omniture

Mime et Moi Lancar Kempen Kickstarter Baharu Berasaskan Tumit Boleh Tukar Ganti

Mime GmbH
2017-05-08 14:00 484

MUNICH, 8 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Syarikat baharu Munich, Mime et Moi, telah membangunkan teknologi tuil dan tapak kaki berpaten yang membolehkan tumit boleh tukar ganti pada kasut wanita ditukar kepada pelbagai bentuk, saiz, ketinggian dan warna. Kempen Kickstarter yang berjaya tahun lalu merupakan fasa pertama kempen dan syarikat mula menghantar produk ke seluruh Eropah. Kempen seterusnya ini akan membolehkan Mime et Moi mula menghantar produk ke seluruh dunia, menawarkan lebih banyak model kasut dan pilihan tumit berbanding sebelum ini. Kejayaan kempen ini serta pencapaian "Stretch Goals" kami akan memastikan gaya kasut baharu dan pilihan tumit akan terus ditawarkan.

generated by system

generated by system

Sedia untuk ditukar: peneman sempurna sepanjang hari

Satu kasut, tujuh tumit – hasil daripada fungsi pelarasan ketinggian yang inovatif. Tumit-tumit ini, yang berbeza dari segi ketinggian, bentuk dan warna, boleh ditukar dan boleh dimuatkan dengan mudah ke dalam setiap beg tangan.

Tumit boleh tukar ganti sesuai dengan setiap gaya hidup

Tumit klik daripada Mime et moi merupakan pakar transformasi. Terdapat tiga ketinggian tumit yang boleh dipilih, bermula daripada tiga hingga 10 cm. Hasil daripada sistem klik berpaten baharu, setiap kombinasi tumit dan kasut yang boleh dibayangkan boleh terlaksana.

Kraftangan bertemu teknologi tinggi

Dengan citarasa terhadap keindahan, pemakaian yang selesa dan kefungsian, kasut-kasut ini dibuat di Sepanyol oleh pengeluar terpilih. Pakar-pakar kesenian ini bekerja dengan memberi ketepatan yang amat tinggi, serta perhatian terhadap perincian, dengan mengikuti kaedah-kedah pembuatan kasut tradisional, digabungkan dengan teknologi moden kami.

Kasut-kasut boleh diprapesan di Kickstarter menerusi pautan berikut: http://bit.ly/intpress

IKUTI KAMI:

http://www.mimemoi.com

http://www.instagram.com/mimeetmoi

MAKLUMAT PERHUBUNGAN AKHBAR:
SPR / LC  
Bianca Müller
Kirchenstrasse 86 
81675 Munich, Jerman
T: +49(0)89-614-657120
E: bm@sprlc.com

Source: Mime GmbH
Related Links:
Keywords: Fashion Retail New products/services Trade show news