omniture

Puma Energy Asia Sun Buka Terminal Produk Petroleum Terbesar dan Termoden Myanmar

Puma Energy
2017-05-08 17:38 514

YANGON, Myanmar, 8 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Puma Energy Asia Sun (P.E.A.S), satu usaha sama dengan Puma Energy, syarikat tenaga pertengahan dan hiliran bertaraf global, serta Asia Sun Energy (ASE), sebuah syarikat tempatan yang berpengalaman dalam industri logistik dan perdagangan di Myanmar, menyambut pembukaan terminal produk petroleumnya di pelabuhan Thilawa, di tenggara Yangon.

Pelaburan USD92 juta terhadap terminal produk petroleum terbesar dan paling moden di negara ini ialah yang pertama seumpamanya untuk industri petroleum di Myanmar, yang baru sahaja dibuka bagi tujuan pelaburan langsung asing di kawasan ini.

Dengan kapasiti simpanan bahan api sebanyak 91,000m³, terminal Thilawa ialah terminal import produk bertapis terbesar dan paling moden di Myanmar. Kemudahan simpanannya menampung keperluan untuk pelbagai jenis produk petroleum, termasuk bahan api komersial (Mogas 95 dan 92, Diesel sulfur rendah), HFO (minyak bahan api berat biasanya digunakan bagi tujuan penjanaan kuasa), bitumen serta bahan api jet.

"Puma Energy Asia Sun melabur hampir USD100 juta dalam infrastruktur bahan api penting ini demi menyokong kemajuan ekonomi jangka panjang negara ini. Terminal Thilawa akan menyokong peningkatan keperluan Myanmar terhadap bahan api pengangkutan dan menyumbang ke arah pembangunan negara," kata David Holden, Pengurus Besar Puma Energy Asia Sun.

P.E.A.S menggaji 80 kakitangan sepenuh masa yang kebanyakannya merupakan kakitangan tempatan. Mereka menerima latihan demi menjamin bekalan andal bagi produk berkualiti tinggi yang dikendalikan mengikut piawaian keselamatan antarabangsa.

"Kami berbangga dapat menetapkan piawaian dalam industri ini menerusi infrastruktur kami, proses kawalan kualiti moden dan makmal di lokasi yang bebas. Kami yakin ciri-ciri unik ini akan mengukuhkan kedudukan Puma Energy Asia Sun sebagai penyedia andal untuk bahan api berkualiti tinggi di Myanmar," kata Win Kyaw, Pengerusi Puma Energy Asia Sun.

Terminal Puma Energy Asia Sun ialah yang pertama di Myanmar yang akan dibangunkan untuk Institut Petroleum Amerika (API), Persatuan Kejuruteraan Mekanikal Amerika (ASME) dan Persatuan Perlindungan Kebakaran Kebangsaan (NFPA) sebagai garis panduan antarabangsa untuk piawaian pembinaan, keselamatan dan alam sekitar. Antara ciri-ciri unik tapak ini termasuk sistem pemadam kebakaran yang sofistikated, pelan pengurusan kecemasan serta sistem pembendungan yang mantap.

Latar Belakang Puma Energy 

Puma Energy ialah sebuah syarikat minyak pertengahan dan hiliran bersepadu yang bertaraf global, bergiat aktif di lebih 45 negara. Ditubuhkan pada tahun 1997 di Amerika Tengah, sejak itu Puma Energy telah memperluaskan aktivitinya ke seluruh dunia, mencapai pertumbuhan, pempelbagaian dan pembangunan rangkaian produk yang pesat. Syarikat ini mengurus sendiri lebih 7,650 kakitangan. Beribu pejabat di Singapura, ia memiliki hab serantau di Johannesburg (Afrika Selatan), San Juan (Puerto Rico) dan Tallinn (Estonia).

Aktiviti-aktiviti utama Puma Energy dalam sektor pertengahan termasuk pembekalan, penyimpanan dan pengangkutan produk petroleum. Aktiviti-aktiviti Puma Energy disokong oleh pelaburan dalam infrastruktur yang mengoptimumkan sistem rantaian bekalan, mendapatkan nilai sebagai pemilik aset dan pemasar produk. Aktiviti-aktiviti hiliran Puma Energy pula melibatkan pengagihan, jualan runcit dan pemborongan pelbagai produk ditapis, berserta tambahan tawaran produk melibatkan pelincir, bitumen, LPG dan juga sektor pengisian bahan api marin. Kini, Puma Energy memiliki jaringan global melibatkan lebih 2,500 stesen perkhidmatan runcit. Puma Energy turut menyediakan platform yang mantap untuk usahawan bebas memajukan perniagaan mereka, dengan memberikan alternatif berdaya maju terhadap sumber bekalan pasaran tradisional.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.pumaenergy.com

Latar Belakang Asia Sun Energy 

Asia Sun Energy (ASE) merupakan sebuah syarikat tempatan yang berpengalaman dalam industri logistik dan perdagangan bahan api di Myanmar. Asia Sun Energy ditubuhkan oleh sekumpulan usahawan muda Myanmar yang berpendidikan luar negara dan kembali ke Myanmar pada tahun 2013.

Source: Puma Energy
Keywords: Oil/Energy Utilities