untuk menawarkan pengalaman perkhidmatan yang dipertingkat kepada pelanggan-pelanggan.

Subex beroperasi luar di India, UK, UAE dan Singapure.


Hubungan Akhbar:
Sandeep Banga
Pemasaran dan Komunikasi
+91-80-6659-4157
sandeep.banga@subex.com

Sumber: Subex

Source: Subex
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Contracts