WASHINGTON, 4 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Taiwan Civil Government (TCG), sebuah kumpulan pendidikan dan advokasi, menganjurkan bersama Politico Playbook Powerlist Reception pada 3 Mei – satu tinjauan terhadap individu dan kumpulan paling berkuasa dan berpengaruh dalam Pentadbiran Trump, Washington, di Newseum, Washington DC.
Acara ini merupakan sebahagian daripada kempen sepanjang minggu untuk memaklumkan para pegawai Kongres dan Pentadbiran serta para pemimpin pemikiran berkenaan sejarah dan penderitaan rakyat Taiwan – serta keperluan kepada perubahan. Delegasi seramai lebih 100 rakyat Taiwan berada di Washington, mengadakan mesyuarat peringkat tinggi seputar isu penentuan nasib sendiri untuk Taiwan.
Delegasi ini dipimpin oleh Puan Julian Lin, isteri kepada Pengasas dan Pemimpin TCG Dr. Roger Lin. Pada majlis Powerlist tersebut, Puan Lin berucap kepada hadirin yang terdiri daripada beberapa ratus penggiat paling berkuasa di Washington. Puan Lin menyampaikan ucapan menyentuh hati tentang keadaan semasa rakyat Taiwan dan menekankan keperluan agar A.S. dan dunia bertindak sekarang.
"Taiwan ialah salah satu ekonomi paling kukuh di dunia dan merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat. Kami merupakan negara ekonomi ke-11 terbesar di dunia, ekonomi kelima terbesar di Asia dan mengeluarkan hasil eksport sebanyak $285 Bilion setiap tahun. Kami merupakan peneraju bagi industri teknologi, pertahanan dan telekomunikasi dengan KDNK $1.1 Trilion. Namun begitu, Taiwan bukanlah sebuah negara yang diiktiraf oleh masyarakat dunia dan juga tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Malah, dalam Sukan Olimpik, kami berarak di bawah panji-panji Taipei Cina dan bukannya Taiwan!"
Bagi pihak suami beliau, Lin berkata, "Tanpa kebebasan dan perlindungan ini, rakyat Taiwan akan kekal tanpa kerakyatan, serta tidak mempunyai kerajaan yang diakui di peringkat antarabangsa. Kami telah berada dalam purgatori politik selama lebih 70 tahun dan berhak memilih kerakyatan kami sendiri dengan segera. "
Puan Lin menekankan keperluan terhadap perubahan dengan berkata, "Kami bersedia bekerjasama secara konstruktif dengan Pentadbiran Trump, Kongres Amerika Syarikat dan New Guard di Washington bagi memulihkan status Taiwan di dunia. Seperti yang dapat kita saksikan di Amerika Syarikat dan tempat-tempat lain di serata dunia, inilah masanya untuk berubah!"
TCG ditubuhkan pada tahun 2008 dan kini mempunyai lebih 60,000 ahli serta lebih 60 pejabat di seluruh Taiwan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang TCG sila layari www.taiwancivilgovernment.com
Hubungi: Shelley Hymes 202-364-3438
shelley@angelenterprisesdc.com