omniture

Afghan Wireless Lancar Rangkaian Komunikasi 4G/LTE Pertama Afghanistan

Afghan Wireless Communication Company
2017-05-05 12:15 630

Inovasi Berteknologi Dan Kepimpinan AWCC Bawakan Perkhidmatan Komunikasi 4G/LTE Bertaraf Dunia Untuk Jutaan Pengguna Seluruh Afghanistan  

KABUL, Afghanistan, 5 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Afghan Wireless Communication Company (AWCC) (www.afghan-wireless.com), syarikat komunikasi mudah alih pertama Afghanistan, pengasas dan peneraju bagi industri komunikasi mudah alih Afghanistan, sekali lagi memperlihatkan kedudukan AWCC yang tidak dapat dicabar selaku syarikat tanpa wayar berteknologi paling canggih Afghanistan, melalui pengumuman pelancaran Rangkaian 4G/LTE Tanpa Wayar Afghanistan—perkhidmatan komunikasi 4G/LTE pertama dan satu-satunya Bertaraf Dunia di Afghanistan.

Bandar Kabul akan menjadi lokasi pertama di Afghanistan untuk menerima Perkhidmatan 4G/LTE AWCC. Pelancaran Perkhidmatan 4G/LTE perintis oleh AWCC di Bandar Kabul merupakan fasa pertama peluasan yang berdaya usaha di pelbagai wilayah, yang akan memberikan kapasiti rangkaian berkelajuan tertinggi 4G/LTE AWCC kepada syarikat-syarikat dan para individu di seluruh Afghanistan.

Perkhidmatan 4G/LTE daripada AWCC menyediakan—perkhidmatan rangkaian 4G/LTE pertama yang terdapat di Afghanistan—ialah bukti terkini komitmen berkekalan AWCC untuk menyediakan setiap pelanggan dengan perkhidmatan komunikasi terpantas dan paling canggih di dunia.

Afghan Wireless melabur lebih $400,000,000 demi membangunkan rangkaian komunikasi terbesar, terpantas dan paling andal di Afghanistan. Rangkaian AWCC menyediakan pelanggan 4G/LTE, 3G dan 2G dengan kapasiti akses data sekurang-kurangnya 400 Mega Bait sesaat—kelajuan terpantas dan terbaik yang terdapat di Afghanistan.

"Kami di Afghan Wireless berbangga kerana dapat menjadi syarikat komunikasi mudah alih pertama menyediakan perkhidmatan 4G/LTE kepada penduduk Afghanistan," kata En. Amin Ramin, Pengarah Urusan Afghan Wireless. "Pelancaran Rangkaian 4G/LTE AWCC di Kabul—dan tidak lama lagi, di seluruh negara—merupakan contoh terbaharu keazaman AWCC dalam usaha menyediakan penduduk Afghanistan dengan perkhidmatan komunikasi terbaik dunia," kata En. Amin.

"Afghan Wireless ialah sebuah syarikat yang dibangunkan oleh warga Afghanistan," kata En. Amin, "Dan kami berbesar hati dapat berkhidmat untuk penduduk Afghanistan dan menyokong kemajuan teknologi, ekonomi dan perkembangan sosial negara kami."

Latar Belakang Afghan Wireless:

Afghan Wireless Communication Company (AWCC) (www.afghan-wireless.com) ialah sebuah syarikat komunikasi tanpa wayar pertama Afghanistan dan pengasas pasaran komunikasi tanpa wayar Afghanistan. Dilancarkan pada tahun 2002 oleh En. Ehsan Bayat, Pengerusi Bayat Group (www.bayat-group.com), AWCC menyediakan perkhidmatan 4G/LTE, 3.75G+, 3G, 2.5G, Suara, Data, Internet dan Pembayaran Mudah Alih kepada lebih lima juta Pelanggan Perniagaan dan Pengguna, yang berada di seluruh tiga puluh empat wilayah Afghanistan. Syarikat turut menjalin kerjasama global dengan 425 rangkaian syarikat telekomunikasi tanpa wayar di 125 negara.

SILA HUBUNGI:
Untuk Afghan Wireless: 
Alberto Lopez
+1.917.330.4510 
a.lopez@tsiglobe.com

Source: Afghan Wireless Communication Company
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services